Kita Semua Adalah Pemimpin Yang Akan Ditanya

Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Kita adalah pemimpin ke atas diri sendiri dalam melaksanakan hukum Allah ke atas diri kita, misalnya melaksanakan perintah sembahyang. Kita mestilah memastikan kita melaksanakan syariat Allah dengan betul.

Janganlah berebut untuk menjadi pemimpin samada di peringkat kampung, negeri atau negara melainkan sudah tiada calon yang layak atau calon yang menunggu adalah lebih teruk daripada kita. Dalam sebuah hadith disebut sesiapa yang menjadi pemimpin kepada 10 orang dan lebih, ia akan datang ke mahkamah Allah dalam keadaan tangannya terbelenggu di lehernya, hanya kebaikannya sahaja yang boleh melepaskannya. Dalam hadith yang lain disebut “Kamu suka sangat hendak menjadi pemimpin padahal ia boleh menyebabkan dukacita dan rugi besar di akhirat”.

Allah menguji setiap kita dengan tanggungjawab samada sebagai pemimpin diri sendiri, suami, isteri, wakil rakyat, imam atau pekerja dan kita akan ditanya tentang kepimpinan kita di akhirat nanti.

About these ads

2 Respons to “Kita Semua Adalah Pemimpin Yang Akan Ditanya”

  1. Habib Ahmad Says:

    1. Majlis Ilmu di Pusat Pengajian Ba’alawi KL :

    2. Simposium Thariqat Tasawwuf 2011

    TERKINI LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

  2. Berbuat Baik Kepada Isteri Adalah Sunnah Nabi Says:

    [...] dan rumahtangganya. Tanggungjawab ini akan dipersoalkan di akhirat kelak jika tidak dijaga. Antara hadith yang membicarakan tentang tanggungjawab ini [...]


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: