Mulianya Akhlak Rasulullah S.A.W

Al-Qalam [4] Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

Daripada Anas berkata: “ Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara kemuliaanku di sisi Allah bahawa aku dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan dan tidak seorang pun melihat auratku.” (Riwayat Ibnu Asaakir).

Nabi Muhammad SAW juga bangkit dengan kain kafan yang dipakai semasa wafat Baginda. Baginda tidak pernah bertelanjang semasa hidupnya. Adat tradisi Arab Jahiliyyah kanak-kanak yang berusia 7 tahun akan dipaksa tawaf secara telanjang. Namun Baginda Mulia telah ditakdirkan pengsan setiap kali dibawa untuk tawaf yang akhirnya terlepaslah Baginda dari adat ini.

Rasulullah SAW mandi bersama isterinya Aisyah RA dengan memakai kain basahan. Aisyah RA berkata :”Aku tidak pernah memandang kemaluan Rasulullah SAW.” Atau ia berkata :”Sekali-kali aku tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah SAW.” Bahkan Rasulullah SAW sendiri menyebut “Ghufronaka” (Aku meminta keampunanmu) setelah keluar dari tandas, mungkin Baginda SAW memohon ampun kerana terpaksa membuka auratnya ketika hendak qada hajat atau membuang air. .

Isteri Rasulullah SAW, Aisyah pernah berkata: Maksudnya: Sesungguhnya akhlak Nabi ALLAH SAW adalah Al Quran. Berakhlaklah dengan akhlak Nabi iaitu akhlak AlQuran. Nabi mengamalkan setiap perkara dan akhlak baik yang disebut dalam AlQuran.

Dalam kehidupan rumah tangga Rasulullah s.a.w, baginda telah meninggalkan contoh teladan kepada kita betapa baginda berbuat baik kepada keluarganya. Dalam sebuah hadis, baginda telah bersabda, yang bermaksud: “Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tabrani)

Bahkan Baginda turut membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah dan selalu membuat sendiri sesuatu kerja seperti menjahit pakaiannya tanpa menyuruh isteri Baginda.  Sunnah “layan diri” atau Do IT Yourself (DIY) ini turut diamalkan oleh masyarakat Barat walaupun mereka bukan beragama Islam.

Sebagai pemimpin, samada kepada rakyat atau keluarga, Rasulullah s.a.w. tidak pernah bercakap kasar, tidak bersikap bengis, tidak marah-marah, tidak menengking atau memalukan mereka yang berada di bawah pimpinannya. Sewajarnyalah kita mencontohi sikap Baginda Mulia dalam hal ini, kerana nilai akhlak mulia Baginda adalah cukup tinggi.

Anas Bin Malik r.a. telah berkhidmat selama 10 tahun kepada Rasulullah s.a.w. semenjak beliau masih kecil lagi. Sepanjang perkhidmatannya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengatakan ‘salah’ terhadap kesalahan yang Anas lakukan, sebaliknya Baginda  memberi tunjuk cara dengan menunjukkan contoh perbuatan yang betul bagi membetulkan kesilapan Anas itu, inilah cara Baginda Mulia s.a.w.

Dikisahkan oleh Anas bin Malik r.a. bahawa ketika Nabi pertama kali masuk ke kota Madinah, Baginda tidak memiliki pembantu. Lalu Abu Talhah memegang tanganku dan mengajak aku pergi ke hadapan Nabi dan berkata: “Wahai Nabiyullah, sesungguhnya Anas adalah anak yang cerdas, mohon jadikan dia sebagai pembantumu.” Maka aku pun membantu Rasulullah s.a.w. ketika bermusafir dan juga ketika di Madinah sehinggalah Rasulullah wafat. Selama aku membantu Nabi, Baginda tidak pernah berkata, “mengapa kamu melakukan ini?” untuk apa yang aku lakukan atau “mengapa kamu tinggalkan ini?” untuk apa yang tidak aku lakukan, [Riwayat Bukhari]. 

Anas bin Malik r.a juga menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling baik akhlaknya, paling lapang dadanya dan paling besar kasih sayangnya. Suatu hari Baginda menghantarku untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat, tetapi aku menuju kepada anak-anak yang sedang bermain di pasar dan bukannya melaksanakan tugas Rasul itu, aku ingin bermain bersama mereka, aku tidak pergi menunaikan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah. Beberapa ketika setelah berada di tengah-tengah anak-anak itu, aku merasa seseorang berdiri di belakangku dan memegang bajuku. Aku menoleh, ternyata dia adalah Rasulullah s.a.w, dengan tersenyum dia berkata, “Wahai Anas kecil, apakah kamu telah pergi seperti yang aku perintahkan?” Maka aku pun menjawab, “Ya, sekarang aku berangkat, Rasulullah.

About these ads
Dikirim dalam Uncategorized. 3 Komen »

3 Respons bagi “Mulianya Akhlak Rasulullah S.A.W”

  1. Norhasimah bt Mazerki Says:

    Terima kasih, saya mencari panduan untuk mendidik anak dengan akhlak rasullullah.

  2. Yusri Yadi Mustaming Says:

    Andai Rasulullah msih ada,baginda pasti dan pasti sekali m’benarkan…Terus n teruskan

  3. Akhlak rasulullah | Adventureonwat Says:

    [...] Mulianya Akhlak Rasulullah S.A.W « Nasbun Nurain5 Feb 2012 … Mulianya Akhlak Rasulullah S.A.W. Februari 5, 2012 — sulaiman. Al-Qalam [4] Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang … [...]


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: