Kisah Harut dan Marut

Setelah Allah SWT menciptakan manusia sebagai khalifah di bumi, para malaikat di langit berkata ” Wahai Tuhan, mengapa engkau jadikan anak-anak Adam itu sebagai makhluk pilihan-Mu di bumi, sedangkan mereka sering menderhakaiMu”.

Allah SWT berfirman, “Kalaulah Aku turunkan kamu ke dunia dan Aku cipta kamu sama seperti manusia yang mempunyai nafsu, nescaya kamu juga akan melakukan sebagaimana yang manusia lakukan“. Para Malaikat menjawab, “Maha Suci Engkau wahai Tuhan, kami sama sekali tidak akan menderhakai-Mu ”.

Lalu Allah SWT menyuruh para Malaikat memilih Malaikat yang terbaik di antara mereka untuk diturunkan ke bumi. Malaikat memilih Harut, Marut dan Azail. Ketiga-tiga malaikat itu diturunkan ke bumi dalam bentuk dan rupa anak Adam. Ketika Azail dihidupkan nafsu dalam jiwanya, beliau menangis dan mohon dikembalikan ke langit seperti asalnya. Beliau diterima oleh Allah SWT dan tinggallah Harut dan Marut sahaja di dunia.

Sebelum diturunkan ke dunia, Harut dan Marut dibekalkan dengan nafsu dan syahwat sama seperti manusia. Mereka juga dianugerahkan berbagai ilmu pengetahuan termasuklah ilmu sihir. Mereka mengajar tentang sihir supaya manusia boleh membezakan antara sihir dan mukjizat Nabi Sulaiman.

Baqarah [102] …. Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir

Malaikat Harut dan Marut ini tidak mengajar ilmu sihir kepada manusia, melainkan mereka datang ke dunia sebagai ujian untuk mengajak manusia meninggalkan ilmu tersebut. Ada dikalangan masyarakat di zaman tersebut yang meminta supaya mereka mengajarkan ilmu ini, namun Harut dan Marut meletakkan syarat, sekiranya ilmu ini diajar, jangan sekali-kali mereka menyalah gunakan ilmu tersebut.

Baqarah [102] …. dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)  ”.

Ada juga ilmu sihir yang  boleh membalik-balikkan hati manusia, sehingga pasangan suami isteri yang saling sayang menyayangi bertukar menjadi benci, bergaduh dan seterusnya membawa kepada penceraian.

Baqarah [102]….Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah

Pada suatu hari datanglah seorang wanita yang cantik jelita berketurunan Parsi (Iran), bernama Zahrah isteri Raja ketika itu, yang juga merupakan zuriat keturunan Qabil (anak Nabi Adam yang cantik). 

Apabila terpandang sahaja Zahrah, Harut dan Marut mula berdebar-debar. Maka bertanyalah Harut kepada Marut, “Wahai saudaraku Marut, adakah engkau merasai apa yang aku rasa, perasaan cinta dan berahi kepada wanita yang berjumpa kita tadi ?” Jawab Marut, “Benar, aku juga merasai apa yang engkau rasai”.

Zahrah pula merasakan bahawa Harut dan Marut adalah manusia yang istimewa dan mempunyai sesuatu ilmu rahsia. Zahrah ingin mengetahui dan mempelajari rahsia nama-nama Allah yang agung iaitu “Ismullahhul A’zom”. Zahrah sanggup melakukan apa sahaja untuk mengetahui rahsia itu, lalu mempelawa mereka ke istananya.

Harut dan Marut pula cuba memikat dan merayu pada Zahrah untuk melakukan hubungan tetapi dia menolak. Akhirnya Zahrah bersetuju dan meletakkan syarat, sekiranya mahu melakukan hubungan dengannya, mereka hendaklah minum arak yang dihidangkannya. Akhirnya, mereka telah meminum arak untuk melakukan hubungan dengan Zahrah, kemudian membunuh suaminya.  Disebabkan mabuk, mereka telah melakukan dosa lain iaitu membunuh.

Zahrah telah mendengar “Ismullahhul A’zom” daripada Harut dan Marut semasa mereka dalam keadaan mabuk itu. Lalu Zuhrah telah melafazkannya dan dia telah di”masakh”kan iaitu ditukar dia menjadi sebuah planet yang sekarang ini di kenali sebagai planet Zuhrah.

Setelah Harut dan Marut sedar daripada kemabukan, mereka sedar bahawa mereka juga melakukan kesalahan kerana dipengaruhi nafsu, sepertimana firman Allah kepada mereka sebelum ini.

Keduanya insaf di atas kesalahan yang mereka lakukan dan ingin segera kembali ke langit. Namun, Allah SWT tidak mengizinkan. Allah SWT berfirman kepada mereka, “Sekarang kamu berdua pilih, samada kamu mahu menerima azab di dunia atau azab di akhirat.? ”Keduanya menjawab,“Wahai Tuhan, kami berdua memilih azab di dunia kerana azab di dunia ada pengakhirannya sedangkan azab di akhirat tidak akan berakhir.”

Sikap Harut dan Marut ini berbeza dengan sikap Iblis yang memilih agar ditangguhkan azab di dunia ini kerana enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.

Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat. (Hijr:35) Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat). (Hijr:36)

Kemudian Allah SWT menempatkan Harut dan Marut di negeri Babil (Babylon) dan diazab dengan kedua kakinya terikat dengan kepalanya ke bawah dan kaki ke atas.

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Rahawiyyah dan Ibnu Mardawiyyah daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bersabda Rasulullah s.a.w. iaitu “Laknat Allah akan Zahrah (wanita Farsi), sesungguhnya beliau telah memfitnahkan dua malaikat Harut dan Marut. Wallahua’lam. (Tafsir Mazhari Jilid 1, halaman 108 karangan ulama Tafsir dan Waliyyullah yang masyhur iaitu Tuan Qadhi Muhammad Thanaullah, Al-Uthmani).

Harut Marut pada pengajian kami adalah “malakain” iaitu dua malaikat dan bukannnya “malikin (dua raja atau pemerintah). Jika apa pendapat yang mengatakan mereka adalah jin atau manusia, datangkanlah bukti atau dalil. Kami telah bawakan hadith seperti di atas yang terdapat dalam Tafsir Mazhari. Apapun ini bukanlah suatu perkara yang wajib dipercayai. Pengajarannya utamanya adalah tentang pengaruh nafsu terhadap manusia dan malaikat akhirnya akur tentang perkara ini.

About these ads

20 Respons to “Kisah Harut dan Marut”

  1. Bawang Goreng Says:

    Agak pelik cerita ini. Nabi melaknat Zahrah, sedangkan yang mengajak kepada keburukan adalah Harut dan Marut sendiri. Ini berdasarkan ayat : ‘Lalu Harut dan Marut pun cuba memikat dan merayu pada Zahrah untuk melakukan hubungan tetapi dia menolak.’

    Mungkin ada kesilapan dalam cerita ini?

    • sulaiman Says:

      Keburukan itu tidak berlaku sekiranya Zahrah terus menolak, tetapi akhirnya Zahrah bersetuju dan meletakkan syarat sekiranya mahu melakukan hubungan dengannya hendaklah minum arak. Disebabkan mabuk, mereka telah melakukan tiga dosa, iaitu, minum arak, membunuh dan berzina.

  2. irhafiz Says:

    Assalamualaikum,

    - Manakala Zahrah pula telah dilaknat dan di”masakh” iaitu ditukar dia menjadi sebuah planet yang sekarang ini di kenali sebagai planet Zuhrah. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali semasa Rasulullah SAW melihat ke bintang, Baginda melaknat bintang Zahrah “kerana kamulah Harut dan Marut sengsara (difitnah)” -

    berdasarkan petikan di atas, boleh penulis berikan matan serta sanad hadith tersebut (mengenai Nabi s.a.w. melaknat bintang Zahrah) serta kesahihan ditukarkan Zahrah kepada planet Zahrah…

    hafiz – yang masih belajar.

    • BG Says:

      Assalamualaikum,

      Terima kasih atas hadis-hadis yang dilampirkan (di bawah). Walau bagaimanapun, tidak terdapat riwayat yang menyatakan Rasulullah melaknat Zahrah, seperti dalam ayat “Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali semasa Rasulullah SAW melihat ke bintang, Baginda melaknat bintang Zahrah “kerana kamulah Harut dan Marut sengsara (difitnah)”.”

      Saya bukan ahli ilmu hadis, namun, apa yang diriwayatkan dalam entry, terutama dalam ayat yang dipetik itu sangat pelik dan meragukan. Inilah kali pertama saya membaca Rasulullah ‘melaknat’ seseorang.

      Persoalannya, mengapa Zahrah sahaja yang dilaknat, sedangkan pilihan untuk melakukan kemusnahan terletak di tangan Harut dan Marut sendiri? Zahrah cuma asbab kepada dosa yang dilakukan Harut dan Marut yang dilakukan atas pilihan mereka sendiri. Jika benar Rasulullah SAW melaknat Zahrah, sewajarnya baginda juga melaknat Harut dan Marut. Tidak wajar laknat kepada satu pihak sahaja sedangkan yang melakukan kemungkaran adalah ketiga-tiga mereka.

      Harut dan Marut wajar dipertanggungjawabkan atas perbuatan mereka sendiri, bukan hanya menyalahkan Zahrah yang tewas kepada pujukan mereka. Mereka diutuskan untuk menyeru kepada perkara baik, namun sebaliknya mengajak kepada Zarah kepada kemungkaran dan akhirnya Zahrah dipertanggungjawabkan? Hemm… sungguh pelik!

      Mungkin Harut dan Marut tidak dilaknat, mungkin juga dilaknat. Wallahu’alam. Jika Harut dan Marut tidak dilaknat, mungkin air Telaga Barhud (tempat digantung Harut dan Marut?) suci lagi menyucikan. Sedangkan saya difahamkan, hukum menggunakan airnya adalah makruh, sama hukumnya dengan tempat yang dilaknat iaitu Laut Mati.

      Moral of the story, untuk sekalian malaikat yang memandang remeh kejadian manusia, “nafsu bukanlah sesuatu yang mudah untuk diuruskan”, seperti sangkaan Harut dan Marut.

      Allah Lebih Mengetahui.

      • BG Says:

        Teringat pula firman-Nya :

        QS20:121 ~ Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah dia.

        Menurut riwayat yang dibaca, Hawa yang memujuk Adam memakan buah khuldi, tetapi tiada pula ayat yang mengatakan Hawa terkutuk/laknat kerana menyebabkan Adam melakukan perkara terlarang.

        Mengapa tidak diturunkan ‘derhakalah keduanya (bukan Adam sahaja) kepada Tuhan dan sesatlah keduanya (bukan dia, yang merujuk kepada Adam sahaja)’?

        Mungkin tuan punya penjelasan di sini?

      • sulaiman Says:

        Adam adalah pengawal kepada Hawa. Suami adalah pengawal kepada isteri.
        An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,

        Hadith tentang Zahrah saya pelajari daripada guru hadith yang mendapat ijazah daripada guru-guru hadith. Insyaallah saya dapatkan sanad dan matannnya dan juga penjelasan kenapa Zahrah sahaja dilaknat. Harap bersabar.

      • sulaiman Says:

        Telah diriwayatkan oleh Ibnu Rahawiyyah dan Ibnu Mardawiyyah daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bersabda Rasulullah s.a.w. iaitu “Laknat Allah akan Zahrah (wanita Farsi), sesungguhnya beliau telah memfitnahkan dua malaikat Harut dan Marut. Wallahua’lam. (Tafsir Mazhari Jilid 1, halaman 108 karangan ulama Tafsir dan Waliyyullah yang masyhur iaitu Tuan Qadhi Muhammad Thanaullah, Al-Uthmani).

    • sulaiman Says:

      Telah diriwayatkan oleh Ibnu Rahawiyyah dan Ibnu Mardawiyyah daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bersabda Rasulullah s.a.w. iaitu “Laknat Allah akan Zahrah (wanita Farsi), sesungguhnya beliau telah memfitnahkan dua malaikat Harut dan Marut. Wallahua’lam. (Tafsir Mazhari Jilid 1, halaman 108 karangan ulama Tafsir dan Waliyyullah yang masyhur iaitu Tuan Qadhi Muhammad Thanaullah, Al-Uthmani).

      • Abang Says:

        Jawapan ustaz Azhar Idrus

        http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=24&t=5706

        Kisah dan penyebutan nama Harut Marut dalam Al-Quran, hanya disebutkan satu kali, yaitu dalam surat al-Baqarah ayat 102. Bahkan, penyebutan kisahnya pun sangat pendek, tidak panjang juga tidak detail. Perhatikan ayat dimaksud:

        وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنْفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

        Artinya: “Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh setan-setan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya setan-setanlah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barang siapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui” (QS. Al-Baqarah: 102).

        Lalu siapa Harut Marut ini? Terdapat perbedaan pendapat di kalangan para ulama. Dan perbedaan ini erat kaitan dengan penafsiran maksud dari kata ‘malakain’ (dua malaikat).

        Pendapat pertama, Harut dan Marut adalah dua nama kabilah jin yang mengajarkan sihir. Dengan demikian kata Harut dan Marut merupakan badal dari kata ‘asy-syayâthîn’ (setan-setan). Pendapat ini adalah dinisbahkan oleh Ibnu Katsir kepada pendapatnya Ibnu Hazm, hanya saja Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan pendapat ini adalah pendapat yang sangat aneh dan asing.

        Lalu jika Harut dan Marut merupakan badal dari kata ‘asy-syayâthîn’, lalu siapakah yang dimaksud dengan ‘malakain’ dalam ayat tersebut? Menurut pendapat ini, kata ‘malakain’ dimaksudkan adalah Jibril dan Mikail. Hal ini mengingat orang-orang Yahudi mengatakan bahwa Allah telah menurunkan Jibril dan Mikail untuk mengajarkan sihir, lalu Allah menolak anggapan tersebut, dengan mengatakan: “Sulaiman tidak kufur (tidak mengajarkan sihir), juga demikian dengan Jibril dan Mikail. Akan tetapi yang kufur itu adalah setan-setan, di mana merekalah yang mengajarkan sihir kepada manusia di daerah Babil, yaitu melalui Harut dan Marut”.

        Demikian penggambaran Imam al-Qurthubi dalam al-Jâmi’ li Ahkâmil Qur’an-nya, ketika menggambarkan penafsiran pendapat pertama. Hanya saja, pendapat ini, sebagaimana dikatakan Ibnu Katsir adalah pendapat yang sangat aneh dan asing (aghrab jiddan).

        Pendapat kedua mengatakan, Harut dan Marut adalah manusia jahat yang mengajarkan sihir di daerah Babil, dan Babil adalah sebuah daerah di Irak atau di Kufah. Pendapat ini diutarakan oleh Imam Ibnu Jarir at-Thabari dalam tafsirnya Jâmiul Bayân fi Ta’wîl Al-Quran, ketika menjelaskan beberapa pendapat seputar maksud Harut dan Marut. Namun demikian, di akhir pemaparan Imam at-Thabari melemahkan pendapat ini.

        Jika yang dimaksudkan dengan Harut dan Marut adalah manusia biasa, lalu siapa yang dimaksud dengan ‘malakain’?

        Sebagaimana pendapat pertama, pendapat ini mengatakan bahwa ‘malakain’ maksudnya adalah Jibril dan Mikail. Ini untuk menolak anggapan orang Yahudi saat itu yang mengatakan bahwa Nabi Sulaiman bin Daud bukan seorang Nabi akan tetapi seorang tukang sihir, yang mana sihirnya itu diajarkan melalui Jibril dan Mikail. Allah kemudian membantah anggapan demikian dengan mengatakan bahwa Jibril dan Mikail tidak mengajarkan sihir sedikitpun, sehingga dengan demikian Nabi Sulaiman terbebas dari tuduhan tersebut. Kelebihan yang dimiliki Nabi Sulaiman, bukanlah hasil dari sihir akan tetapi mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi-Nya.

        Pendapat ketiga, mengatakan Harut dan Marut adalah orang shaleh dan sangat baik yang tinggal di Babil. Karena kesalehannya, orang-orang memuliakan dan menganggapnya seperti malaikat. Dengan demikian, kata ‘malakain’ dalam ayat di atas merupakan bentuk isti’arah atau majaz dari dua sosok manusia saleh yang bernama Harut dan Marut. Karenanya, kata Harut dan Marut merupakan badal dari kata ‘malakain’ hanya dalam pengertian majaz bukan pengertian sebenarnya sebagai malaikat.

        Harut dan Marut, menurut pendapat ini, dapat mengetahui sihir dan bahkan keduanya yang meletakkan dasar-dasar ilmu sihir di negeri Babil, Irak. Keduanya orang baik dan tidak kufur dengan sihirnya itu, hanya saja orang-orang setelahnya yang menggunakan ilmu sihir tersebut untuk hal-hal tidak baik sehingga mereka menjadi kufur. Demikian pemaparan Thahir bin Asyur dalam at-Tahrir wat Tanwir-nya, ketika menjelaskan ayat 102 dari surat al-Baqarah.

        Harut dan Marut, lanjut Ibnu Asyur, adalah dua nama suku Kaldan. Kata Harut merupakan nama Arab dari bahasa Kaldan, Hârûkâ, yang merupakan nama bulan sebagai symbol perempuan bagi suku Kandan. Sedangkan Marut merupakan nama Arab dari kata Mârûdâkh, yang merupakan nama bintang bagi suku Kaldan, sebagai symbol laki-laki.

        Baik Hârûkâ maupun Mârûdâkh keduanya merupakan di antara bintang yang disucikan dan disembah oleh suku Kandan. Dan penyandaran kedua nama ini kepada nama bintang, adalah karena keyakinan mereka bahwa setiap orang saleh ketika sudah meninggal dunia, ia akan naik ke langit dan berubah dalam bentuk bintang atau benda langit lainnya. Dengan demikian, Harut dan Marut adalah dua orang saleh yang namanya kemudian diabadikan sebagai nama bintang sembahan suku Kaldan. Demikian pemaparan Ibnu Asyur dalam tafsirnya.

        Sebagian ulama membacanya bukan ‘malakain’, akan tetapi ‘malikain’ (dengan membaca kasrah huruf lam-nya yang berarti dua raja). Di antara ulama yang membaca dengan ‘malikain’ ini, dinisbahkan oleh Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya, kepada pendapatnya ibnu Abbas, Ibn Abza, ad-Dhahhâk dan al-Hasan al-Bashri. Dan yang dimaksud dengan dua raja ini adalah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Hanya saja, bacaan ini adalah bacaan yang syadzdzah (ganjil), dan dilemahkan oleh Ibnul Araby.

        Pendapat keempat, Harut dan Marut adalah malaikat yang diturunkan oleh Allah sebagai ujian dan cobaan bagi manusia saat itu. Keduanya mengajarkan sihir, dengan maksud agar orang-orang dapat membedakan mana sihir dan mana mukjizat. Hal ini penting mengingat sihir di daerah Babil saat itu sudah sangat membudaya dan membesar, sehingga mereka tidak dapat lagi membedakan antara mukjizat dan sihir. Mereka menganggap para nabi yang diutus bukan sebagai nabi akan tetapi tukang sihir. Allah lalu menurunkan dua malaikat, Harut dan Marut sebagai ujian bagi manusia saat itu. Mereka yang beriman akan tetap kokoh dengan keimanannya, dan mereka yang tidak beriman akan teperdaya dengan sihir tersebut.

        Pendapat ini mengatakan, bahwa kata Harut dan Marut merupakan badal dari kata ‘malakain’, yang berarti dua malaikat dalam pengertian sebenarnya. Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan, pendapat ini merupakan pendapat Jumhur ulama salaf, termasuk juga pendapat sebagian besar mufassirin, baik yang dahulu maupun yang belakangan.

        Lalu jika ditanyakan, kalau seandainya Harut dan Marut itu adalah malaikat, bagaimana mungkin dia mengajarkan sihir yang jelas-jelas sangat dilarang?

        Imam at-Thabari menjawab pertanyaan ini dengan mengatakan: “Sesungguhnya Allahlah yang telah menurunkan kebaikan dan kejahatan semuanya. Dan Allah juga menjelaskan akibat dari semua itu kepada hamba-hamba-Nya. Allah kemudian mewahyukan kepada para utusan-Nya untuk mengajarkan kepada makhluk-Nya mana yang halal dan mana yang haram bagi mereka. Hal ini seperti zina, mencuri dan seluruh perbuatan maksiat lainnya yang diperkenalkan kepada manusia serta melarang manusia melakukannya. Dan Sihir juga termasuk salah satu dari makna dimaksud, yang disampaikan dan dilarang untuk menggunakannya”.

        Imam at-Thabari kemudian menukil pendapat yang mengatakan: “Mereka juga berpendapat: “Mengetahui ilmu sihir itu tidak berdosa, sebagaimana tidak berdosanya seseorang yang mengetahui cara membuat minuman keras, memahat patung. Letak dosa itu manakala ia mengamalkannya dan mempraktikkannya”. Demikian di antara pemaparan Imam at-Thabari mengokohkan pendapat keempat ini.

        Imam al-Qurthubi dalam tafsirnya menguatkan pendapat tersebut dengan mengatakan bahwa Harut dan Marut merupakan dua malaikat yang diturunkan menjelaskan bahaya sihir sebagai ujian dan fitnah bagi manusia. Dan bagi Allah, lanjut al-Qurthubi, sangat berhak untuk menguji hamba-Nya menurut kehendak-Nya, sebagaimana Dia telah menguji dengan sangat Thalut. Karena itu, kedua malaikat itu berkata: “kami adalah fitnah maksudnya ujian dari Allah, kami mengabarkan bahwa sihir itu adalah perbuatan kufur. Jika kamu mengikuti nasihat kami, niscaya akan selamat, dan jika kamu tidak mengikuti kami, niscaya kamu celaka dan binasa”.

        Dalam kesempatan lain, Imam al-Qurthubi mengatakan bahwa Harut dan Marut itu diturunkan untuk mengajarkan kepada manusia larangan melakukan sihir. Keduanya mengatakan: “Janganlah kalian melakukan ini, jangan melakukan itu”, dan seterusnya.

        Syaikh Thanthawi, rahimahullah, Syaikhul Azhar sebelumnya, dalam tafsirnya at-Tafsîr al-Wasîth menuturkan: “Jumhur mufassirin berpendapat bahwa kedua malaikat itu adalah dalam pengertian sebenarnya malaikat. Keduanya diturunkan oleh Allah untuk mengajarkan sihir kepada manusia sebagai ujian dan cobaan. Hal ini untuk menolak anggapan tukang sihir saat itu yang mengatakan bahwa para nabi itu dusta, juga mereka memengaruhi dan mengajak orang-orang saat itu untuk menyembah selain Allah. Kemudian Allah mengutus dua malaikat yang bernama Harut dan Marut.

        Hanya saja, keduanya tidak mengajarkan sihir kepada siapa pun kecuali keduanya menasihati dengan mengatakan bahwa apa yang diajarkannya itu adalah bentuk sihir yang tujuannya sebagai ujian, untuk memisahkan mana yang mengikuti kemaksiatan sehingga ia sesat dibuatnya, dan mana yang meninggalkan kemaksiatan sehingga ia berada dalam petunjuk dan cahaya dari Allah. Di samping itu juga untuk menampakkan perbedaan yang nyata antara mukjizat dengan sihir”.

        Kemudian perlu saya sampaikan juga, riwayat-riwayat yang berkaitan dengan kisah Harut dan Marut ini sangat banyak. Riwayat-riwayat dimaksud datang bukan dari Rasulullah saw, akan tetapi dari para tabi’in, seperti Mujahid, Hasan Bashri, Qatadah dan lainnya. Tidak ada riwayat yang sahih yang langsung menyambung kepada Rasulullah saw.

        Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya yang bersambung kepada Rasulullah saw, hanya saja riwayatnya lemah, karena di dalamnya ada rawi bernama Musa bin Jubair, yang oleh para ulama hadis seperti Imam al-Haitsami dalam Majmauz Zawâid dinilai sebagai rawi daif. Terlebih, menurut para ulama, riwayat-riwayat seputar kisah Harut dan Marut yang banyak disebutkan dalam kitab-kitab tafsir seperti dalam Tafsir at-Thabari adalah berita-berita Israiliyyat yang tertolak. Untuk riwayat-riwayat seputar Harut dan Marut ini, semoga lain waktu dapat saya ketengahkan, insya Allah.

        Mengakhiri pembicaraan Harut Marut ini, alangkah baiknya saya nukilkan di antara perkataan Ibnu Katsir dalam tafsirnya ketika menafsirkan surat al-Baqarah ayat 102 di atas. Ibnu Katsir mengatakan:

        وقد روي في قصة هاروت وماروت عن جماعة من التابعين، كمجاهد والسدي والحسن البصري وقتادة وأبي العالية والزهري والربيع بن أنس ومقاتل ابن حيان وغيرهم، وقصها خلق من المفسرين، من المتقدمين والمتأخرين. وحاصلها راجع في تفصيلها إلى أخبار بني إسرائيل، إذ ليس فيها حديث مرفوع صحيح متصل الإسناد إلى الصادق المصدوق المعصوم الذي لا ينطق عن الهوى. وظاهر سياق القرآن إجمال القصة من غير بسط ولا إطناب فيها، فنحن نؤمن بما ورد في القرآن على ما أراده الله تعالى، والله أعلم بحقيقة الحال

        Artinya: “Kisah Harut dan Marut banyak diriwayatkan kisahnya dari sekelompok tabi’in seperti Mujahid, as-Suddy, al-Hasan al-Bashri, Qatadah, Abul ‘Âliyyah, az-Zuhry, ar-Rabi’ bin Anas, Muqatil, Ibnu Hayyan dan yang lainnya. Demikian juga, kisahnya banyak diceritakan oleh para mufassir, baik yang terdahulu ataupun yang belakangan. Kesimpulannya, semua kisah secara teperincinya merupakan kisah-kisah Bani Israil, karena tidak ada satu pun hadis Marfu’ yang sahih yang bersambung sanadnya kepada Rasulullah saw yang menceritakan akan hal itu. Sedangkan Al-Quran menceritakan kisahnya secara global, tanpa penjelasan yang panjang. Karena itu, kami mengimani apa yang ada dalam Al-Quran menurut kehendak Allah, dan hanya Allah yang lebih mengetahui hakikat sebenarnya”.

        Demikian pembahasan seputar Harut dan Marut, semoga bermanfaat. Wallahu a’lam

      • sulaiman Says:

        Ada sebuah hadith sahih tentang Harut Marut daripada Sayyidina Ali. Saudara boleh rujuk dalam Tafsir Mazhari Jilid 1, halaman 108 karangan ulama Tafsir iaitu Tuan Qadhi Muhammad Thanaullah, Al-Uthmani
        Telah diriwayatkan oleh Ibnu Rahawiyyah dan Ibnu Mardawiyyah daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bersabda Rasulullah s.a.w. iaitu “Laknat Allah akan Zahrah (wanita Farsi), sesungguhnya beliau telah memfitnahkan dua malaikat Harut dan Marut. Wallahua’lam. (Tafsir Mazhari Jilid 1, halaman 108 karangan ulama Tafsir dan Waliyyullah yang masyhur iaitu Tuan Qadhi Muhammad Thanaullah, Al-Uthmani).

        Harut Marut pada pengajian kami adalah “malakain” iaitu dua malaikat dan bukannnya “malikin (dua raja atau pemerintah). Jika apa pendapat yang mengatakan mereka adalah jin atau manusia, datangkanlah bukti atau dalil. Kami telah bawakan hadith seperti di atas yang terdapat dalam Tafsir Mazhari. Apapun ini bukanlah suatu perkara yang wajib dipercayai. Pengajarannya utamanya adalah tentang pengaruh nafsu terhadap manusia dan malaikat akhirnya akur tentang perkara ini.

  3. alkimia Says:

    cerita ini macam pelik jer, ada sesiapa ker dari kalangan manusia yang menyaksikan dan kemudian menulis kisah asal usul Harut dan Marut. dari sumber mana datangnya cerita2 ini? :-?

    bukankah manusia dan malaikat diciptakan dari unsur berlainan, kita dari tanah dan malaikat daripada cahaya. kenapa cerita ini seperti cerita dongeng yang dihiasi dengan ayat2 Al-Quran? :-?

    malaikat adalah makhluk Allah yang taat dan sangat takut kepada Allah SWT. ini dijelaskan sendiri oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.
    بسم الله الرحمن الرحيم

    وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَٰنُ وَلَدًا ۗ سُبْحَانَهُ ۚ بَلْ عِبَادٌ مُّكْرَمُونَ
    Maksudnya : “Dan mereka (yang musyrik) berkata: “(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak”. Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya (malaikat) yang dimuliakan.” Al Anbiyaa’ (21) : 26

    لَا يَسْبِقُونَهُ بِالْقَوْلِ وَهُم بِأَمْرِهِ يَعْمَلُونَ
    Maksudnya : “Mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka pula mengerjakan apa yang diperintahkanNya.” Al Anbiyaa’ (21) : 27

    يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يَشْفَعُونَ إِلَّا لِمَنِ ارْتَضَىٰ وَهُم مِّنْ خَشْيَتِهِ مُشْفِقُونَ
    Maksudnya : “Allah mengetahui apa yang di hadapan mereka (yang telah mereka lakukan), dan apa yang di belakang mereka (yang akan mereka lakukan); dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah; dan mereka pula sentiasa cemas takut daripada ditimpa azabNya.” Al Anbiyaa’ (21) : 28

    dalam ayat yang lain pula …

    بسم الله الرحمن الرحيم

    وَمَا مِنَّا إِلَّا لَهُ مَقَامٌ مَّعْلُومٌ
    Maksudnya : “(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): “Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);” Ash-Shaaffat (37) : 164

    وَإِنَّا لَنَحْنُ الصَّافُّونَ
    Maksudnya : “”Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (dalam menunaikan perintah Allah),” Ash-Shaaffat (37) : 165

    وَإِنَّا لَنَحْنُ الْمُسَبِّحُونَ
    Maksudnya : “”Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!” Ash-Shaaffat (37) : 166

    dalam ayat2 lain pula, Allah SWT telah memuliakan para malaikat dalam sumpah-Nya. mustahil mereka yang dimuliakan Allah akan mengkufuri-Nya, sama seperti … mustahil bagi Nabi Isa a.s yang diutuskan sebagai rasul oleh Allah SWT, bersikap seperti firaun yang dilaknati.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    وَالْمُرْسَلَاتِ عُرْفًا
    Maksudnya : “Demi malaikat-malaikat yang diutus untuk membawa kebaikan,” Al Mursalaat (77) : 1

    فَالْعَاصِفَاتِ عَصْفًا
    Maksudnya : “dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya,” Al Mursalaat (77) : 2

    وَالنَّاشِرَاتِ نَشْرًا
    Maksudnya : “dan (malaikat-malaikat) yang menyebarkan (rahmat Tuhannya) dengan seluas-luasnya,” Al Mursalaat (77) : 3

    فَالْفَارِقَاتِ فَرْقًا
    Maksudnya : “dan (malaikat-malaikat) yang membedakan (antara yang hak dan yang bathil) dengan sejelas-jelasnya,” Al Mursalaat (77) : 4

    فَالْمُلْقِيَاتِ ذِكْرًا
    Maksudnya : “dan (malaikat-malaikat) yang menyampaikan wahyu,” Al Mursalaat (77) : 5

    عُذْرًا أَوْ نُذْرًا
    Maksudnya : “untuk menolak alasan-alasan atau memberi peringatan,” Al Mursalaat (77) : 6

    إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَوَاقِعٌ
    Maksudnya : “sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu itu pasti terjadi.” Al Mursalaat (77) : 7

    malaikat yang mempunyai kedudukan tinggi adalah malaikat Jibril berdasarkan apa yang diterangkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran yang mulia.

    بسم الله الرحمن الرحيم

    إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ
    Maksudnya : “Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,” At-Takwiir (81) : 19

    ذِي قُوَّةٍ عِندَ ذِي الْعَرْشِ مَكِينٍ
    Maksudnya : “Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,” At-Takwiir (81) : 20

    مُّطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ
    Maksudnya : “Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.” At-Takwiir (81) : 21

    kisah Harut dan Marut yang diceritakan dalam Al-Quran, cukuplah setakat itu. tak perlu ditambah dengan apa2 penambah perisa bagi menyedap rasa. :-D

    بسم الله الرحمن الرحيم

    وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَانَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَٰكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ ۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ ۚ وَمَا هُم بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ ۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ ۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنفُسَهُمْ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
    Maksudnya : “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” Al Baqarah (2) : 102

    maaf! sekadar ingat-mengingati dan supaya kita tidak mengikuti jejak ahli kitab. :-)

    وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
    Maksudnya : “Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: “(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). Ali Imran (3) : 78

    والله أعلمُ بالـصـواب

    • sulaiman Says:

      Semak dulu sebelum kata dongeng dan tiada sumber:
      DIRIWAYATKAN daripada Nafi dari Abdullah Umar, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda bermaksud: Ketika Nabi Adam a.s diturunkan Allah ke bumi, maka berkatalah malaikat, Wahai Tuhanku, mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?

      Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak engkau ketahui. Malaikat berkata, Kami adalah orang lebih patuh kepada Engkau berbanding anak keturunan Adam. Kepada malaikat, Allah berfirman: Panggillah ke mari dua malaikat. Aku akan turunkan mereka ke bumi hingga kamu dapat melihat apa yang dilakukan kedua-dua malaikat itu!

      Malaikat menjawab, Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yang melakukannya! Harut dan Marut pun diturunkan ke bumi, lalu Allah mencipta seorang wanita daripada bunga (Zahrah) yang amat cantik. Zahrah pun mendatangi kedua-dua malaikat itu untuk menggodanya.

      Kedua-dua malaikat itu tertarik dengan kecantikan Zahrah hingga timbullah keinginan terhadapnya.Zahrah berkata, Tidak, demi Allah, jika kamu mahu mengucapkan kalimah musyrik ini! Kedua-dua malaikat itu menjawab, Tidak, demi Allah, sedikit pun kami tidak mahu mempersekutukan Allah untuk selama-lamanya!

      Zahrah meninggalkan mereka berdua. Beberapa saat kemudian, dia kembali lagi membawa anak kecil. Apabila mendekati kedua-dua malaikat itu Zahrah berkata, Tidak demi Allah, sebelum kamu bersedia membunuh anak kecil ini! Kedua-dua malaikat itu menjawab, Tidak, demi Allah selamanya aku tidak akan membunuhnya!

      Zahrah meninggalkan mereka dan datang semula sambil membawa segelas arak. Setelah menyapa malaikat, Zahrah berkata, Tidak, demi Allah, sebelum kamu berdua minum arak ini!

      Akhirnya kedua-dua malaikat itu meminumnya hingga mabuk dan kemudian mereka berzina dengan Zahrah sebelum membunuh anak kecil itu.Apabila kedua-dua malaikat itu sedar, Zahrah berkata, Demi Allah, ketika kamu dalam keadaan mabuk tadi, kamu sudah melakukan semua yang sudah kamu tolak sebelum ini.

      Akhirnya Harut-Marut diperintah untuk memilih antara seksa dunia atau di akhirat. Kedua-duanya memilih seksaan di dunia.

      RIWAYAT KEDUA
      Diriwayatkan Makhul daripada Muadz, ketika kedua-dua malaikat itu sedar, maka datanglah dari sisi Allah malaikat Jibril kepada mereka.Pada saat Jibril datang, kedua-duanya menangis dan Jibril ikut menangis sambil berkata, Cubaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?

      Mendengar ucapan Jibril itu, tangisan kedua-duanya menjadi semakin kuat. Jibril berkata, Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.

      Maka tahulah mereka dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.

      Perawi hadis itu berkata, Harut dan Marut pada saat itu berada di wilayah Badil, Parsi. Mereka digantung di antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa hingga pagi.

      Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka mengepak-ngepakkan sayap sambil berdoa di Baitullah:Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.

      Al-Kalabi berkata, Seterusnya malaikat pun sentiasa memohon ampun kepada anak cucu Adam. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah, Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.

      RIWAYAT KE 3
      Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas,
      bahawa Allah berfirman kepada malaikat, Pilihlah tiga yang termulia antara kamu! Malaikat memilih Azar, Azrayil dan Azwaya. Ketiga-tiga malaikat itu diturunkan ke bumi dalam bentuk dan rupa anak Adam. Ketika Azar mengetahui semuanya dan mengerti terhadap fitnah yang ada, maka dia mengambil kesimpulan bahawa dirinya tidak mampu melaksanakannya. Akhirnya, Azar memohon ampun kepada Allah serta memohon maaf dan Allah mengampunkannya.

      Anas berkata, ketika Harut dan Marut sedar daripada mabuk, mereka akhirnya menyedari kesalahan yang sudah dilakukan ketika mabuk. Mereka menyesal.

      Mereka ingin naik kembali ke langit, tetapi mereka sama sekali tidak mampu melakukannya, malah tidak mendapat keizinan. Mereka menangis dan meratapi nasib mereka. Kedua-dua malaikat itu lalu mendatangi Nabi Idris sambil berkata, Aku mohon supaya engkau mendoakan aku kepada Allah kerana sesungguhnya di langit aku sudah mendengar bahawa engkau disebut-sebut sebagai orang yang soleh.

      Nabi Idris mendoakan kedua-dua malaikat itu dan doanya dikabulkan hingga akhirnya mereka diperintahkan memilih antara azab di dunia atau akhirat.

      Diceritakan pula ketika malaikat berkata kepada Allah, Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, maka mereka pun mengelilingi Arsy selama empat ribu tahun. Mereka memohon ampun kepada Allah kerana menentang-Nya.

      • Abang Says:

        Imam ar-Razi dalam tafsirnya at-Tafsîr al-Kabîr atau Mafâtîh al-Ghaib membantah riwayat di atas. Ia mengatakan:
        “Riwayat ini batil, tertolak dan tidak dapat diterima. Karena tidak ada dalam al-Qur’an yang menunjukkan akan hal itu.
        Bahkan, ada tiga alasan penting yang membuat riwayat ini batal: Pertama, banyak dalil sebagaimana telah dijelaskan sebelumnya yang menjelaskan bahwa malaikat itu terjaga dari seluruh perbuatan dosa.

        Kedua, perkataan mereka bahwa malaikat diminta memilih dua hal antara siksa dunia dan siksa di akhirat, adalah batil. Karena justru yang lebih utama akan diberikan pilihan antara bertaubat dan siksa, Karena Allah memberikan pilihan itu kepada orang yang berbuat syirik selama hidupnya sekalipun. Bagaimana mungkin Allah pelit memberikan pilihan itu kepada yang hanya berbuat dosa sekali saja?

        Ketiga, yang lebih mengherankan lagi adalah perkataan mereka: “keduanya mengajarkan sihir” pada saat keduanya sedang disiksa (dihukum)”.

        Hal sama juga diungkapkan Imam al-Baidhawi dalam tafsirnya Anwârut Tanzîl wa Asrârut Ta’wîl, yang mengatakan: “Ini adalah cerita-cerita orang Yahudi, yang tidak layak dijadikan sebagai sandaran”.

        Dari sekian banyak riwayat yang umumnya perkataan para tabi’in, ada satu riwayat yang marfu’ sampai kepada Rasulullah saw. Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad nya (2/134), dari Ibnu Umar bahwasannya ia mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Nabi Adam as, ketika hendak diturunkan oleh Allah ke bumi, para malaikat berkata: “Ya Allah, apakah Engkau akan menjadikan sebagai pemimpin orang yang biasa melakukan kerusakan di muka bumi, juga mengalirkan darah, sementara kami biasa bertasbih memuji dan mensucikanMu. Allah berfirman: “Aku lebih tahu apa yang kalian tidak ketahui”.

        Para malaikat berkata kembali: “Tuhan kami, kami lebih patuh dan taat kepadaMu dari pada keturunan Adam”.

        Allah lalu berfirman: “Kalau demikian, coba pilih dua malaikat yang paling taat yang akan kami turunkan ke bumi, dan kita lihat apa yang akan dilakukan oleh keduanya”.

        Para malaikat menjawab: “Tuhan kami, ini pilihan kami, Harut dan Marut”.

        Keduanya lalu diturunkan ke bumi. Tidak lama kemudian, diciptakan seorang wanita sangat cantik, az-Zuharah, yang mendatangi keduanya. Keduanya pun tergiur dan terkagum-kagum dengan kecantikannya, lalu keduanya meminta dirinya (untuk digauli).

        Wanita itu menolak dan berkata: “Demi Allah, saya tidak mau melakukannya, sampai kalian berdua menyebut kata-kata syirik kepada Allah”.

        “Demi Allah, kami tidak akan pernah berbuat syirik kepada Allah sedikit pun dan selamanya”, jawab Harut dan Marut.

        Wanita itu lalu pergi, dan tidak lama ia datang kembali dengan membawa seorang bayi. Kedua malaikat itu kembali meminta dirinya, namun wanita itu kembali menolak dan berkata: “Demi Allah saya tidak mau melakukannya, sampai kamu membunuh bayi ini”.

        Kedua malaikat menjawab: “Demi Allah, kami tidak akan melakukannya, dan kami tidak akan membunuh siapa pun selamanya”.

        Wanita itu lalu pergi dan tidak lama datang kembali dengan membawa segelas minuman keras. Harut dan Marut kembali meminta dirinya. Wanita ini menjawab: “Demi Allah, saya tidak akan melakukannya kecuali jika kalian berdua meminum minuman keras ini”.

        Keduanya lalu meminum minuman keras tersebut, sampai keduanya mabuk. Begitu mabuk, keduanya lalu menggauli wanita tadi, dan juga membunuh bayi tersebut.

        Ketika keduanya sadar, wanita itu berkata: “Demi Allah, kalian berdua tidak meninggalkan sesuatu yang aku tawarkan tadi, kecuali kalian telah melakukan semuanya ketika kalian mabuk”.

        Lalu dipilihkan untuk kedua malaikat itu antara siksa dunia dan siksa akhirat. Harut dan Marut pun lebih memilih siksa dunia” (HR. Ahmad).

        Hadits di atas, menurut para ulama, seperti Ibnu Katsir, satu-satunya hadits yang marfu’ sampai kepada Rasulullah saw tentang kisah Harut dan Marut. Hanya saja, hadits di atas dinilai sebagai Hadits Dhaif oleh para ulama hadits, karena di dalam sanadnya ada rawi bernama Musa bin Jubair, yang oleh para ulama hadits seperti Imam al-Haitsami dalam Majmauz Zawâid, Ibnu Katsir dan Ibnu Asyur dalam Tafsirnya dinilai sebagai rawi dhaif. Terlebih, menurut para ulama, riwayat-riwayat seputar kisah Harut dan Marut y?ng banyak disebutkan dalam kitab-kitab tafsir seperti dalam Tafsir at-Thabari adalah berita-berita Israiliyyat yang tertolak.

        Berikut perkataan Ibnu Katsir dalam tafsirnya ketika menafsirkan surat al-Baqarah ayat 102 ini:

        وقد روي في قصة هاروت وماروت عن جماعة من التابعين، كمجاهد والسدي والحسن البصري وقتادة وأبي العالية والزهري والربيع بن أنس ومقاتل ابن حيان وغيرهم، وقصها خلق من المفسرين، من المتقدمين والمتأخرين. وحاصلها راجع في تفصيلها إلى أخبار بني إسرائيل، إذ ليس فيها حديث مرفوع صحيح متصل الإسناد إلى الصادق المصدوق المعصوم الذي لا ينطق عن الهوى. وظاهر سياق القرآن إجمال القصة من غير بسط ولا إطناب فيها، فنحن نؤمن بما ورد في القرآن على ما أراده الله تعالى، والله أعلم بحقيقة الحال

        Artinya: “Kisah Harut dan Marut banyak diriwayatkan kisahnya dari sekelompok tabi’in seperti Mujahid, as-Suddy, al-Hasan al-Bashri, Qatadah, Abul ‘Âliyyah, az-Zuhry, ar-Rabi’ bin Anas, Muqatil, Ibnu Hayyan dan yang lainnya. Demikian juga, kisahnya banyak diceritakan oleh para mufassir, baik yang terdahulu ataupun yang belakangan. Kesimpulannya, semua kisah secara terperincinya merupakan kisah-kisah Bani Israil, karena tidak ada satupun hadits Marfu’ yang shahih yang bersambung sanadnya kepada Rasulullah saw yang menceritakan akan hal itu. Sedangkan al-Qur’an menceritakan kisahnya secara global, tanpa penjelasan yang panjang. Karena itu, kami mengimani apa yang ada dalam al-Qur’an menurut kehendak Allah, dan hanya Allah yang lebih mengetahui hakikat sebenarnya”.

        Wallahualam.

      • sulaiman Says:

        Ada sebuah hadith sahih tentang Harut Marut daripada Sayyidina Ali. Saudara boleh rujuk dalam Tafsir Mazhari Jilid 1, halaman 108 karangan ulama Tafsir iaitu Tuan Qadhi Muhammad Thanaullah, Al-Uthmani
        Telah diriwayatkan oleh Ibnu Rahawiyyah dan Ibnu Mardawiyyah daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bersabda Rasulullah s.a.w. iaitu “Laknat Allah akan Zahrah (wanita Farsi), sesungguhnya beliau telah memfitnahkan dua malaikat Harut dan Marut. Wallahua’lam. (Tafsir Mazhari Jilid 1, halaman 108 karangan ulama Tafsir dan Waliyyullah yang masyhur iaitu Tuan Qadhi Muhammad Thanaullah, Al-Uthmani).

        Harut Marut pada pengajian kami adalah “malakain” iaitu dua malaikat dan bukannnya “malikin (dua raja atau pemerintah). Jika apa pendapat yang mengatakan mereka adalah jin atau manusia, datangkanlah bukti atu dalil. Kami telah bawakan hadith seperti di atas yang terdapat dalam Tafsir Mazhari. Apapun ini bukanlah suatu perkara yang wajib dipercayai. Pengajarannya utamanya adalah tentang pengaruh nafsu dan malaikat akhirnya akur tentang perkara ini.

        Tentang hadith marfu’ pula, ada hadith marfu’ yang diamalkan misalnya bacaan “Samiallah-huliman-hamidah” dan tentang bacaan “Amin” selepas fatihah oleh para makmum.

  4. alkimia Says:

    maaf saya bukan ahli dan tidak layak bagi saya untuk mendebatkan dalam hal ini, … terima kasih di atas penjelasan yang diberikan, dan kecelaruan ini menjadi lebih jelas.

    الحمد لله, segala puji-pujian bagi Allah yang menurunkan Al-Quran. Al-Quran ini benar2 daripada Allah SWT … Tuhan Yang Esa … Tuhan Semesta Alam.

    kehidupan di akhir zaman ini memang benar2 mendebarkan … patutlah kita disuruh banyak berdoa kepada-Nya. :-(
    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
    الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
    الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
    مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
    إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
    اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
    صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّي

    Maksudnya :
    “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
    Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
    Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
    Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
    Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
    Tunjukilah kami jalan yang lurus.
    Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
    Al-Fātiĥah ayat 1 hingga 7.

    والله أعلمُ بالـصـواب

  5. nazreenal-azhari Says:

    bru je lpas study tafsir untuk exam subjek ayat akham yg di karang doktor Al-zahar ..ana student Al-zahar .. crita yg psal harut dan marut tu di tafsirkan ats ade ralat sbb yg ana bce dlm kitab ni crita di ats telah direka oleh yahudi… x de hadis atau khabar yg sah berkenaan crita di atas ..waAllah hu alam .. sbagai perkongsian .. :)

    • sulaiman Says:

      Sila lihat Tafsir Mazhari….Telah diriwayatkan oleh Ibnu Rahawiyyah dan Ibnu Mardawiyyah daripada Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bersabda Rasulullah s.a.w. iaitu “Laknat Allah akan Zahrah (wanita Farsi), sesungguhnya beliau telah memfitnahkan dua malaikat Harut dan Marut. Wallahua’lam. (Tafsir Mazhari Jilid 1, halaman 108 karangan ulama Tafsir dan Waliyyullah yang masyhur iaitu Tuan Qadhi Muhammad Thanaullah, Al-Uthmani)

      • Tanpa Nama Says:

        Apa pun banyak pengajaran yg terdapat berkenaan cerita Harut Marut..tentang kesahihan cerita tersebut terpulang pada individu berdasarkan tahap ilmu yg di miliki..yg sahih kisah Harut Marut ada disebut didalam AlQuran tentang syarahnya dan tafsirnya memang banyak dinukil oleh para Ulamak terdahulu..Maha Kaya Dan Maha Mengetahui Allah atas sekelian mahkluknya

  6. Lady Says:

    Menarik untuk dibaca ceritanya

  7. Tanpa Nama Says:

    betul ke planet zuhrah berasal dari zahrah??

    saye pening la… hehe


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: