Miskin ramai di syurga, perempuan ramai di neraka

Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka. Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita.

Kaya Mudah Masuk Syurga Tetapi Ramai Di Neraka

Syurga dipenuhi dengan orang miskin walaupun orang kaya lebih mudah untuk memasukinya kerana mereka mempunyai harta yang lebih untuk bersedekah. Pernah sahabat yang miskin bertanya bagaimana mereka yang miskin boleh mengatasi golongan yang kaya dalam beramal kerana mereka boleh bersedekah. Jawab Rasulullah s.a.w. “berzikirlah”. Tanya sahabat lagi “Bagaimana jika mereka (golongan kaya) juga turut berzikir disamping bersedekah. Namun hakikatnya ramai orang miskin di syurga walaupun orang kaya mampu membeli syurga, sepertimana diceritakan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah s.a.w “Uthman telah membeli syurga dua kali”. Sayyidina Uthman adalah seorang yang dermawan, beliau telah membelanjakan banyak hartanya untuk agama Islam.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.anhu berkata :” Sayyidina Uthman r.anhu membeli syurga daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak dua kali dengan jual beli yang hak (benar), (pertama) setelah Sayyidina Uthman r.anhu menggali perigi rumah , dan (kedua) setelah menyiapkan bala tentera pada masa kesulitan.” (Riwayat Imam Al-Hakimrah. di dalam Al-Mustadrak)

Diriwayatkan daripada Imran bin Husain r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan yang paling sedikit menghuni Syurga ialah kaum wanita.

Perempuan Mudah Masuk Syurga Tetapi Ramai Di Neraka

Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)

About these ads

3 Respons to “Miskin ramai di syurga, perempuan ramai di neraka”

  1. Admin Says:

    salam,
    sila layari bersama juga web saya..terima kasih

    Admin,

    http://NTVirus.wordpress.com

  2. saya yg musykil sgt Says:

    saya sgt musykil…saya ada terbaca yang suami akan menanggung segala dosa isteri dan anak2..jadi bagaimana pula di neraka ramai kaum hawa??bukan sepatutnya ramai kaum adam??ini kerana..kalau suami yg menanggung segala dosa isterinya…begitu juga ayahnya menanggung segala dosa wanita itu sebelum sah menjadi isteri kpd si suami td..

    • sulaiman Says:

      Ramai wanita di neraka kerana ramai isteri yang tidak taat kepada suami dan perintah Allah. Suami hanya menanggung dosa yang diketahuinya, dosa yang dilakukan secara tersembunyi (rahsia) tidak ditanggung oleh suami (begitu juga bapa).


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: