Jangan Jadi Orang Kelima atau Keempat

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Riwayat al-Bazzar).

Golongan keempat bermaksud mereka yang tidak suka kepada majlis ilmu. Golongan kelima pula ialah mereka yang menghalang majlis ilmu.

Dalam hadith yang lain, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau.”

Orang yang berilmu tahu dan boleh menggunakan ilmunya bila diperlukan. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengajar anak solat sejak dari umur 7 tahun,  supaya dapat dia bersolah apabila besar nanti .

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Jika kita tidak belajar atau mendengar, sekurang-kurangnya kasihilah mereka yang belajar atau berada dalam majlis ilmu itu. Janganlah menghalang atau melakukan sesuatu yang tidak menghormati majlis-majlis imu.

About these ads
Dikirim dalam Hadith. 3 Comments »

3 Respons to “Jangan Jadi Orang Kelima atau Keempat”

  1. anie Says:

    JADI ORANG KEEMPAT OR KELIMA MEANS??

    • sulaiman Says:

      Jadi orang ke-empat means… yang tidak suka kepada majlis ilmu.
      Jadi orang ke-lima means… yang menghalang majlis ilmu.

      • Maza Says:

        Jadilah org yg mengajar atau belajar atau mendengar atau paling tidak org yg kasih kepada 3 golongan di atas. Jgn jadi org golongan ke 5 tidak suka kpd 4 golongan di atas.. Mendengar di jelaskan oleh ustaz Muhammad Kazim spt juga mendengar di youtube, cd, tv, radio dsbnya…wAllahu’alam


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: