Berselawat Ke Atas Nabi Dan Ahli Keluarganya

Nabi Muhammad saw,  adalah seorang manusia yang paling hebat, tetapi kehidupannya adalah sederhana. Dalam buku “The 100  Ranking of the Most Influential Persons in History (Kedudukan 100  Manusia Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah) ditulis oleh Michael H. Hart, kedudukan Rasulullah s.a.w. adalah pada tempat yang pertama. Nabi Muhammad s.a.w. bersifat “Siddik” (Benar). Apabila Baginda bercakap, Baginda bercakap hanya perkara yang benar, dan  tidak bercakap mengikut hawa nafsunya, melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah swt.

An-Najm [3] : Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.[4]  :Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Justeru itu memuji dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw (Manusia Yang Terhebat Ini) adalah satu amalan baik yang mendapat ganjaran yang besar.  Jika seseorang berselawat dengan satu (1) kali selawat ke atas Baginda Mulia, seseorang itu akan mendapat ganjaran pahala sebanyak 10 kali. Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, akan dicatat baginya sepuluh kebaikan. (Hadis Riwayat Ahmad).

Bahkan jika berselawat dan membaca quran dalam keadaan lalai sekalipun, tetap diberikan pahala. “Sesiapa yang membaca Al-Quran dan melafazkan selawat secara lalai, Allah masih memberi gandaan pahala setinggi bukit dan malaikat masih mendoakan kebaikan bagi si pembaca”. Apatah lagi jika selawat dan baca quran itu dilakukan dengan secara khusyuk  atau “hadir hati” (ingat pada Allah), maka sudah tentu lebih besar pahalanya. Oleh itu bersihkan hati dan berselawatlah dengan ikhlas.

Orang yang paling diutamakan di Alam Mahsyar nanti ialah orang yang paling banyak berselawat. Di dunia dia mungkin seorang hamba, tetapi di syurga dia menjadi tetamu Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Hadis Riwayat Ibn Mas’ud r.a)

Selawat menghapuskan dosa seperti air mematikan api. Saidina Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. berkata :

“Membaca selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk memadamkan api, dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak” 

Selawat pada hari Jumaat 80 kali boleh menghapuskan dosa. Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang menyatakan:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas sembahyang Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah.

taubah5.JPG (26526 bytes) 

Allahumma Solli ‘Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa-’Alaa Aalehi wa-sallim Tasleeyma.(Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”) [Al-Jami Al-Saghir; Allamah Sakhaawi RA dalam Al-Qawl al-Badee’; Imaam Daraqutni RA and Al Muassah al-Rayyan]

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun. Telah ditanya; Wahai Rasulullah s.a.w, Bagaimanakah selawat itu? Baginda menjawab “Allah humma salli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi” [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

”Selawat kepadaku itu merupakan satu (kelompok) cahaya di hari kiamat yang menjelma di Siraat (Titian al-Mustaqiim)” (Hadis Riwayat Abu Sa’id).

Berdoalah di antara dua selawat, kerana selawat-selawat itu menjadi penembus hijab (halangan) sehingga doa itu dapat naik ke langit. Daripada Anas Radhiallahu ‘anhu berkata:

Setiap doa itu terhalang sehinggalah diucapkan selawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.” (Hadis riwayat Ad-Dailami)

Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila berdengung telinga seorang kamu, maka hendaklah ia mengingati Allah dan berselawat kepadaKu... [Hadith Riwayat Ibnu Sunny]

About these ads
Dikirim dalam Uncategorized. 2 Komen »

2 Respons bagi “Berselawat Ke Atas Nabi Dan Ahli Keluarganya”

  1. Syaw Wiee Says:

    “Sesiapa yang berselawat ke atasku pada hari Jumaat sebanyak lapan puluh kali, diampunkan baginya dosa-dosa selama lapan puluh tahun”
    salam ..maaf bleh bgi sumber hadith ni . dan hadis sebenar dalam bahasa arab

    • sulaiman Says:

      Hadith1 :Abu Hurairah RA reports that the Holy Prophet (SAW) said: Whoever recites the following Durood eighty times immediately after Asr Salaat on Friday, before standing up from his place, Allah will forgive eighty years of sins and grant him the reward equivalent to eighty years of worship. “Allahumma Salle ‘Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa-’Alaa Aalehi wa-sallim Tasleeyma” [O Allah bless Muhammad, the unlettered Prophet, and his family and grant them best of peace] [Hadith Reference: Al-Jami Al-Saghir; Allamah Sakhaawi RA in Al-Qawl al-Badee’; Imaam Daraqutni RA and Al Muassah al-Rayyan]

      Hadith 2: Rasulullah (Sallallaahu alayhi wa sallam) said: Whoever sends salutations (salaat) to me eighty times on Friday, Allah will forgive eighty years of his sins. It was asked; O Rasulullah (Sallallaahu alayhi wa sallam): How should the salaat be? He replied: “Allah humma salli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi” [Hadith Reference: Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith; This hadith is graded as Hasan” by Abu Abdillah Al-Nu’man]


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: