Sembahyang Sunat Rawatib

Solat sunat rawatib (selepas atau sebelum solat fardhu) yang hukumnya sunat muakkad(sangat dituntut) :-

  • Sebelum subuh 2 rakaat
  • Sebelum zohor 2 atau 4 rakaat (boleh buat 4 rakaat 1 salam)
  • Selepas zohor 2 rakaat
  • Selepas maghrib 2 rakaat ( afdal dipercepatkan kerana solat sunat lepas maghrib diangkat bersama fardhu maghrib)
  • Selepas Isya’ 2 rakaat

Jumlah sunat rawatib yang sunat muakkad samada 10 atau 12 rakaat.

Solat sunat sebelum asar tidak sunat muakkad tapi mendapat rahmat dari Allah dan dilepaskan dari azab neraka.

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Allah merahmati orang yang solat sunat empat rakaat sebelum solat Asar.”( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Rasulullah s.a.w bersabda :“Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” H.R.Attabrani

Tidak ada solat sunat selepas subuh dan asar. Juga dilarang solat sunat pada waktu matahari naik, tegak dikepala (kecuali hari Jumaat) dan gelincir matahari

Selain solat sunat diatas, Nabi tidak pernah tinggal solat witir, 3 rakat lepas Isya’.

Solat sunat 4 rakaat lepas Isya’ pahala seperti lailatulqadar.

Solat sunat boleh menampung kekurangan solat fardhu seperti kurang bilangan dan kekurangan kualiti (kurang khusyuk). Untuk khusyuk dalam solat, kena latih mulai luar solat seperti sentiasa ingat Allah dalam apa jua yang kita buat.

Sembah dan Syukur kepada Pencipta yang memudahkan apa yang dikehendaki

Wirid, zikir dan sembahyang sunat

Semua bacaan wirid yang kita baca selepas solat (terutamanya lepas solat jemaah) adalah dari nabi. Cuma Nabi tak buat secara ramai-ramai dan dibuat secara beramai-ramai hanya untuk mengajar makmum.

Selepas salam, istigfarlah (Astagfirullah hal azim) , bacalah “Allahuma antas salam wa minka salam, taba rak ta, ya zal jala liwal ikram”, la ila ha illallah wahdahu…. wirid ini juga dari nabi.

Kalau wirid dengan membaca ayat kursi, lebih baik jika terus dibaca “Allahu la ila”. Tidak perlu baca ‘Waila hukum” kerana ayat kursi itu ayat terbesar, sangat besar fadilatnya dan lebih baik dibaca bersendirian.

Bacalah surah Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.

Bilangan zikir untuk tasbih, tahmid, takbir 33 atau 10 kali bergantung kepada solat. Lepas maghrib, seelok-eloknya dipendekkan / cepatkan zikir kerana solat sunat lepas maghrib diangkat bersama fardhu maghrib. Kalau ada solat sunat, pendekkan zikir dan buat solat sunat. Boleh sambung zikir lagi selepas solat sunat jika mahu.

Lepas subuh dan asar, berzikirlah panjang sedikit (contohnya tasbih, tahmid, takbir 33 kali) kerana tidak ada solat sunat selepas itu. Kecuali ada majlis ilmu, ceramah agama.

Zikir itu lebih besar dari jihad dan sedekah. Tetapi zikir kalah pada majlis ilmu, kelas agama dan khutbah. Ramai juga orang yang duduk atas tilam empuk masuk syurga kerana berzikir.

Lepas Isya’ juga ada solat sunat. Seeloknya 4 rakaat kerana 4 rakaat sunat lepas Isya’ pahalanya seperti Lailatulqadar. Nabi juga tidak pernah meninggalkan sembahyang witir dan tidak mengaku umat orang yang tidak solat witir (dalam satu hadis).

MALU dan IMAN

Malu itu salah satu dari sunnah para nabi. 

1 terangkat 1 goyang. Bila malu terangkat dan hilang, iman pasti bergoyang. Hadis yang berbunyi:-

Sesungguhnya malu dan iman selalu beriringan, apabila salah satu di antaranya diangkat (dihilangkan) maka yang lainnya pun akan diangkat pula.

Riwayat Imam Hakim melalui Ibnu Umar R.A.

Syurga suka orang yang malu, neraka tidak. 

Rasulullah lebih malu dari anak dara.

Hadis  dari Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w lebih pemalu daripada seorang gadis yang berada di dalam biliknya. Sesungguhnya jika baginda tidak suka kepada sesuatu (keadaan sedemikian) dapat aku lihat pada air mukanya (Sahih Muslim: 4284)

Tidak malu yang maksimum ialah dayus. Dayus bukan setakat suami-isteri, tapi juga dayus kepada agama, bangsa dan negara jika tidak mempertahankannya.

Semakin tinggi iman, semakin tinggi maruah. Islam haramkan makan babi kerana orang yang makan babi akan jadi tidak bermaruah sebab babi itu hanya tengok sahaja bila pasangannya berzina dengan babi lain. Tidak seperti binatang lain iaitu kambing dan lembu yang pasti akan marah bila pasangannya dikacau.

Waktu Dilarang Solat

Tidak boleh solat samada fardhu atau sunat semasa:-

  1. Matahari naik (kerana matahari naik dicelah-celah tanduk syaitan). Dilarang solat kerana menimbulkan tohmahan iaitu seolah-olah menyembah syaitan
  2. Matahari tegak diatas kepala.(kerana diwaktu ini api neraka sedang disemarakkan). Kecuali Hari Jumaat boleh solat sunat kerana pada Hari Jumaat api neraka tidak disemarakkan.
  3. Matahari gelincir (dekat-dekat nak Maghrib, dalam 5 minit)

Hadis penuh:- Baca baki entri ini »

Takut dan mintalah dari Pencipta yang sentiasa melihat

An-Nisa 1

Allah cipta manusia dari 1 orang iatu nabi Adam. Adam bermaksud tanah.  Kemudian Allah cipta kembarnya Hawa dari tulang rusuk adam sebagai teman dan dikahwinkan sebelum mereka bersama. Dari 1 menjadi 2 dan seterusnya tersebarlah zuriat nabi Adam. Nabi Adam hidup 1000 tahun dan mempunyai 40 anak, 20 kembar iaitu 20 kali bersalin.

Takutlah kepada Allah yang menguasai Rahim. Takut kepada Allah bermakna patuh dan turut Allah. Patuh Allah kita selamat.Allah akan tolong walau dimana kita berada. Allah kuasai Rahim perempuan, Rahim juga nama Allah. Allah yang membesarkan bayi dan memberi makan didalam rahim walaupun pintu rahim telah tertutup. Allah boleh membentuk manusia menjadi cantik, lelaki, perempuan, tinggi, rendah dari 1 titik air mani. Dari 40 titik darah menjadi 1 titik air mani menjadi daging. Allah cipta manusia dalam kegelapan perut,rahim sepertimana manusia memproses filem didalam bilik gelap. Allah mampu mencipta walaupun dari seketul tulang.

Oleh itu mintalah dari Allah yang menjadikan kita. Dalam surah Isra’ orang kafir pun minta dari Allah bila keadaan genting, terus mereka lupa tuhan berhala mereka. Kita bergantung kepada Allah, dunia dan akhirat.

Allah sentiasa melihat, tidak perlu pada mata, tidak perlu kepada cahaya, walau dalam kegelapan perut masih mampu membesarkan manusia. 

Sayangi Allah, patuhi Allah.Allah sayang kita lebih dari kita sayang kepada anak kita. Allah mahu semua manusia masuk syurga, tapi Allah tak paksa kerana hidup ini satu ujian.

Dikirim dalam Takwa. 1 Comment »

Riba

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (Surah Aali Imran, Ayat: 130).

Zaman dahulu jual beli dilakukan secara tukar barang dengan barang yang lain.Sekarang tukar barang dengan duit. Riba itu bermaksud mengambil lebih dari barang yang ditukar walaupun sama mutunya. Riba itu sifatnya berganda-ganda, bayar bunga dahulu, bayar pokok sedikit.(contoh loan rumah- diawal tempoh pinjaman, bayaran ansuran banyak diguna untuk bayar interest, bayar principal setelah bayar interest)

Allah suka pada bisnes, bukan riba. Jual beli tak sama dengan riba. Riba itu menyeluruh, pada semua barang.

[Al-Baqarah 275] ………..Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Walaupun diharuskan ketika terdesak, riba tetap tidak halal. Diharuskan pada masa tertentu sahaja dan faedahnya hendaklah digunakan untuk kepentingan umat Islam. (seperti makan babi semasa kebuluran). Begitu juga dengan muzik, tetap haram, cuma diharuskan untuk kepentingan negara dan berdakwah dinegeri orang kafir. Inipun muzik yang minima sahaja.

Allah istihar perang terhadap orang yang makan riba dengan sengaja –

Al-Baqarah [279]Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu) maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Riba itu melibatkan dosa dengan Allah dan makhluk, terutama orang miskin. Mengambil kesempatan keatas orang miskin hukumnya HARAM. Dosa riba lebih besar dari dosa meniduri ibu.

Harta riba walaupun banyak akan jadi sedikit akhirnya..

Al-Baqarah [276] Allah susutkan riba, dan mengembangkan sedekah.

BERTAUBATLAH UNTUK TEBUS DOSA RIBA.

Dikirim dalam Riba. 2 Comments »