Kelebihan Menuntut Ilmu

Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri China, kerana menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana gembira (suka) dengan apa yang mereka tuntut”. (Riwayat Al Bara)

Maksud “tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri china” ialah : Belajarlah sekalipun sehingga ke satu tempat yang jauh.

Negeri China yang dimaksudkan pula ialah China Yunan (bukan China sekarang) yang mempunyai ketamadunan yang tinggi pada masa itu. Orang Arab pada masa itu mempelajari ilmu asronomi, falsafah dari mereka. Para sahabat nabi juga pernah ke sana dan terdapat maqam (kubur) mereka di sana.

Pada zaman Rasulullah s.a.w. ilmu keagamaan boleh didapati oleh para sahabat secara terus daripada Baginda s.a.w, sebaliknya ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu keduniaan di Yunan, kerana Yunan pada masa itu sangat bertamadun.

Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam, lelaki dan perempuan dan ilmu yang paling utama ialah ilmu aqidah kerana aqidahlah yang menentukan masa depan akhirat kita.

Dalam kebanyakan hadis, orang yang mengajar dengan orang yang belajar adalah sama kelebihannya kecuali : Malaikat melebarkan sayapnya ke atas orang yang belajar ilmu agama yang ikhlas kerana Allah. Orang yang belajar hendaklah mengamalkan apa yang telah dipelajarinya (amal lah apa yang betul, dan tinggalkan apa yang tidak betul iaitu yang dibuat semata-mata kerana ikut-ikutan).

Sesiapa yg pergi mencari ilmu, maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan-ikan di lautan mendoakan untuknya (Riwayat Abu Daud). Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi, hinggakan semut di dalam lubang dan ikan dalam laut, semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia (Riwayat At-Turmizi).

Orang yang mengajar kebaikan, segala sesuatu (segalah-galanya), sehingga ikan-ikan yang ada di dalam laut akan memintakan keampunan baginya (Riwayat Jabir).

Kebaikan yang dimaksudkan ialah ilmu agama yang betul (perkara-perkara yang dibolehkan atau yang tidak dobolehkan, halal, haram) kerana tiada ilmu yang lebih baik selain daripada agama. Segala sesuatu misalnya pokok, batu dan sebagainya mendoakan keampuan bagi orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar , juga diampunkan dosa mereka.

Sesungguhnya orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak berilmu. Orang yang berilmu lebih tinggi makamnya (kedudukannya) di sisi Allah. Allah memberi pahala yang lebih kepada amalan orang yang berilmu berbanding mereka yang tidak berilmu.

Az-Zumar [9] : (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Al-Mujaadilah [11] : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (11)

About these ads

4 Respons to “Kelebihan Menuntut Ilmu”

  1. Muhammad tajuddin Says:

    Assalamualaikum, sheikh saya kongsi sedikit pengatahuan dan ilmu, berkenaan hadith tuntutlah ilmu sehingga negeri cina. Hadith tersebut adalah hadith palsu. Dan tiada asal untuk mengthabitkan perkataan itu sebagai hadith. Tuan guru enta sepatutnya lebih berhati2 apabila menyampaikan hadith. Disebabkan hadith yg diriwayatkan oleh imam bukhari dan muslim yg mana rasulullah melaknat bagi orang yang menipu keatas baginda atau kata lain menyampaikan hadith palsu.

  2. Hanzlah Othman Says:

    Hadith yg keberapa ye dpt kitab mukhtarul hadith?


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: