Hukum Memberi Salam Ketika Selesai Solat

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a berkata maksudnya,

“Sesungguhnya Rasulullah saw adalah memberi salam ke kanannya, dengan assalamualaikum warah matullah, sehingga dapat pandang keputihan pipi kanannya, dan ke kirinya dengan assalamualaikum warah matullah, sehingga dapat pandang keputihan pipi kirinya.” (HR Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasaai dan Ibn Majah (‘Ammar bin Yasir) dan Mishkat)

Adapun hukum memberhentikan solat dengan mengucap salam padanya, terdapat sedikit ikhtilaf di antara mujtahid;

(1)      Wajib pada mazhab Hanafi

(2)      Fardhu (rukun) pada mazhab Maliki, Syafi’i dan Hanbali.

Berapa kali salam yang wajib itu?

Sesudah diterangkan tentang kedudukan hukum bagi salam di dalam mazhab-mazhab seperti di atas, maka timbul pula satu ikhtilaf lagi berhubung dengan berapa kali yang menjadi wajib atau fardhu mengikut mazhab-mazhab di atas.

(1)      Mazhab Hanafi dan Hanbali adalah dua (2) kali iaitu ke kanan dan ke kiri.

(2)      Mazhab Maliki dan Syafi’i, adalah sekali sahaja iaitu ke kanan.

Apa hukum berpusing muka ketika memberi salam?

Berpaling muka ke kanan dan ke kiri adalah sunat di dalam semua mazhab, tetapi pusingan tersebut hendaklah sehingga nampak pipi kanan dan kiri orang yang di sebelahnya.

Cara memberi salam tersebut

(1)      Adalah disunatkan ketika memberi salam, pandangan mereka yang sedang solat hendaklah memandang ke arah kiblat, dan mengucapkan salam (assalamualaikum…) dan berpusinglah sedikit demi sedikit sehingga apabila tamat ucapan salam itu, maka tamatlah juga pusingan tersebut.

(2)      Cara tersebut adalah hampir sebulat pendapat di antara Imam Mujtahid.

Faedah dari ikhtilaf tersebut

Kesimpulan ikhtilaf, atau tidak sepakat kata tersebut, adalah memberi faedah yang berlainan.

Dalam Mazhab Hanafi, memberi salam ketika hendak berhenti dari solat, adalah wajib sahaja dan yang fardhu atau rukun ialah kemahuan sendiri, kehendak orang yang solat hendak keluar dari solatnya itu.

Contoh dalam mazhab Hanafi

Seorang yang telah cukup bacaan tashahudnya setakat yang fardhu dibaca, boleh berhenti dari solatnya, dengan apa cara sekalipun, selain dari mengucapkan lafaz salam, jika cara tersebut telah dikehendaki olehnya. Solatnya telah sempurna tetapi beliau berdosa kerana tidak mengucapkan lafaz salam yang wajib itu.

Jika orang yang solat dengan kehendaknya sendiri mahu keluar dari solatnya, lalu ia mengucap lafaz salam sekali ke kanan sahaja, maka solatnya belum tamat selagi tidak diucapkan ke sebelah kirinya, kerana pada mazhab Hanafi dan Hanbali kedua-dua salam adalah wajib.

Mazhab Maliki, Syafi’i dan Hanbali

Oleh sebab di dalam 3 mazhab tersebut, salam ketika hendak keluar dari solat itu merupakan rukun, dan mereka ini tidak merukunkan kehendak sendiri, kemahuan sendiri, ketika hendak berhenti dari solat, maka ucapan lafaz salam sekali ke kanan bagi mazhab Maliki dan Syafi’i telah membuatkan orang yang solat itu terkeluar dari solatnya, kerana yang kedua ke sebelah kiri hanya sunat sahaja.

Mazhab Hanbali pula dengan mengucapkan salam kedua belah, iaitu ke kanan dan kiri baru ia terkeluar dari solatnya, kerana di dalam mazhab ini kedua belah salam adalah rukun. Sama dengan mazhab Hanafi cuma hukum sahaja yang berlainan.

Di dalam 3 mazhab iaitu Maliki, Syafi’i dan Hanbali, tanpa ucapan salam ketika hendak keluar dari solat, walaupun wujudnya kemahuan sendiri, akan membatalkan solat, kecuali mazhab Hanafi.

Wallahu a’lam.

(Untuk membaca lebih lanjut sila baca kitab Nasbun Nurain, Jilid 7)

About these ads

19 Respons to “Hukum Memberi Salam Ketika Selesai Solat”

  1. Hukum Memberi Salam Ketika Selesai Solat « Blog History Education Says:

    [...] dari http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/12/22/hukum-memberi-salam-ketika-selesai-solat/ [...]

  2. mohamed faris ibrahim Says:

    assalamualaikum! ,saya ade kemusykilan ttg hadis ni,,

    “Jangan berhenti solat melainkan dia mendengar bunyi atau mendapati baunya” – [Hadith muttafaq 'alaih].

    Menurut Imam al-Nawawi didalam Sharh Muslim [4/49] :

    وهذا الحديث أصل من أصول الإسلام ، وقاعدة عظيمة من قواعد الفقه ، وفي أن الأشياء يحكم ببقائها على أصولها حتى يتيقن خلاف ذلك ، ولا يضر الشك الطارئ عليها

    “Hadith ini membentuk salah satu prinsip didalam Usul Fiqh, keadah yang utama didalam qawaa’id al-Fiqh. Sesuatu perkara itu di hukum sebagaimana sedia ada seperti mana asalnya sehingga sesuatu perubahan berlaku, dan syak sahaja tidak mengubah fakta”.

    1)apakah aplikasi hadis ini umum atau pada najis sahaja?
    2)contohnya,jikalau kita ragu-ragu yg kita rasa aurat kita terbuka di tengah solat sedangkan pada mula solat kita sudah tutup aurat dgn sempurna, apakah kita dibolehkan meneruskan solat?

  3. faris Says:

    assalamualaikum ustaz!saya ade kemusykilan ttg penyataan ini,,

    Diriwayatkan dari Abdullah bin Zaid ra., bahawa Nabi saw bersabda :-

    لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا

    “Jangan berhenti solat melainkan dia mendengar bunyi atau mendapati baunya” – [Hadith muttafaq 'alaih].

    Menurut Imam al-Nawawi didalam Sharh Muslim [4/49] :

    وهذا الحديث أصل من أصول الإسلام ، وقاعدة عظيمة من قواعد الفقه ، وفي أن الأشياء يحكم ببقائها على أصولها حتى يتيقن خلاف ذلك ، ولا يضر الشك الطارئ عليها

    “Hadith ini membentuk salah satu prinsip didalam Usul Fiqh, keadah yang utama didalam qawaa’id al-Fiqh. Sesuatu perkara itu di hukum sebagaimana sedia ada seperti mana asalnya sehingga sesuatu perubahan berlaku, dan syak sahaja tidak mengubah fakta”.

    1)apakah hadis ini apply untuk umum atau najis sahaja?
    2)sbg contoh, jikalau saya berasa ragu2 aurat saya terbuka ketika solat sedangkan pada mula solat saya sudah yakin tutup aurat dgn sempurna, apakah saya perlu meneruskan shj solat saya?

    • sulaiman Says:

      1) Kalau aurat terbuka masa sembahyang, cepat-cepatlah tutup dan sembahyang masih sah pada mazhab Syafie dan Hanafi.
      2) Kalau lepas sembahyang baru sedar aurat terbuka (misalnya kain terkoyak), tengoklah banyak mana yang terbuka aurat. Kalau sedikit, tak perlu ulang sembahyang. Kalau banyak, ulang sembahyang. Banyak atau sedikit itu tiada nilaian yang standard, bergantung kepada nilaian manusia sahaja.

  4. shuhada Says:

    saya ada pertnyaan ketika hndak memberi salam kekanan kemudian disusuli anggukan untuk berpling kekiri ketika memberi slm?adakah perbuatan itu menambahkan rukun solat?

  5. jamal Says:

    Salam, kalau time bagi salam pertama tu terbatuk atau tak sempat habiskan bacaan salam kemudian ulang semula salam tersebut, apa status solat tu? sah atau batal? terima kasih…

  6. Iwani Khalid (@iwani) Says:

    Assalamualaikum saya ada persoalan, ada terbaca komen seseorang sewaktu mencari info tentang hukum salam dan berpaling kanan/kiri ini. Berikut adalah kenyataan tersebut

    “salam pertama wajib..salam kedua sunat.. tp klu lepas salam pertama kte terkentut pastu terbagi salam kedua solatnye dikira batal..-Allah sahaja yang tahu-”

    Adakah kenyataan ini benar?

  7. kerol Says:

    Assalamualaikum.. saya ingin bertanya.. ada sahabat saya mengemukakan soalan.. salam selepas solat yang dilakukan diucapkan kepada siapa?( beri salam pada siapa )..

  8. Wahid Says:

    Sah kah jika hanya baca “assalamualaikum” saja, takada “warahmatullah” masa memberi salam kekanan atau kekiri?

  9. mar Says:

    salam..sekiranya berpaling ke kiri dan ke kanan tnpa ucapan salam..kerana terlupa..adakah masih sah solat itu?

    • sulaiman Says:

      Tidak sah dalam 3 mazhab iaitu Maliki, Syafi’i dan Hanbali, tanpa ucapan salam ketika hendak keluar dari solat, walaupun wujudnya kemahuan sendiri, akan membatalkan solat, kecuali mazhab Hanafi.

  10. nur fahada binti amir Says:

    salam… ada orang kata kalau kita angguk 2 kali waktu bagi salam, tak sah solat… betul ka?… contohnya sebelum salam pertama angguk, kemudian angguk pas tu salam kedua?… tak sah ka solat tu?..

    • sulaiman Says:

      Salam,
      1) Masih sah kerana ia hanya pergerakan kecil… dan tidak melebihi 3 kali.
      2) Tidak perlu angguk kepala, cuma pusing ke kanan semasa melafazkan salam..

  11. muslim razin Says:

    Assalamualaikum. Sy ingin bertanya. Selesai bangun dr sujud sahwi Sy memberikan salam dgn keadaan terlupa utk berpaling ke arah Kanan tapi sy tersedar sy lupa untuk memalingkan muka lalu segera mengulangi salam dan memalingkan muka ke sebelah kanan. Apakah sah solat sy atau sy perlu mengulanginya? Syukran.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: