Allah Tidak Melihat Kepada Orang Sombong Dan Ujub

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah s.w.t. masih mahu menilik (melihat) kepada orang kafir (walaupun mereka tidak menyembahnya) tetapi Allah tidak mahu menilik (memandang) kepada orang yang sombong. Sesungguhnya Nabi Sulaiman Ibnu Daud menaiki angin (di atas permaidani) serta duduk berteleku, lalu baginda merasa ujub (hebat) dalam hatinya, maka baginda dicampakkan hingga jatuh ke tanah (Riwayat Thabrani).

Allah masih boleh melihat kepada golongan kafir tetapi Allah tidak menyukai orang yang sombong. Memakai kain labuh melebihi buku lali terutamanya ketika sembahyang juga termasuk dalam perkara menyombongkan diri. Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhilah isbal (pakaian yang labuh melebihi buku lali) kerana ia termasuk dalam perkara kesombongan” (Hadis Sahih Riwayat Abu Dawud).

Perasaan ujub (kagum) dengan kehebatan dan amalan sendiri juga menyebabkan pahala itu turun daripada diangkat ke langit. Janganlah merasa ujub, misalnya dengan mengatakan atau memikirkan “Aku ni selalu sembahyang berjemaah di masjid”. Seperti kata pepatah Melayu “masuk bakul angkat sendiri”

Nabi Sulaiman juga tidak terlepas daripada merasa ujub (hebat), semasa baginda menaiki permaidaninya yang diterbangkan oleh angin. Namun Allah s.w.t. mengingatkannya sehingga baginda terjatuh ke tanah. Begitu juga ayahndanya Nabi Daud yang merasa ujub dengan pelbagai kalimah zikir dan tasbih yang mampu diucapkan. Namun Allah mengingatkannya melalui Malaikat Jibril yang menyuruhnya mendengar zikir katak. Setelah mendengar zikir katak itu barulah baginda menyedari bahawa ada yang lebih hebat daripadanya.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Komen »

Satu Respons bagi “Allah Tidak Melihat Kepada Orang Sombong Dan Ujub”

  1. Habib Ahmad Says:

    MAJLIS-MAJLIS ILMU DI TEMPAT ANDA :
    1. Simposium Thariqat Tasawwuf 1432H/2011M
    http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/05/1-somposium-tareqat-tasawwuf-1432-2011.jpg

    2. Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/perhimpunan-pimpinan-pertubuhan.html

    3. Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/pengajiandiskusi-kitab-bersama-syeikh.html

    4. Seminar Memperingati Sayyidatina Khadijah
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/sayyidatina-khadijah-al-kubro-isteri.html

    5. PENGAJIAN KITAB 2011 : NASIHAT AGAMA WASIAT IMAN
    http://pondokhabib.files.wordpress.com/2011/05/msia28meitill24dis.jpg

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU TERKINI : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s