Hubungan Baik Sesama Manusia

Selain hubungan dengan Allah Subhanahuwata’ala, Islam juga mementingkan hubungan baik sesama manusia, iaitu hubungan baik dengan ibubapa, keluarga, jiran, anak yatim dan golongan orang-orang miskin.

Ibubapa

Israa [23] : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Dalam sebuah hadis disebut: ”Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu“.

Keluarga

An-Nahli [90] : Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala  menyuruh berlaku adil dan ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat….

Dahulukan ahli kaum keluarga yang miskin dalam memberi bantuan kewangan seperti memberi zakat atau sedekah, kerana merekalah yang paling hampir dengan kita. Merekalah yang lebih berhak untuk menerima bantuan. Kaum kerabat ini termasuklah adik beradik, juga adik beradik sebelah bapa atau ibu. Disamping zakat yang dibayar kepada pusat zakat, sebahagiannya berikanlah kepada ahli keluarga atau kerabat yang terdekat.

Jiran

Rasulullah s.a.w. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat baik kepada jiran. Dalam sebuah hadis sahih; diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Baginda Mulia telah bersabda: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka Jibril akan menjadikan jiran itu sebagai waris (kepada jirannya).” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan. Kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah Subhanahuwata’ala di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita. Misalnya jiran kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya (Dalam kes ini, jiranlah yang akan mendakwa kita.

At-Tabrani meriwayatkan daripada Jabir r.a. daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda; “Jiran itu 3 golongan: 1) Jiran dengan 1 hak, iaitu jiran yang musyrik. Dia hanya ada hak kejiranan. 2) Jiran dengan 2 hak iaitu jiran yang beragama Islam. Dia ada hak kejiranan dan ada hak Islam. 3) Jiran dengan 3 hak iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Dia ada hak kejiranan, ada hak Islam dan ada hak hubungan kekeluargaan.”

Baginda Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Dzar Al-Ghifari yang bermaksud: “Apabila kamu memasak makanan, banyakkanlah kuahnya dan berilah kepada jiran kamu.

Anak Yatim.

Anak yatim iaitu anak yang kematian bapanya sebelum dia baligh.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim, lelaki atau perempuan adalah aku dan dia di syurga seperti dua jari ini” (telunjuk dan tengah) (Riwayat Hakim dari Anas).

Memberi makan kepada anak yatim adalah diantara amal yang tinggi darjatnya disisi Allah Subhanahuwata’ala:

Al-Balad [11] : Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; [12] : Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? [13] : (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; [14] : Atau memberi makan pada hari kelaparan. [15] : Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

Manakala orang yang mendustakan agama ialah mereka yang menzalimi anak yatim:

Al-Maun [1] : Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Al-Maun [2] : Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

Miskin.

Keluhan orang miskin sangat berkesan di sisi Allah Subhanahuwata’ala, kerana Allah Subhanahuwata’ala yang menjadikan mereka miskin. Hidup ini bagaikan putaran roda, Allah Subhanahuwata’ala berkuasa menukarkan orang yang miskin menjadi kaya dan orang yang kaya bertukar menjadi miskin. Berhati-hatilah dengan keluhan orang miskin kerana ianya sangat mendapat tempat dan perhatian Allah Subhanahuwata’ala.

Al-Maun [1] : Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Al-Maun [3] : Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (3)


About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: