Sunnah Memberi Makan Kepada Tetamu

Nabi SAW berwasiat kepada Sayyidina Ali k.r.m.wj. maksudnya : “Wahai Ali! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah ke rumah seseorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan.” Baca baki entri ini »

Perlukah amal sunnah kecil dan remeh temeh?

Dikirim dalam Sunnah. 4 Comments »

AMAL SUNNAH UNTUK MASUK SYURGA

Dikirim dalam Hadith, Sunnah. 2 Comments »

Adab memotong kuku

att369548.gif

Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Sunnah. 12 Comments »

Jibril lambat datang, Insya Allah, 3 soalan kafir

1) Riwayat dari A’masy (perawi hadith, salah seorang dari 4000 guru Imam Abu Hanifah) katanya:

Telah lambat Jibril Alahissalam atas Nabi s.a.w. kemudian datang ia maka sabdanya ” Apa yang menahan dikau, ya Jibril?” Katanya ” Betapa aku datang kepadamu dan kamu tidak potong kuku kamu dan misai kamu dan tidak membasuh jari kamu dan kamu tidak bersugi”. Kemudian ia membaca:

Maryam [64] Dan (berkatalah malaikat): Kami tidak turun dari semasa ke semasa melainkan dengan perintah Tuhanmu (wahai Muhammad)

(Dari Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub)  Baca baki entri ini »

Janggut, misai, serban, rambut, budaya Arab atau Sunnah?

Dalam satu hadis, potonglah misai dan panjangkan janggut. Panjangkan janggut kadar segempal (segenggam). Bezakan dari janggut Quraisy. Ulama dahulu suruh potong misai. Ulama terkemudian kata boleh juga dicukur misai.

Saintis kata orang yang bermisai cium seseorang boleh menjejaskan umurnya. Makruh simpan misai di negara Islam. Sayyidina Umar r.a. simpan misai kerana dia selalu didatangi pembesar kafir (untuk mengerunkan mereka). Nabi s.a.w. memotong misai sahabat yang melebihi bibir mulut. Haram menyimpan misai menutupi bibir mulut kerana ia boleh mengotorkan makanan, minuman dan menyerupai sami Hindu. Apapun Nabi Muhammad s.a.w tidak suka pada misai. Misai itu lambang kesombongan. Bezakan dari orang Majusi yang memanjangkan misai dan memotong janggut.

Begitu juga dalam memakai serban. Nabi kata bezakan dari kafir Quraisy. Satu cara ialah dengan memakai ketayap (kopiah). Dalam Perang Badar, perang yang pertama, orang Quraisy juga memakai serban. Sahabat bertanya bagaimana hendak membezakan antara orang Islam dan kafir kerana dari belakang semuanya nampak sama. Kata Nabi, buatlah 2 ekor serban. (sepertimana diamalkan kebanyakan jemaah tabligh).

Dari segi fesyen rambut, Nabi s.a.w. menyimpan semua rambutnya atau mencukur semuanya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

3 kali sahaja Nabi cukur. 3 cara Nabi menyimpan rambut:-

  1. Paras cuping teling (Wafra). Potong straight di paras cuping telinga.
  2. Paras tengkok / leher (Limma)
  3. Paras tulang belikat (Jumma)

Hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Cara menghormati rambut ialah dengan meletakkan minyak rambut, sikat rambut.

Sunnah-sunnah seperti di atas adalah sunnah nabi bukannya sunnah Arab. Jikalau budaya Arab sekalipun lebih baik diikuti daripada budaya Kafir. Dalam beberapa hadis:-

- Hendaklah kamu sayangi Arab kerana 3 sebab, kerana Aku (Nabi Muhammad) adalah bangsa Arab, Quran dan percakapan dalam Syurga adalah dalam bahasa Arab. Ajarlah anak-anak kamu menyayangi Arab.

- Wahai Salman, janganlah membenciku, nanti engkau akan berpisah dengan agamamu. Saya (Salman) berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana saya membenci engkau yang telah memberiku hidayah Allah swt. Berkata Rasulullah saw: Jika engkau membenci Arab maka engkau membenciku’. Barangsiapa mencaci maki Arab, dia termasuk orang-orang musyrik’.

Kalau sunnah-sunah itu tidak betul, Allah sudah pasti akan menegurnya, melalui Malaikat Jibril.

Dikirim dalam Sunnah. 12 Comments »

MALU dan IMAN

Malu itu salah satu dari sunnah para nabi. 

1 terangkat 1 goyang. Bila malu terangkat dan hilang, iman pasti bergoyang. Hadis yang berbunyi:-

Sesungguhnya malu dan iman selalu beriringan, apabila salah satu di antaranya diangkat (dihilangkan) maka yang lainnya pun akan diangkat pula.

Riwayat Imam Hakim melalui Ibnu Umar R.A.

Syurga suka orang yang malu, neraka tidak. 

Rasulullah lebih malu dari anak dara.

Hadis  dari Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di dalam biliknya. Sesungguhnya jika baginda tidak suka kepada sesuatu (keadaan sedemikian) dapat aku lihat pada air mukanya (Sahih Muslim: 4284)

Tidak malu yang maksimum ialah dayus. Dayus bukan setakat suami-isteri, tapi juga dayus kepada agama, bangsa dan negara jika tidak mempertahankannya.

Semakin tinggi iman, semakin tinggi maruah. Islam haramkan makan babi kerana orang yang makan babi akan jadi tidak bermaruah sebab babi itu hanya tengok sahaja bila pasangannya berzina dengan babi lain. Tidak seperti binatang lain iaitu kambing dan lembu yang pasti akan marah bila pasangannya dikacau.