Khalifah-Khalifah Sahabat Nabi

Daripada Ibnu ‘Abbas katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ya Allah, rahmatilah khalifah-khalifah kami. Kami bertanya. “Siapakah khalifah-khalifahmu? Baginda menjawab: “Mereka yang datang selepasku dan meriwayatkan hadis-hadisku dan sunnahku serta mengajarkannya kepada orang ramai” (hadis riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat)….”

Rasulullah s.a.w. mendoakan agar Allah merahmati (mengasihani) para sahabatnya. Bahkan Baginda juga turut mengasihi orang yang mengasihi dan menyukai para sahabatnya. Sebaliknya Baginda tidak menyukai sesiapa yang tidak menyukai para sahabatnya.

Allah! Allah! (takutlah kepada Allah) tentang sahabatku, Allah! Allah! (takutlah kepada Allah) tentang sahabatku. Janganlah kamu mengambil para sahabatku sebagai sasaran kemarahan dirinya (kerana benci terhadap mereka). Sesiapa yang mengasihi mereka, maka dia mengasihiku dan aku mengasihi mereka.Sesiapa yang memarahi mereka, maka mereka memarahiku dan aku turut memarahi mereka. Sesiapa yang menyakiti mereka (dengan celaan) sesungguhnya dia menyakitiku dan sesiapa yang menyakitiku maka dia menyakiti Allah. Sesiapa yang menyakiti Allah, dibimbangi akan direntap nyawanya.(Riwayat Tirmizi)

Para sahabatnya seperti Sayyidina Abu Bakar r.a. dan Sayyidina Umar r.a. juga adalah bapa mertuanya manakala Sayyidina Usman r.a. dan Sayyidina Ali r.a. adalah menantunya. Mereka ini dipilih oleh Allah s.w.t. sendiri.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat serta Ia jadikan di antara mereka menteri-menteriku, mertua-mertua dan menantu-menantuku, juga penolong-penolongku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah diatasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadat dan juga sebarang tebusan.” ‘Uwaimi bin Sa’idah

Sayyidina Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman r.a. dan Ali r.a. memegang tampuk pemerintahan iaitu sebagai khalifah selama 30 tahun sepertimana sabda Baginda:

Khilafah itu tiga puluh tahun, kemudian setelah itu terdapat al-mulk”. (HR Ahmad)

Baginda juga menyuruh kita berpegang dengan sunnah khalifah (perkara yang diamalkan oleh para sahabat).Kita adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah, sunnah itu daripada Rasulullah s.a.w manakala Jamaah itu ialah para sahabat Baginda. Misalnya sembahyang terawih 20 rakaat adalah sunnah khalifah, kerana ia diamalkan oleh Sayyidina Umar.

Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”..’ [Hadith ibnu Majah]

About these ads
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Khalifah-Khalifah Sahabat Nabi”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: