Sikap Prihatin Tinggi Kedudukannya Disisi Allah

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam bercerita : “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba ia dilihat oleh seorang wanita pelacur bangsa Yahudi. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu. Maka Allah SWT mengampuni dosa-dosa wanita itu (Riwayat Bukhari & Muslim).Sesiapa yang mengamalkan dan mempraktikkan sifat prihatin ini, ia akan dikasihani Allah SWT dan sesiapa yang tidak mengamalkannya, ia tidak akan mendapat kasihan belas dari Allah SWT.

Rasulullah Sollallaahu Alayhi Wa sallam bersabda “Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menciptakan makhluk sehingga apabila selesai urusan tersebut, Allah mencipta Rahim dan berkata ” Ini adalah makam (tempat) bagi orang yang meminta perlindungan”. Allah berkata kepada Rahim: Apakah kamu setuju jika aku hubungi (cucuri rahmat) ke atas mereka yang bersifat Rahim (kasihan belas) dan aku putuskan (rahmat) sesiapa yang tidak bersifat Rahim (kasihan belas). Berkata Rahim “Bahkan aku redha (setuju)”.

Rahim atau rahmat bermaksud kasihan belas atau prihatin. Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bersikap prihatin, lembut hati dan mudah bersimpati kepada mereka-mereka yang mengalami kesusahan. Oleh itu tingkatkanlah sifat keperihatinan kerana ia mempunyai kedudukan yang sangat tinggi.

Prihatinlah sesama manusia samada Islam atau kafir dan prihatinlah juga kepada binatang.

“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan supaya sentiasa bersikap ihsan (baik) terhadap segala sesuatu. Apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang paling baik. Apabila kamu hendak menyembelih haiwan, maka sembelihlah dengan cara yang paling baik iaitu dengan menajamkan alat sembelihan dan hendaklah meletakkan haiwan dalam keadaan yang selesa.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jika terpaksa membunuh seseorang misalnya musuh, lakukannya dengan sebaik mungkin dan jangan pula menyeksanya dengan memotong anggota seperti kaki atau tangan. Begitu juga dalam menyembelih binatang. Islam mengajar agar ditajamkan pisau supaya tidak menyakiti binatang yang disembelih. Selain itu makruh hukumnya mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih kerana mereka merasa sedih dengan perbuatan itu.

Islam juga mengajar kita supaya prihatin kepada jiran.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan.

Kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah Subhanahuwata’ala di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita. Misalnya jiran kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya. Dalam kes sepetti ini, jiranlah yang akan mendakwa kita di akhirat nanti.

Rasulullah s.a.w apabila isteri Baginda memasak masakan berkuah, disuruh agar dilebihkan kuah untuk diberi kepada jiran Baginda, walaupun jirannya itu kafir. Baginda Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Dzar Al-Ghifari yang bermaksud: “Apabila kamu memasak makanan, banyakkanlah kuahnya dan berilah kepada jiran kamu.

About these ads

Kemusykilan atau pertanyaan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: