Makruh Tanzih dan Makruh Tahrimi

Makruh bermaksud dibenci. Ada dua jenis makruh iaitu makruh tanzih dan makruh tahrimi. Makruh tanzih ialah perkara yang dibenci tetapi tidak mendatangkan dosa, misalnya makan bawang mentah. Makruh tahrimi ialah perkara yang dibenci dan mendatangkan dosa dan balasan azab neraka tersedia menunggu, seperti mana firman Allah dalam surah Israa:

Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu. (Israa:38)

كُلُّ ذَٲلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ ۥ عِندَ رَبِّكَ مَكۡرُوهً۬ا

Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam Neraka Jahanam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah). (Israa: 39)

Sebelum ayat itu disebutkan beberapa perkara makruh tahrimi iaitu:

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (31)

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (32)

Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya dia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). (33)

Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (34)

Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). (35)

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (36)

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (37)

About these ads

3 Respons to “Makruh Tanzih dan Makruh Tahrimi”

  1. Habib Ahmad Says:

    MAJLIS-MAJLIS ILMU FEB-MAC 2011:

    1. Majlis Ilmu Bersama Ustazah Alina al-Munawwar : http://mawlidnabi.blogspot.com/2011/02/majlis-ilmu-bersama-ustazah-alina-al.html

    2. Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin : http://mawlidnabi.blogspot.com/2011/02/pengajiandiskusi-kitab-bersama-syeikh.html

    3. Sambutan Maulid al-Rasul di Baalawi KL bersama Tuan Guru Baba Aziz, Syeikh Fahmi Zam Zam, Habib ali : http://melayucyber.blogspot.com/2011/02/senarai-program-program-sambutan.html

    4. Majlis Maulid: IIUM Kuantan Berselawat : http://melayucyber.blogspot.com/2011/02/majlis-maulid-iium-kuantan-berselawat.html

    5. Maulidur Rasul Bersama Habib Ali di Masjid Tengkera, Melaka : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

    6. MAJLIS PENGHAYATAN MAULIDUR RASUL : http://mawlidnabi.blogspot.com/2011/02/majlis-penghayatan-maulidur-rasul.html

    7. Majlis Silaturrahim Pondok Kali Ke-5 & Sambutan Maulidur Rasul 1432H : http://melayucyber.blogspot.com/2011/02/majlis-silaturrahim-pondok-kali-ke-5.html

  2. Azila Says:

    Assalamualaikum wbt,
    saya ada terbaca bahawa menyusukan anak sehingga kenyang sedangkan ibu dalam keadaan mengandung adalah makruh. ia dipetik dr satu hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dan nasai dr Ibnu Masud RA. mohon semak sekiranya ini hadis dhaif sbb jarang digunakan/ kurang diketahui umum.
    Wallahualam.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: