Kisah Dakwah Nabi Musa

Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. (Ta-Ha:24)

Allah s.w.t. telah menyuruh Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun kerana dia adalah seorang raja yang zalim dan mengaku bahawa dia adalah tuhan.Nabi Musa adalah seorang yang gagap kerana telah termakan bara api semasa kecil, lalu baginda berdoa:

Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (Ta-Ha:25) Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (Ta-Ha:26) Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (Ta-Ha:27) Supaya mereka faham perkataanku; (Ta-Ha:28)

Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. (Ta-Ha:29) Iaitu Harun saudaraku; (Ta-Ha:30) Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, (Ta-Ha:31)

Allah berfirman: Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa! (Ta-Ha36)

Nabi Musa dan Nabi Harun disuruh berlemah lembut semasa menghadapi raja Firaun (yang mempunyai kuasa politik).

Ta-ha [43] Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas dalam kekufurannya.

Ta-Ha [44] Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut.

Mereka disuruh mengucapkan وَٱلسَّلَـٰمُ عَلَىٰ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلۡهُدَىٰٓ

……Dan selamat sejahtera, itu adalah untuk orang-orang yang menurut petunjuk agama Allah. (Ta-Ha:47)

Rasulullah s.a.w. turut menggunakan kalimah ini dalam suratnya kepada pembesar negara bukan Islam. Lafaz ini digunakan sebagai ganti lafaz “Assalamualaikum: yang digunakan khusus untuk lafaz salam sesama Islam.

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: