Zikir Mengingati Allah

Abu Musa r. a memberitakan bahawa Rasulullah s. a. w bersabda: “Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati.”

Rasulullah s.a.w bersabda, siapa yang banyak mengingati Allah (zikir), Allah menyayanginya. (Riwayat Dailami dari Aisyah r.a).

Abu Said Al Khudri menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda :Hendaklah kamu banyak berzikir kepada Allah, sehingga orang orang mengatakan bahawa kamu telah gila. (HR Al Hakim dan menilainya sahih, Ahmad,Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)

Berzikir iaitu mengingati Allah ialah tanda kita menyayangi Allah. Seseorang yang menyayangi dan merindui seseorang banyak menyebut namanya atau mengingatinya di dalam hatinya.

Dari Abu Darda ra bahwa Rasulullah saw bersabda :Mahukah kamu akan ku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu,paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka : Mahu, wahai Rasulullah. Sabda beliau: Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya.(HR, Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah.)

Mengingati Allah dalam bentuk zikir ada 3 cara iaitu zikir mulut, zikir hati dan zikir nafas. Siapa yang menyayangi sesuatu, dia akan sentiasa menyebutnya (mulut) atau mengingatinya (hati). Ada zikir yang malaikat tidak dapat kesan, iaitu zikir nafas. Ulama membahaskan tentang yang mana lebih afdal diantara zikir mulut dan zikir hati, masing-masing membawa hujah dan hadis berkaitan. Contohnya hadis qudsi yang lebih kurang berbunyi ” siapa yang mengingatiku bila bibir mulutnya bergerak, aku bersamanya.

Sayangilah Allah, “sebut-sebutlah Allah ” dan ingatlah Allah samada melalui zikir lidah, zikir hati atau zikir nafas. Siapa yang menyayangi Allah, Allah menyayanginya. Siapa yang disayangi Allah diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Dalam sembahyang kita wajib mengingati Allah, kalau terlalai cepat-cepat kembalikan ingatan kepada Allah:-

Ta-Ha [14] Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Rasulullah s.a.w. berkata “Aku ada masa aku untuk tuhanku”. Oleh itu peruntukkanlah masa yang khusus untuk berhubungan dengan Allah secara peribadi. Buatlah amalan atau wirid harian yang tetap walaupun sedikit, misalnya 10 minit setiap hari untuk berzikir atau istigfar kepada Allah. atau zikir “Laila ha illallah” 100 kali setiap sehari. Isilah masa dengan jadual atau program zikir supaya masa tidak terbuang begitu saja walaupun sedikit. Allah suka amalan yang berterusan walaupun sedikit.

Berzikir boleh dilakukan sambil berjalan kaki, memandu kereta, bahkan sambil berbaring di atas tilam yang empuk pun boleh berzikir. Ramai juga yang masuk syurga VIP kerana berzikir di atas tilam yang empuk.

Abu Said Al-K hudri r. a memberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Berapa banyak orang yang di dunia ini mengingati ALLAH s.w.t di atas tilam yang empuk, yang kerananya Tuhan membawa mereka ke peringkat tertinggi di dalam syurga.”

About these ads

3 Respons to “Zikir Mengingati Allah”

  1. Zikir Mengingati Allah « Kecintaan dan Kasih Sayang Kepada Ahlul Baiyt Says:

    [...] Mengingati Allah Zikir Mengingati Allah Posted on April 11, 2010 by [...]

  2. shafifah Says:

    Majlis Haul Tokoh -Tokoh Ulama Kg kuala Tekal ke 14

    Aturcara

    23/4 : Majlis Mini Multaqa pahang ke-3
    Dewan Masjid Jengka (tertutup)

    24/4 : Majlis Maulid di Masjid Kuala Ma…i (terbuka kepada orang ra…mai)
    11.00 pg

    24/4 : Majlis Haul Kg Kuala Tekal ke14
    5.00 ptg – 9.00 mlm

    Tetamu Jemputan Khas

    Dr Habib Ahmad Al- Kaff
    Sheikh Hafiz (jenderam)
    Habib Ali Zainal Abidin Al Hamed ( UIA)
    Ust Sarafuddin ( Imam Besar Masjid Negeri Pahang)
    Habib Zaid ( Harmamawt)

    serta lebih 50 ulama tempatan serta luar

    menanti setiap hadirin
    Buku Manaqib Tokoh Ulama Warisan Nabi edisi ke2

    semoga kehadiran semua dapat memeriahkan dan menambah lagi keberkatan majlis ini …insyaallah

    http://www.facebook.com/group.php?gid=373479702889

    TOP TEN ARTICLES (PONDOKHABIB) :
    1. 17 Habaib Berpengaruh Di Indonesia : http://wp.me/piAx4-oN
    2. Cara Mendapatkan Ilmu Laduni Menurut Alqur’an dan sunnah : http://wp.me/piAx4-1qc
    3. Cerita Karomah Habib Munzir Al Musawwa : http://wp.me/piAx4-Az
    4. Kebenaran Kisah Karamah Para Wali : http://wp.me/piAx4-1sD
    5. Antara 7 Wali Allah di Tanah Melayu : http://wp.me/piAx4-WV

  3. shafifah Says:

    Majlis Maulidur Rasul SAW & Haul Al-Syeikh Abd Qadir Al-Jilani (MASJID NEGARA)

    Jenis:Pendidikan – Kuliah
    Tarikh:15hb Mei 2010
    Masa:5.00 ptg – 9.00 ptg
    Lokasi:Masjid Negara, KL http://pondokhabib.files.wordpress.com/2010/04/1-maulid-nabi-masjid-negara.jpg


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: