Tiada Hasad Dengki Dalam Syurga

Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing ……… (A’raf:43)

Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka

Dalam ayat yang lain Allah swt berfirman:

Al-Hijr [47] Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

Ahli syurga itu seperti adik-beradik yang tingal dalam satu taman, saling mengasihi dan tolong-menolong tanpa sebarang perasaan hasad dengki.Masing-masing berpuas hati dan tidak merasa terkilan dengan mahligai yang diberikan oleh Allah swt., walaupun berbeza keluasan, besar dan ada yang diberikan mahligai daripada emas, perak.

Hasad dengki itu ditimbulkan oleh syaitan yang bertapak dalam darah yang kotor yang berada dalam jantung kita.

Di syurga tiada syaitan, maka tiadalah perasaan hasad dengki.

Rasulullah tidak terkecuali semua orang itu ada mempunyai syaitan masing-masing. Tanya para sahabat, “sekalipun engkau wahai Rasulullah s.a.w.?” Sabdanya: Sekalipun aku sendiri, tetapi syaitan aku menurut arahanku (patuh dan taat di bawah kuasaku) dan tidak memerintah aku lagi.

Begitu juga makanan yang dimakan oleh Rasulullah s.a.w, ia tidak menjana nafsu yang buruk kerana makanan yang dimakannya olehnya turut berzikir dan bertasbih.

Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Mas’ud: “Sesungguhnya kami mendengar makanan yang dimakan Rasulullah SAW mengagungkan nama Allah.” (Sahih Bukhari)

Semasa peristiwa Israk, juga Malaikat telah mengeluarkan jantung Nabi dan membersihkannya darah kotor daripada hati Baginda dan dimasukkan kembali sebelum Baginda di bawa ke langit.

Hati yang bersih suci ini juga diberikan kepada para ahli syurga

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: