Pengisytiharan Kerasulan

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah swt dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk. (Al-A’raf:158)

Dalam ayat ini Allah swt menyuruh Rasulullah s.a.w. agar mengisytiharkan kerasulan Baginda kepada semua manusia. Rasul bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dakwah serta diberikan kitab, manakala nabi juga berdakwah tetapi tidak diberikan kitab dan mereka menggunakan kitab yang diutuskan kepada para nabi sebelumnya.

Rasul Sekelian Alam dan Allah Tuhan Sekelian Alam.

Nabi Muhammad s.a.w berdakwah untuk sekelian alam dan Allah swt merupakan tuhan sekelian alam.

Fatihah [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

Anbiya [107] Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Rasulullah s.a.w. Menjadi Rahmat Sekelian Alam.

Baginda membawa rahmat kepada semua makhluk termasuk manusia dan jin, walaupun mereka menentangnya. Berbeza dengan umat terdahulu yang dibinasakan kerana kekafiran mereka, misalnya kaum Nabi Nuh.

Dari Amir bin Saad, dari bapanya, katanya: ‘‘Pada suatu hari Rasulullah datang dari daerah berbukit. Ketika sampai di Masjid Bani Mu‘awiyah baginda solat dua rakaat. Kami solat bersama baginda. Beaginda kemudian berdoa kepada Allah swt panjang sekali. Selepas berdoa, baginda berpaling kepada kami dan bersabda ‘‘Aku memohon kepada Allah swt tiga perkara. Allah swt memperkenan dua perkara dan menolak satu perkara.‘‘Aku memohon kepada Allah swt supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang (kebuluran), maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti kaum Nabi Nuh), permohonanku itu diperkenankan juga. Aku mohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.” (Sahih Muslim)

Rasul Kepada Allah Yang Menguasai Langit dan Bumi,

An-Naba [12] Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh. 

Anbiyaa [104] (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya

Rasul Kepada Allah Yang Menghidupkan dan Mematikan

Ali-Imran [145] Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah) dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

Berimanlah Kepada Allah

Allah swt, tuhan kita ini mempunyai 1,000 nama. 300 nama terdapat dalam Taurat, 300 dalam Zabur, 300 dalam Injil, 99 dalam Al-Quran dan 1 nama yang tersembunyi.

Berimanlah Kepada Rasul Yang Ummi Yang Beriman Kepada Allah.

Kaum Quraisy mengatakan Nabi Muhammad saw menulis Al-Quran pada waktu malam dan membacanya di siang hari, padahal Baginda tidak pernah belajar membaca dan menulis.

Al-Ankaboot [48] Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).

Ikutilah Rasulullah s.a.w. Supaya Beroleh Petunjuk.

Al-Ahzab [21] Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Komen »

Satu Respons bagi “Pengisytiharan Kerasulan”


Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s