Dua Kalimah Syahadah

Syahadah bermaksud naik saksi atau menjadi saksi. Dalam kalimah syahadah kita menjadi saksi kepada 2 perkara iaitu tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Apabila seseorang itu menjadi saksi, maka dia hendaklah mempertahankan dan menyebarkan kebenaran Islam, iaitu tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Kalimah syahadah bukan sekadar diucapkan di lidah tetapi ia hendaklah diterima oleh hati manusia bahawa “Allah itu adalah tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruhnya”.

Tiada Tuhan Selain Allah.

Jikalau ada tuhan selain Allah swt, rosaklah dunia ini. Kalau ada 2 atau 3 tuhan, matilah kita bila tuhan-tuhan itu berperang antara satu sama lain.

Al-Anbiyaa [22] Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

Bahkan tiada tuhan sebelum Allah atau selepas Allah swt. Allah telah wujud (ada) sebelum semua makhluk diciptakan.

Tiada siapa yang tahu sejak bila Allah itu ada. Adanya Allah itu lama sebelum apa-apa makhluk diciptakan.

Al-Insan [1] Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

Allah menjadikan makhluk kerana ia ingin dikenali. Allah sengaja menciptakan alam ini. Tidak ada yang memaksaNYA kerana Allah adalah raja yang bebas. Di dalam sebuah hadits qudsi, Allah berfirman:

Aku adalah khazanah tersembunyi dan aku ingin diketahui. Kerana itu lalu aku menciptakan makhluk agar aku diketahui.

Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Nabi Muhammad adalah orang suruhan Allah swt, sebagai pesuruh yang menyampaikan kebenaran, nabi hanya menyampaikan apa yang disuruh tanpa ada sebarang tambahan.

Nama tubuh badan Baginda s.a.w pula adalah 2; iaitu Muhammad dan Ahmad.

Al-Maidah [144] Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh).

As-Saff [6] : Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad

Al-Fath [29] Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah…

Daripada 124,000 nabi, hanya 313 dilantik menjadi rasul. Daripada 313 ini 5 adalah Ulul-Azmi. Nabi Muhammad s.a.w statusnya adalah nombor satu  pada semua peringkat Nabi, Rasul dan Ulul-Azmi. Baginda adalah nabi dan rasul yang penghabisan.

Baginda telah dilantik menjadi nabi sejak awal lagi, namun penjelmaanya adalah yang terakhir sekali. Rasulullah saw. bersabda, “Para Sahabat bertanya, `Ya Rasulullah, bilakah wajibnya Kenabian engkau?’ Beliau menjawab, “Sejak saat ketika Adam a.s. masih dalam keadaan antara ruh dan jasad.” (Riwayat Tirmidzi) Beliau juga bersabda, “Aku sudah menjadi Nabi ketika Adam masih dalam bentuk antara air dan tanah. Beliau saw. juga bersabda, “Aku telah ditetapkan disisi Allah sebagai Khatamun-Nabiyyin, sedangkan Adam masih dalam bentuk tanah

About these ads

2 Respons to “Dua Kalimah Syahadah”

  1. hassand38 Says:

    Quote : >>>Kalimah syahadah bukan sekadar diucapkan di lidah tetapi ia hendaklah diterima oleh hati manusia bahawa “Allah itu adalah tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruhnya”. Terima disini adalah juga bermaksud beramal dengan Nya…Amalan individu Islam adalah penting dalam kehidupan nya…

  2. Tanpa Nama Says:

    salam… Di dunia Allah menurunkn kekasih nye dn pedoman untok kita yg mnjadi saksi kita mngucap dua kalimah syahadah…cek nk tnya kita yg hidup selepas zman rasulullah SAW,bukan mualaf ni siapa yg mnjdi saksi kita mngucap dua kalimah syahadah???..


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: