Keistimewaan Umat Muhammad

Sesungguhnya Allah mengampuni umatku dalam perkara (keburukan) yang terlintas dalam hatinya selagi mereka tidak melakukannya atau membicarakannya. Sesungguhnya Allah mengampuni umatku dalam perkara yang dibisikkan oleh suara hatinya selagi mereka tidak melakukannya atau membicarakannya (Riwayat Jamaah). Baca baki entri ini »

Jaminan Allah Bahawa Ahli Syurga Akan Kekal Di dalamnya

Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman kepada ahli syurga: Wahai penghuni syurga! Mereka menjawab: Kami telah menyahut seruan-Mu wahai Tuhan kami, dan segala kebaikan ada di sisi-Mu. Allah bertanya: Apakah kamu sudah merasa puas? Mereka menjawab: Kami telah merasa puas wahai Tuhan kami, kerana Engkau telah memberikan kami sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu. Allah bertanya lagi: Mahukah kamu Aku berikan yang lebih baik lagi daripada itu? Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, apa yang lebih baik daripada itu? Allah menjawab: Akan Aku limpahkan keredaan-Ku ke atas kamu dan setelah itu Aku tidak akan murka kepada kamu untuk selamanya (Hadis qudsi riwayat Abu Said Al-Khudri r.a.)

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Komen »

Haji Atau Umrah Setiap 5 Tahun Bagi Mereka Yang Mampu

Allah s.w.t. telah berfirman “Sesungguhnya seorang hamba yang telah diberi kesihatan tubuh badan dan diluaskan rezekinya, sehingga lima tahun, tetapi ia masih belum menziarahiku, dia telah menghampakanku (Riwayat Ibnu Hibban melalui Abu Said Al-Khudri r.a.)

Dalam hadith qudsi ini Allah s.w.t berfirman bahawa seorang hamba yang mampu daripada segi kesihatan dan kewangan dalam tempoh 5 tahun, tetapi tidak menziarahinya dalam bentuk ibadah haji, maka dia telah menghampakan Allah. Sekurang-kurangnya kerjakan umrah kerana ia juga adalah haji iaitu haji kecil.

Perhatian Khas Allah Kepada Hamba Yang Mengingatinya

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman “Aku bersama hambaku selagi dia mengingatiku dan kedua bibir mulutnya bergerak menyebutku” (Riwayat Ahmad melalui Abu Hurairah r.a.) Baca baki entri ini »