Kisah Nabi Musa Semasa Kecil

Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. (Baqarah: 49)

Bapa Nabi Musa bekerja di istana Firaun. Beliau mendapat tahu bahawa Firaun ingin membunuh semua anak lelaki setelah diberitahu oleh nujum istana bahawa akan lahir seorang anak lelaki yang akan mengalahkannya.

Al-A`raf[127] Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir) dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu? Firaun menjawab: Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka.

Ibu Nabi Musa pernah meletakkan Nabi Musa di dalam periuk yang panas di atas api, ketika pasukan tentera Firaun datang untuk mencari bayi lelaki. Namun Nabi Musa tetap selamat kerana Allah tidak mengizinkan api itu memanas dan membakarnya.

Al-Qasas [7] Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami.

Al-Qasas [8] Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.

Al-Qasas [9] Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: (Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak. Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).

Isteri Firaun (Asiah) adalah seorang Islam. Beliau berjaya melembutkan hati Firaun untuk memelihara Nabi Musa a.s. dan tidak membunuhnya. Suatu hari, sewaktu Firaun sedang menimang-nimang Nabi Musa a.s. dan Nabi Musa a.s. telah menarik janggut Firaun sehingga mendatangkan kemarahan raja yang zalim itu. Ingatannya serta merta berputar kepada kata-kata ahli nujumnya, “Kerajaanmu akan digulingkan oleh seorang lelaki yg cerdas dan pintar akal fikirannya”. Lalu untuk menguji kecerdasan Nabi Musa a.s., Firaun meletakkan bara api dan emas di hadapan Nabi Musa. “Jika Musa mengambil emas, terbukti dia seorang yang bijak, lalu akan kubunuh dia. Tetapi andai dia memilih bara api, nyata dia tidak berkelebihan pada akalnya.”

Untuk memelihara Nabi Musa a.s, Allah menghantar Malaikat Jibril untuk menepis Nabi Musa semasa tangannya ingin mengambil emas itu. Lalu tangan baginda mencapai bara api dan sepertimana bayi yang lain Nabi Musa menyuapkan apa yang berada di tangannya ke dalam mulutnya. Lantas, Nabi Musa menjadi gagap akibat lidahnya yang tercedera dibakar api. Walaubagaimanapun, kecederaan itulah yang mengelakkannya daripada dibunuh oleh Firaun laknatullah.

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: