Dalam hadith disebut “Sembahyanglah,nescaya sihatlah kamu. Sembahyang boleh menguatkan tubuh badan kerana dari segi zahir kerana terdapat banyak pergerakan dalam ibadah sembahyang seperti berdiri, rukuk dan sujud. Sembahyang berdiri juga lebih banyak pahala kerana lebih banyak pergerakan berbanding duduk atau tidur dan ia juga lebih menyihatkan badan. Ada orang sembahyang 70 rakaat sunat setiap hari tidak perlu jogging lagi untuk menjaga kesihatannya.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda “Hadamkanlah makanan dengan berzikir kepada Allah dan sembahyang, janganlah kamu tidur dengan kekenyangan kerana ia boleh menyebabkan hati kamu menjadi keras (degil).
Banyak penyakit berpunca dari perut iaitu dari makanan. Berzikir dapat membantu menghadamkan makanan kerana dalam zikir ada pergerakan seperti menggoyangkan badan dan kepala, Selain itu sembahyang juga membantu menghadamkan makanan kerana dalam sembahyang banyak pergerakan seperti berdiri, rukuk, sujud.
