Malam Nisfu Syaaban

Daripada `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”

Malam Nisfu Syaaban adalah malam kedua istimewa dalam Islam, selepas Malam LailatulQadar.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA berkata: “Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha’ hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar.

Malam Nisfu Sya’aban adalah malam dimana buku atau file tentang takdir berkaitan umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka buku baru, tutup buku lama iaitu buku tahun lepas). Malaikat yang menjaga urusan takdir setiap manusia hanya mengetahuinya pada malam ini.

Abdullah bin Masud ada meriwayatkan doa pada malam ini dari firman Allah, “yam hullah huma yasa’:

Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.

Takdir bermaksud ketetapan Allah Subhanahuwata’ala. Terdapat 2 jenis Takdir iaitu Takdir Mubram dan Takdir Muallaq. Takdir Mubram ialah takdir yang tidak boleh diubah, misalnya mati, mati adalah sesuatu yang tidak boleh diubah kerana ia pasti berlaku ke atas setiap insan. Takdir Muallaq pula ialah takdir yang boleh diubah dengan cara berusaha dan berdoa kepada Allah Subhanahuwata’ala.  Sebagai contoh, seseorang yang bekerja dan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi, dia boleh berusaha dengan melakukan kerja-kerja sampingan dan berdoa supaya ditambah rezekinya

Perhatian Istimewa Allah Pada Malam Nisfu Syaaban

Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….

“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)“

Malam Pengampunan

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab.” (Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad)

Aisyah r.a. menceritakan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala turun (memberikan perhatian) pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb.” (Hadith riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Pada malam-malam biasa Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam iaitu sepertiga akhir malam(untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya). Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus apabila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu sepertiga akhir malam.

Sekurang-kurangnya beristigfarlah memohon keampunan Allah s.w.t. dan berzikir dengan kalimah yang amat berat timbangan nya iaitu “La ilaha illallah” untuk mengisi buku baru kita pada malam yang istimewa ini.

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: