Nasbun Nurain bermaksud tegakkan 2 cahaya iaitu al-Quran dan Hadis.
Ia juga adalah sebuah kitab solah 4 mazhab terbesar dalam bahasa Melayu karangan Tuan Guru Maulana Syed Noor Muhammad Syed Jamal.
Tuan Guru adalah kelulusan Mufti, pernah berkhidmat di Pusat Islam. Beliau Berasal dari Besut, Terengganu. Beliau mula belajar agama di sebuah pondok di Besut Terengganu, kemudian menyambung pelajaran di Deoband, India. Telah mendapat ijazah untuk mengajar ilmu hadith dari guru-guru hadith di sana. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya berkhidmat di Pusat Islam dan kini menjadi penceramah bebas di masjid dan surau.
Menguasai 15 bidang ilmu seperti mantiq, balaghah dan sebagainya.
Sekarang mengajar di beberapa buah masjid dan surau sekitar Lembah Klang seperti Masjid Klang Gates, Masjid Pakistan ChowKit, Masjid As-Sobirin Keramat AU5, masjid sekitar Gombak, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bursa Malaysia.
Nasbun Nurain Jilid 1
Nasbun Nurain Jilid 2
Nasbun Nurain Jilid 3
Nasbun Nurain Jilid 4
Harganya cuma RM15 setiap jilid. Boleh didapati dari :-
1) MDC Publishers Sdn Bhd.
2718, Jalan Permata Empat, Taman Permata,
Hulu Kelang, 53300, Kuala Lumpur.
Tel: 03-41086600. F
ax: 03-41081506.
Email: ahussein@mdcbd.com.my
2) Tuan Guru Maulana
Tel. No. : 03-61888686
Untuk melihat nota syarahannya sila “klik” pada “Categories” (mengikut Tajuk) atau “Archives” (mengikut Bulan). Sebarang kesilapan dan kesalahan adalah kesilapan pengambil nota samada kesilapan kefahaman atau pendengarannya.

salam…
boleh bagi biodata ttg Maulana Noor Muhammad
citer ttg latar blakang Tuan Guru..ramai yg ingin mengenali lebih rapat dengannya..
Berasal dari Besut, Terengganu.
Beliau mula belajar agama di sebuah pondok di Besut Terengganu, kemudian menyambung pelajaran di Deoband, India. Telah mendapat ijazah untuk mengajar ilmu hadith dari guru-guru hadith di sana. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Seterusnya berkhidmat di Pusat Islam dan kini menjadi penceramah bebas di masjid dan surau.
Menguasai 15 bidang ilmu seperti mantiq, balaghah dan sebagainya.
jazakallah khairan kasira…semoga allah menjaya kan segala usaha Tuan Guru Maulana..amin!!!
saya dapat tahu masih ada byk lagi jilid yg belum dikeluarkan. bilakah jilid yg seterusnya akan dicetak.
Salam,
Jilid 5 dalam proses pencetakan dan insyAllah boleh didapati bulan depan Julai. Jilid lain akan diikuti seterusnya setiap bulan.
Saya berpendapat kalau boleh adakan juga ceramah berbentuk video dan biodata tuan guru bersama gambarnya sekali.