Perkuburan Baqi’

Hadith dari Aisyah ra.berkata: “Adalah Nabi saw. pada tiap malam gilirannya bersamaku, Baginda keluar pada tengah malam kekuburan Baqi’ lalu berkata: “Assalamualaikum penghuni perkampungan Islam, nanti pada waktu yang telah ditentukan kamu akan menemui apa yang dijanjikan. Dan insya Allah kami akan menyusulmu dibelakang. Ya Allah berilah ampunan bagi ahli kubur Baqi’ yang berbahagia ini”. (HR. Muslim).

Pada malam giliran Baginda bersama Aisyah r.a., Baginda akan keluar pada waktu tengah malam untuk ke kubur Baqi. Giliran Baginda bersama Aisyah menjadi dua malam kerana Saudah r.a. telah menyerahkan gilirannya kepada Aisyah. Rasulullah s.a.w. telah mengahwini Saudah r.anha setelah kematian Khadijah r.anha. Saudah r.a. berumur 52 tahun ketika Rasulullah s.a.w. mengahwininya. Pada suatu ketika Saudah bimbang Rasulullah s.a.w. menceraikannya lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, tidaklah saya termasuk di kalangan isteri-isteri tuan di dalam Syurga nanti. Oleh sebab itu, janganlah ceraikan saya. Saya serahkan giliran saya pada ‘Aisyah r.anha.” Rasulullah s.a.w. telah menerima permintaan itu. Oleh sebab itu, hari giliran beliau telah diberikan kepada ‘Aisyah r.anha.

Di dalam hadith disebut bahawa orang yang ditanam di kubur Baqi’ mendapat keamanan daripada azab kubur. Maulana Zakariya yang mengasaskan gerakan tabligh juga telah dikebumikan di kubur Baqi’, bersebelahan kubur Imam Malik dan beliau juga telah mensyarahkan kitab Muwatto Imam Malik

About these ads
Dikirim dalam Hadith. 1 Comment »

Satu Respons to “Perkuburan Baqi’”

  1. ibnuabdullah114 Says:

    “Di dalam hadith disebut bahawa orang yang ditanam di kubur Baqi’ mendapat keamanan daripada azab kubur. Maulana Zakariya yang mengasaskan gerakan tabligh juga telah dikebumikan di kubur Baqi’, bersebelahan kubur Imam Malik dan beliau juga telah mensyarahkan kitab Muwatto Imam Malik”

    ini sangat benar, jazakAllah kerana menceritakan.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: