Taat Kepada Allah, Rasul Dan Pemimpin

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w., sabdanya: “Sesiapa yang taat kepada ku maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah, dan (selain itu) sesiapa yang taat kepada ketua – pemerintah maka sesungguhnya ia telah taat kepada ku dan sesiapa yang derhaka kepada ketua – pemerintah maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada ku ..”(Bukhari dan Muslim)

Apa yang disuruh oleh Allah s.w.t, itu jugalah yang disuruh oleh Nabi, begitu juga dengan perkara yang dilarang, maka sesiapa yang taat kepada nabi juga taat kepada Allah s.w.t:

An-Nisaa[80] Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah

Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah ketaatan secara mutlak (penuh) dan ianya tidak bersyarat. Apabila Allah dan Rasul memerintahkan agar melakukan sesuatu maka kita tidak mempunyai pilihan lain dan tidak boleh memberikan sebarang alasan.

Ketaatan kepada pemimpin (termasuk ibubapa) pula adalah bersyarat iaitu taat sekiranya apa yang disuruh atau diperintahkan itu tidak bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul.

Tidak perlu taat kepada pemimpin dalam perkara maksiat.

Rasulullah s.a.w bersabda “Tidak ada ketaatan kepada siapa pun dalam maksiat kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara yang baik menurut syariat.” (HR. Bukhori dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi” (Riwayat Ahmad Dan Muslim)

Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Dengar dan Taatlah jika dilantik ke atas kamu (sebagai pemerintah) hamba habsyah yang kepalanya seakan-akan buah anggur selama mana dia menegakkan Kitab Allah’. Dan dalam riwayat yang lain: ‘Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Zarr r.a: ‘Dengar dan Taatlah walaupun kepada seorang Habsyi yang kepalanya seperti anggur’. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad].

Walaupun pemimpin itu melakukan maksiat, kita dilarang memeranginya selagi mereka masih bersembahyang bersama kita. Daripada Ummu Salamah, Rasulullah s.a.w bersabda:

Akan diangkat para penguasa untuk kamu. Di mana kamu mengenalinya dan kemudian engkau mengingkarinya (kerana ia telah melakukan maksiat). Sesiapa yang benci, maka ia telah berlepas tangan. Sesiapa yang mengingkarinya, benar-benar ia telah selamat. Akan tetapi, sebaliknya pula kepada mereka yang redha dan patuh terhadap pemimpin tersebut”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh memeranginya?”. Beliau menjawab: “Tidak, selagi mereka masih melaksanakan solah”. Iaitu sesiapa yang membenci dan mengingkari dengan hatinya.” (Hadis Riwayat Muslim,

About these ads
Dikirim dalam Uncategorized. 2 Komen »

2 Respons bagi “Taat Kepada Allah, Rasul Dan Pemimpin”

  1. ina zaabar Says:

    minta dalil qat’e yang kite tak boleh lawan dan biarkan ia kekal jadi pemimpin dan negara hancur

    • sulaiman Says:

      Anda boleh lawan melalui undi jika tidak berpuas hati dengan pemimpin.

      An-Nahli [90] Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta penderhakaan. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

      Setiap rakyat dilarang melakukan pemberontakan bersenjata kepada kerajaan yang sah disisi Allah dan Rasul. Sekiranya mereka menderhaka kepada kerajaan yang melaksanakan perintah Allah dan Rasul, maka hukumannya ialah samada dibunuh atau dipotong tangan dan kaki secara bersilang.

      Al-Maidah [33] Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas) atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: