Huraian Hadith: Puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya

Dari Abu Hurairah r.h., Rasulullah s.a.w. bersabda : Semua amalan Anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku (sendiri yang) akan membalasnya.     

Mengapa disebut “puasa itu untuk-ku” sedangkan Alah swt tidak berhajat (perlu) dan tidak pula mengambil sebarang faedah daripada amalan-amalan kita? Allah swt bukannya  akan menjadi lebih berkuasa atau lebih besar disebabkan kita berpuasa.

Puasa itu untuk-Ku”

Hakikatnya, semua amalan adalah untuk faedah kita sendiri, Allah tidak mengambil sebarang faedah pun dari amalan kita samada amalan yang wajib atau yang sunat. Disebut puasa itu untuk-Ku”  kerana, puasa adalah merupakan satu ibadah yang tersembunyi dan tiada pengecaman, sehinggakan seseorang itu boleh berpura-pura berpuasa ketika berada di hadapan orang, atau boleh juga tidak  berpuasa ketika bersendirian, tiada siapa yang boleh mengecamnya. 

Bagi ibadat lain ada pengecamannya, seseorang yang sedang rukuk atau sujud boleh dicam, sehinggakan dikatakan bersembahyanglah dia. Seseorang yang memakai ihram pula, maka dikatakan dia sedang melakukan ibadat haji atau umrah. Sebaliknya seseorang yang berpuasa, tidak dapat dicam samada dia berpuasa atau tidak, kerana seseorang itu boleh makan di rumahnya kemudian membersihkan mulutnya, selepas itu apabila berada diluar rumah maka berpura-puralah letih dan kelihatan moyok di hadapan orang lain.  Maka didalam keadaan puasa yang boleh berpura-pura seperti itu pun, orang beriman tetap melakukan ibadat puasanya, maka itulah dikatakan ibadat puasa itu untuk Allah.

“Aku akan membalasnya“

Puasa bulan Ramadhan adalah satu-satunya ibadat yang dinilai sendiri pahalanya oleh Allah,  tidak diserahkan kepada malaikat. Malaikat hanya mencatit orang  yang  melakukan puasa sahaja, tetapi tidak menilai pahala puasa  seseorang itu. Allah swt lah sahaja yang mengetahui akan nilai dan mutu pahala puasa dan nilai ketakwaan puasa seseorang itu. Bagi ibadat-ibadat yang lain, malaikat mengetahui dan seterusnya mencatitkan nilai pahalanya.  Semua pahala atau ganjaran amalan ibadat selain puasa diberi oleh Allah melalui sesuatu, tetapi pahala puasa diberi secara “direct” oleh Allah swt.

Apabila Allah sendiri yang membalasnya, maka tentulah tersangat-sangat besar nilai pahala puasa yang berkualiti itu. Ini menunjukkan status Allah sebagai pemberi ganjaran. Seorang yang tinggi statusnya sudah pasti akan mampu memberi lebih banyak berbanding pemberian oleh orang yang dibawahnya. Misalnya seorang wakil rakyat mampu memberi lebih berbanding seorang imam. Apatalah lagi, bila Allah yang memberi, sudah pasti banyak pemberiannya.

Hadith ini juga boleh dibaca secara majhul dengan tafsirannya “Akulah (Allah) balasannya”, ini bermakna Allah telah menjanjikan bahawa Dialah (Allah) menjadi balasan bagi orang yang berjaya dalam puasanya.  Allah adalah tuan syurga, apabila tuan syurga sudah diperolehi oleh seseorang, maka secara automatiknya ia mendapat syurga.

About these ads
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Huraian Hadith: Puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya”

  1. saya Says:

    kita wujud untuk menzahirkan tuhan. tiada nikmat pada Allah, dan Dia tiada tertambah tetapi Dia mahukan kita dan menganjurkan diri-Nya dengan kita. Mahukah seorang raja tiada acara sendiri??


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: