Sembahyang 5 Waktu 17 rakaat

Salah satu daripada ciri orang yang bertakwa (takutkan Allah) ialah mereka mendirikan sembahyang, terutamanya sembahyang fardhu 5 kali sehari, 17 rakaat setiap hari pada waktu-waktunya:

Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3)

Rasulullah menerima kontrak sembahyang semasa Baginda Mikraj (naik) ke satu tempat di atas langit. Pada malam itu Baginda telah naik ke 17 tempat (bilangan rakaat sembahyang sehari semalam juga 17). Dalam satu hadith disebut “Sembahyang itu mikraj orang mukmin”. Orang mukmin naik tarafnya dan disayangi Allah melalui ibadat sembahyang dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga yang mempunyai 8 pintu. Angka 8 pula terhasil dari 1+7 dan bilangan rakaat sembahyang pula ialah 17 rakat. Sembahyang itu juga adalah anak kunci syurga.

Rakaat sembahyang yang asal adalah 2 rakaat kecuali Maghrib 3 rakaat. Apabila bermusafir, jumlah rakaat adalah mengikut rakaat yang asalnya. Hadis dari “Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:Pada peringkat awal, sembahyang diwajibkan secara dua rakaat dua rakaat samada waktu tidak musafir ataupun semasa musafir. Kemudian dikekalkan sembahyang semasa musafir (iaitu dua rakaat) dan ditambah rakaat bagi sembahyang yang bukan dalam keadaan musafir.

Setiap rakaat sembahyang mempunyai perbuatan qiyam (berdiri), rukuk, iktidal dan 2 kali sujud. Sujud dua kali dalam sembahyang itu berasal dari perbuatan yang dilakukan oleh malaikat yang diperintahkan sujud kepada Nabi Adam. Melihatkan Azazil tidak sujud (setelah malaikat mengangkat kepala dari sujudnya yang pertama), mereka sujud sekali lagi sebagai tanda syukur mereka boleh patuh pada arahan Allah.

Waktu-waktu Solat:-

Baqarah [238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk

Al-Israa’ [78] Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).

Gelincir matahari – Zohor dan Asar

Gelap malam – Maghrib dan Isya’

Hud [114] Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: