Sembahyang Istikharah Minta Petunjuk

Dari Jabir ibn Abdullah. Adalah Rasulullah SAW , mengajar kami melakukan istikharah (memohon petunjuk bagi mendapat pilihan yang tepat) pada segala urusan atau pekerjaan. Baginda bersabda apabila seseorang itu ada cita-cita mengenai satu-satu urusan, pekerjaan , hendaklah ia dirikan sembahyang dua rakaat bukan sembahyang fardhu dan kemudian berdoa.

 Ya Allah sesungguhnya aku memohon petunjuk baik (pilihan) dengan pengetahuanMu, aku meminta diberi kekuatan dengan kekuatanMu. Aku memohon kemurahanMu yang luas, sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak mempunyai kekuasaan, Engkau mengetahui, sedang aku tidak mengetahui, Engkaulah yang Maha Mengetahui semua hal yang ghaib.

Ya Allah kalaulah Engkau mengetahui pekerjaan ini baik bagiku untuk ugamaku, duniaku, kehidupanku dan untuk hari kemudianku, maka berikanlah kepadaku, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan itu buruk bagiku, untuk ugamaku, duniaku, untuk penghidupanku dan untuk hari kemudianku, maka jauhkanlah dia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya, berikanlah kepadaku kebaikan di mana sahaja berada kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan kurniaanMu itu

Sembahyang istikharah hanya boleh dilakukan untuk meminta petunjuk bagi perkara yang harus sahaja misalnya memilih antara dua pekerjaan yang baik atau antara dua pilihan calon suami atau isteri. Tidak boleh beristikharah dalam pilihan perkara yang yang haram (misalnya untuk berjudi) atau perkara yang wajib (misalnya sembahyang).

 Rasulullah s.a.w. bersabda ” “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”(Hadith Riwayat Thabrani).

Kalau sudah beristikharah dan Allah telah mendorong kita untuk melakukan sesuatu atau cenderung kepada sesuatu pilihan, maka kita hendaklah memilihnya.

Sembahyang Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya apabila suasana dan hati terasa tenang. Lakukanlah sehingga 5 atau 7 kali. InshaAllah akan diberi petunjuk dalam membuat pilihan dan petunjuk itu tidak semestinya dalam bentuk mimpi.

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: