Keadaan Di Neraka

Furqan [13] : Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (bagi melepaskan dari azab itu).

Neraka sebenarnya adalah satu tempat yang sangat luas, 70 tahun perjalanan ke dasarnya dan 40 tahun perjalanan lebarnya (atau jarak antara temboknya).

Kata Abu Hurairah r.a, maksudnya: Pasa suatu ketika, kami bersama-sama Rasulullah s.a.w., maka kami terdengar satu bunyi suara yang sangat dahsyat. Keadaan menjadi sunyi sepi, maka Rasulullah s.a.w. memecahkan kesunyian dengan bertanya: “Tahukah kamu sekalian bunyi apakah itu”. Kami menjawab: “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui”. Baginda bersabda: “Itulah bunyi batu yang telah terhempas jatuh sampai ke dasar Neraka Jahannam setelah 70 tahun dilontarkan dari permukaannya.

Dari Abu Said Al-Khudri r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, pembatas neraka itu terdiri dari empat dinding yang tebal. Setiap dinding jaraknya sejauh empat puluh (40) tahun perjalanan (Riwayat Tirmidzi)

Neraka yang luas itu menjadi sempit kerana orang yang masuk ke dalamnya saiz mereka berubah menjadi besar.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Jarak antara kedua bahu orang kafir di neraka itu sejauh perjalanan tiga hari dengan kendaraan yang cepat. (Shahih Muslim)

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a., ia berkata:.Rasulullah s.a.w.,bersabda: Gigi geraham atau gigi taring orang kafir itu sebesar gunung Uhud dan kekasaran kulitnya adalah sejauh perjalanan tiga hari. (Shahih Muslim)

Neraka yang luas itu menjadi sempit kerana ramainya orang yang masuk ke dalamnya. Qaf [30] : (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan?

Neraka itu adalah tempat yang sangat hodoh.

Mulk [6] : Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Ar-Ra’d [18] : ….dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.

Orang yang masuk ke dalam neraka itu tidak hidup dan tidak mati, bak kata pepatah “hidup segan mati tak mahu

Al-A’la[13] : Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

Minuman Ahli Neraka

An-Nabaa [24] : Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya dan tidak pula sebarang minuman; An-Nabaa [25] : Kecuali air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir,

Air Yang Menggelegak

Al-Kahfi [29] : …. dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang.

Muhammad [15] : …..orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur?….

Waqiah [53] : Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, [54] : Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas.

Air Danur

Ibrahim [16] : Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam dan dia akan diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli Neraka).

Ibrahim[17] : Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu) dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat.

Air Kemaluan Penzina

Dalam hadith disebut peminum arak (yang tidak bertaubat sebelum meninggal dunia) akan diseksa dengan diberi minum air dari kemaluan penzina perempuan yang juga tidak bertaubat sebelum meninggal dunia.

Siapa mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, nescaya Allah ta’ala akan memberinya minum air sungai Ghuthah. Iaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur (wanita-wanita penzina).”(Hadith riwayat Imam Ahmad)

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: