Kelebihan Al-Quran

Setiap Huruf Diberi 10 Pahala

Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

Sama sahaja pahala orang yang membaca itu samada dia faham makna atau tidak, cuma orang yang faham makna akan lebih tersentuh hatinya dan lebih merasai keinsafan.

Tengok Saja Pun Dapat Pahala

Tengok (melihat atau memandang) ayat-ayat Quran yang mulia.  Apalagi kalau dibaca dan diamalkan dalam kehidupan.

Bacalah Al-Quran

Jadikan amalan membaca quran sebagai satu rutin harian samada 1 helai, 1 muka atau sekurang-kurangnya 3 ayat sehari. Membacanya dengan mulut dan memandang al-Quran dengan mata lebih banyak markahnya dari orang yang sekadar mendengarnya sahaja.

Ajarlah Anak-Anak Al-Quran

Daripada Usman bin Affan r.a., Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam ia bersabda; “Sebaik-baik orang di antara kamu adalah yang belajar Al-quran dan mengajarkannya kepada orang lain”. (Riwayat Bukhari ).

Sekurang-kurangnya ajarlah asas seperti huruf-huruf al-Quran supaya anak-anak mengenalnya daripada ibubapa mereka sendiri. Tambahan pula, ia menjadi ilmu yang mengalir pahalanya apabila anak itu menjadi ibubapa dan mengajarkannya kepada anak-anak mereka pula.

Syafaat

Quran adalah pemberi syafaat yang paling besar kerana ia adalah kalam Allah. Syafaatnya lebih tinggi dari syafaat Nabi Muhammad s.a.w. kerana ia adalah Kalam Allah sendiri. Ia umpama ahli kabinet yang memberi sokongan kepada Perdana Menteri. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”

Dalam hadith yang lain pula “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt , bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya“.tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran.

Para Hafiz iaitu orang yang menghafal al-quran dan yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya. Disebut dalam hadith daripada Anas r.a. :

“Sesiapa yang membaca al-Quran dan menghafalnya, dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan di dalam al-Quran, Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka.

About these ads
Dikirim dalam Quran. 3 Komen »

3 Respons bagi “Kelebihan Al-Quran”

  1. shafifah Says:

    1. Majlis Maulid/Ta’lim Darul Murtadza pimpinan Habib Ali Zainal Abidin Alhamed : http://wp.me/piAx4-1go

    2. Taqwa Kepada Allah – Al Habib Umar Bin Salim Bin Hafidz : http://wp.me/piAx4-fn

    3. Merasakan nikmat membaca Al-Qur’an – Al-Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz : http://wp.me/piAx4-gb

    4. Cinta kepada Rasulullah SAW – : http://wp.me/piAx4-mj

    5. Menggapai Ridho Allah – Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz : http://wp.me/piAx4-uG

    6. Pendidik JIWA – Habib Umar Bin Hafiz : http://wp.me/piAx4-1gY

    7. Habib Umar bin Hafiz, Ulama Habaib Terkenal Masa Kini : http://wp.me/piAx4-oP

  2. arab07 Says:

    salam ustaz..dlm bnyk2 hadith,apakah keistimewaan seorang hafiz yg menghafaz quran?ada org dakwa jasad mereka tak reput apabila mati..adakah pendapat ni benar?

    • sulaiman Says:

      Para Hafiz iaitu orang yang menghafal al-quran dan yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya. Disebut dalam hadith daripada Anas r.a. :

      “Sesiapa yang membaca al-Quran dan menghafalnya, dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan di dalam al-Quran, Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka

      Selain daripada itu Wallahua’lam.


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: