Doa Selepas Wudhu’

Rasullullah SAW bersabda “Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata “Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Saksi Kepada 2 Perkara

Dalam kalimah syahadah kita menjadi saksi kepada 2 perkara iaitu tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.  Apabila seseorang itu menjadi saksi, maka dia hendaklah mempertahankan dan menyebarkan kebenaran Islam, iaitu tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

8 Pintu Syurga

Terdapat 8 pintu syurga yang besar atau yang utama. Berbanding langit dan bumi yang mempunyai tujuh (7) lapisan, syurga mempunyai lapan (8) pintu, satu pintu tambahan melebihi pintu neraka itu menunjukkan kelebihan rahmat Allah. Angka 7 menunjukkan kekuatan, misalnya dalam Perang Badar, jumlah tentera Islam ialah 313 orang, (3+3+1=7). Diriwayatkan juga Nabi Daud menentang Jalut dengan tentera seramai 313 orang. Angka 8 pula terhasil dari 1+7 dan bilangan rakaat sembahyang pula ialah 17 rakat. Sembahyang itu juga adalah anak kunci syurga.

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: