Solat Tahiyyatul Masjid semasa khutbah Jumaat

Biasa kita dengar hadis yang menyuruh solat tahiyyatul masjid walaupun imam sedang khutbah. Tapi disebalik hadis itu ada ceritanya.

Mengikut Imam Abu Hanifah, Nabi menyuruh orang itu solat kerana :-

-untuk menunjukkan kemiskinannya melalui pakaiannya yang daif (bila dia berdiri )agar dia dibantu.

-dia belum Solat Subuh (nabi tahu melalui mukjizatnya). Nabi suruh dia qadha solat subuh dan bukannya Solat Tahiyyatul Masjid. Nabi pula menghentikan khutbahnya semasa orang itu solat. Nabi mengetahui melalui firasat kenabiannya:

Sebuah hadith menyebut : “ Berhati-hatilah dengan firasat orang mukmin (soleh) kerana mereka melihat dari cahaya Allah” ( Riwayat Tirmidzi dan At-Tabrani dan tirmizi)

Sepertimana malaikat dapat mengecam orang yang bersalah:

Ar-Rahman[41] Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka).

Lebih afdal dengar khutbah dari solat, manalah tau isi khutbah itu mungkin boleh mengetuk hati kita. Solat tahiyyatul masjid itu sunat, menuntut ilmu (dengar khutbah) itu wajib.

Terima kasih

Berterima kasihlah pada orang yang tolong kita kerana siapa yang tak terima kasih pada orang yang tolongnya seperti tidak bersyukur kepada Allah. Allah yang buka hati orang itu untuk tolong kita. Seperti mana dalam hadis:-

Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur, meninggalkannya bererti ingkar. Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit bererti dia tidak mensyukuri nikmat yang banyak; dan barangsiapa yang tidak bersyukur terhadap orang lain bererti dia tidak bersyukur kepada Allah. Bersatu adalah rahmat, bercerai berai adalah azab. (Riwayat Baihaqi)

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Alam | Syurga | Neraka | Solat | Pelindung | Penyayang | Pengazab

Kubur itu pintu ke alam Barzakh (alam perantaraan). Solat menjadi teman. Solat yang tidak betul menjadi lembaga yang bercakap tak betul. Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang rasa lama. Setiap alam ada masalahnya, samada alam dunia (alam asbab), alam barzakh dan padang mahsyar.

Semua ahli syurga menyesal kerana ada masa yang mereka biarkan berlalu tanpa mengingati Allah (lupakan Allah).

Ugama itu umpama satu titian didalam alam dunia. Pokoknya ialah solat.

Orang yang masuk neraka itu adalah mereka yang degil atas kejahatannya. (tidak menyesal dan bertaubat).

Susah untuk masuk syurga kecuali Allah bagi mudah. Mintalah dengan Allah agar dimasukkan syurga tanpa hisab, masuk melalui recommendations.

Allah pelindung yang paling besar. Allah menyayangi lebih dari segala-galanya. Allah sangat sayang pada manusia tapi ada manusia yang tidak sayang pada dirinya sendiri.

Allah mempunyai kuasa penuh menghantar azab samada dari atas atau bawah. Allah tidak azab orang yang selalu istigfar. Dosa syirik mesti istigfar, kerana jikalau mati walaupun syirik kecil kena azab. Syirik maksudnya berkongsi Allah dengan tuhan yang lain. (sepertimana kafir quraisy, kristian, yahudi berkongsi Allah dengan jin, dewa, berhala, malaikat, nabi isa).

Kita tidak boleh lawan Allah, jadi kita kena buat baik dengan Allah.

Dikirim dalam Syurga. Leave a Comment »

Pencipta yang tunggal dan garang

Ra’d 15-17

Allah suruh nabi tanya orang Quraisy, siapakah tuhan yang menjadikan langit dan bumi. Mereka jawab Allah. Kafir quraisy percaya Allah tetapi mensyirikan Allah dengan menambah tuhan rekaan yang lain.

Iman yang penuh

Allah cipta dan jaga ciptaannya, bagi rezeki. Allah tidak perlu bantuan dari yang lain kerana tidak ada kuasa yang setandingnya. Ibarat air yang penuh, kalau ditambah nanti limpah. Begitu juga iman kita, kalau sudah penuh dan ditakdirkan dapat melihat Allah pun tidak ada bezanya. Berimanlah seperti iman Jibril yang percaya penuh kepada Allah.

Langit, arasy dan kursi

Langit yang dijadikan Allah tiada siapa tahu bahan apa yang digunakan. Walaupun ada hukama mengatakan dari besi, zamrud, kaca, namun tiada nas yang jelas. Satu hari langit akan digulung sepertimana kita gulung karpet dan diletak di atas kursi di arasy. Kursi itu ibarat tunggul kayu manakala arasy itu ibarat padang yang luas. Kursi Allah seluas langit dan bumi. Arasy adalah umpama singgahsana Allah, bukan bermakna Allah duduk di situ tapi singgahsana Raja kepada segala Raja.

Tuhan cari tuhan?

Jin, dewa, malaikat, berhala dan apa saja tidak boleh tolong kita. Orang Arab panggil jin, orang hindu panggil dewa. Orang Melayu dua-dua panggil. Ada juga orang Arab yang menyembah malaikat kerana kononnya malaikat itu anak perempuan Allah. Mereka (Jin, dewa, malaikat, berhala dan apa saja) juga hamba Allah dan mencari tempat di sisi Allah, seperti mana diceritakan dalam surah Furqan. Guru Nanak juga seorang Islam yang pernah mengerjakan haji dan tidak pernah menyuruh orang menyembahnya. Hamba Allah umpama “Jaga” yang menjalankan tugas yang disuruh oleh bossnya.

Quran itu mudah difahami

Orang kafir mengatakan quran bukan dari Allah kerana perumpamaan yang digunakan terlalu mudah seperti “malam dan siang”, “celik dan buta”. Allah tidak malu membuat contoh yang ringan supaya manusia mudah faham. Kalau Allah nak tunjuk ketinggian ilmunya, manusia tidak akan faham. Sebagai guru mestilah beri contoh yang senang difahami murid bukan mengikut nilai ilmu guru itu.

Penutup

Allah mencipta segalanya langit, bumi dan segalanya walau sebesar zarah,atom. Allah itu tunggal, esa dan “garang” Kalau Allah murka, tiada siapa yang boleh melepaskan diri.

Syafaat Nabi | pakaian dan cara hidup nabi

Syafaat Nabi secara mudahnya ialah “recommendation” dari Nabi Muhammad kepada umatnya di hari akhirat. Untuk mudah mendapatkan syafaatnya, amalkanlah sunnah-sunnah nabi, walaupun yang kecil-kecil.

Ikut cara pakaian nabi, akhlak nabi dan suruhannya.

  •  Nabi bila solat tidak pernah memakai baju lengan pendek,
  • sentiasa tutup kepala dan
  • kain/seluarnya tidak lebih dari paras buku lali. 
  • Nabi selalu berserban dan berjubah putih. Serban jenis yang dililit di kepala bukan seperti orang Arab pakai sekarang (yang seperti tudung perempuan).
  • Nabi makan di atas lantai, bukan di meja dan menjilat jari lepas makan.
Dikirim dalam Sunnah. Leave a Comment »

Tahiyyat akhir | Selawat | Duduk tahiyyat

Ada 8-10 jenis bacaan tahiyyat. Semuanya sah.

Bacaan selawat semasa tahiyyat:-

Mazhab Syafie dan Hambali rukun solat. Mazhab Hanafi dan Maliki tidak rukun. Tidak perlu ditambah perkataan “Sayyidina” dalam selawat kerana Nabi tidak mengajar begitu (di dalam hadith-hadith). Bacaan di dalam solat mestilah dibaca mengikut yang Nabi ajar kerana amalan yang terbaik ialah mengikut yang keluar dari mulut Nabi. Tidak elok ditambah-tambah.

Mengikut mazhab Hanafi bacaan tahiyyat tidak ada “fil alamin………”

Cara duduk tahiyyat akhir

Rasulullah duduk 3 cara:-

1) Duduk atas kaki (Hanafi, yang paling afdal)

2) Duduk atas lantai 1, kaki 1 (Syafie).

3) Duduk dua-dua punggung atas lantai (seperti duduk tahiyyat akhir). Duduk seperti ini kurang markah kerana badan boleh lari dari menghadap qiblat dan makan space. Namun sunnah ketika jadi IMAM bukan ketika jadi makmum.

Utusan|Isa|Muhammad|Ummi| “intelek”

Al-a’raf 158

Nabi Muhammmad adalah nabi penutup, penghujung, muktamad. Membawa rahmat sekelian alam. Ajaran Nabi Muhammad tetap relevan dan tidak expired.

Nabi Isa dan nabi-nabi lain adalah perintis. Diutuskan hanya untuk umat dan bangsanya sendiri. Nabi Isa manusia biasa, makan, minum dan juga penat. Dia bukan tuhan atau anak tuhan seperti didakwa Kristian. Allah tidak bertempat. Mustahil Allah boleh menjelma didalam tubuh badan manusia. Ahli sunnah wal jamaah menghukumkan kafir kepada sesiapa yang menganggap tuhan boleh menjelma.

Tempoh perkhidmatan Nabi Isa (Jesus) telah tamat. Beliau dilucutkan jawatan semasa masih hidup, ketika dikepung oleh kaumnya. Nabi Isa akan diturunkan kembali diakhir zaman sebagai umat Muhammad kerana doanya untuk menjadi umat Muhammad.

Walaupun Nabi Muhammad ummi (buta huruf) tetapi beliau seorang “intelek”. Ramai orang-orang dahulu yang cerdik pandai walaupun tidak sekolah tinggi, masuk universiti. Malah mereka mampu mencipta peribahasa yang berkualiti seperti:-

– Gajah sama gajah berlawan, pelanduk mati ditengah (Kalau ada 2 tuhan, matilah kita manusia)

Semua nabi itu utusan Allah. Allah yang memiliki 7 petala langit dan bumi. Kalau orang yang banyak tanah pun dihormati, maka Allah tuan punya semua tanah2, lebih berhak dihormati. Dalam satu hadis makhluk Allah berjumlah 1000 jenis, 400 didarat dan 600 dilaut. ” La ila ha illa hu.

Wallahu a’lam…