Masuk Syurga Dalam 7 Sifat

1. Akhlak mulia Rasulullah s.a.w. 2. Saiz badan Nabi Adam 3. Kesabaran Nabi Ayyub 4. Kecantikkan Nabi Yusuf 5. Umur Nabi Isa (33 tahun) 6. Mata bercelak (original) 7. Tidak berbulu

Anas bin Malik r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “kelak akan dibangkitkan orang-orang ahli syurga sebagaimana bentuk Adam a.s., dalam usia nabi Isa a.s. tiga puluh tiga tahun,. licin mulus tidak berjanggut dan tidak bermisai. Matanya seperti bercelak; mereka diberi pakaian yang tidak akan lapuk dan rosak.”(al-hadis)

…”Setiap orang yang masuk syurga bentuknya seperti Adam. Tingginya enam puluh hasta, sekalipun makhluk kemudian semakin pendek hingga sekarang.(Sahih Bukhari 4:543, diriwayatkan oleh Abu Hurairah )


Kecantikan Nabi Yusuf

Cantiknya ahli syurga ialah sepertimana cantiknya nabi Yusuf, fizikalnya pula seperti saiz badan Nabi Adam, umurnya seperti umur Nabi Isa iaitu 33 tahun. Tidak mempunyai bulu di badan, tidak bermisai atau berjanggut, kecuali Nabi Ibrahim sahaja yang berjanggut.

Dalam sebuah hadith disebut, “Yusuf dikurniakan separuh kecantikan dunia” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas). Ibu angkatnya isteri Raja pada masa itu tertarik dengan kecantikannya dan menjemput perempuan-perempuan yang menempelaknya.

Yusuf [31] Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberikan kepada tiap-tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka“. Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!“.

Kesabaran Nabi Ayyub

Saad [44] Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana dia sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.

Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata:

Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani“. (Surah Al-Anbiya’ : ayat 83).

Doa Nabi Ayub dimakbul Allah dan penyakit yang dideritainya selama tujuh tahun sembuh. Dalam al-Quran diceritakan:. Saad [42] Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu (setelah dia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin).

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: