Syurga

Syurga itu diberi kepada orang muttaqin(bertaqwa) yang mengalir sungai didalamnya. Mereka terima kurniaan Allah dan apa sahaja yang diingini. Disyurga ada 4 jenis sungai, air, susu, madu dan arak. (Dari kalimah Bismi, Allah, ArRahman, ArRahim).

Muhammad [15]Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka….

Setiap orang dapat satu rumah yang luasnya paling kurang 3 buah negeri. Ini yang paling “koman”. Didalam syurga semua manusia duduk berhadapan diantara satu sama lain. Tidak ada yang membelakangi seperti binaan rumah didunia sekarang. Itulah canggihnya arkitek Allah. Ilmu arkitek yang diberi kepada manusia disini hanya sedikit sahaja.

Syurga itu juga bertingkat-tingkat. Yang paling atas yang paling special seperti penthouse.

Batu kikir dalam syurga adalah dari batu delima.Tanah syurga bau seperti minyak atar dan kasturi yang asli bukan seperti didunia(dari darah beku rusa).

Dalam syurga juga ada ulama. Tujuannya supaya manusia dapat bertanya tentang apakah yang perlu diminta dari Allah. Allah kekalkan status ulama disana. Ketua ulama disana ialah Muaz Bin Jabal.

Sesungguhnya ahli syurga benar-benar memerlukan ulama di dalam syurga. Demikian itu kerana setiap Jumaat mereka mengunjungi Allah SWT, lalu Allah SWT menawarkan kepada mereka  “Mintalah kepadaku apa yang kalian kehendaki.” Lalu mereka berpaling kepada para ulama seraya berkata “Apakah gerangan yang kami minta?” Maka para ulama berkata kepada mereka: Mintalah kepadaNya demikian, demikian.” Mereka masih tetap memerlukan para ulama sekalipun di dalam syurga, sebagaiman mereka memerlukan sewaktu di dunia. (Riwayat Ibnu Asaki melalui Jabir r.a)

Ketua orang mukmin yang mati semasa muda ialah Hassan dan Hussin. Ketua bagi mukmin yang mati semasa tua ialah Sayyidina Abu Bakar dan Umar.

Didalam syurga diberi makan buah dan daging seperti ikan, lembu dan burung..

Waqiah [20] Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, [21] Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini

Kata Thauban (hamba dan sahabat) Rasulullah pada waktu ia bersama Rasulullah datang pendeta Yahudi bertanya beberapa persoalan kepada Rasulullah. Di antara persoalan pendeta tersebut, apakah jamuan untuk menyambut kedatangan penduduk syurga. Lalu nabi bersabda yang bermaksud: Jamuan sambutan mereka ialah hati ikan (hadis Riwayat Muslim).

Didalam syurga manusia tidak buang air. Hanya keluar peluh yang wangi.

Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda:”sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.” Para sahabat bertanya:”Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:”Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka.” (Muslim)

Dikirim dalam Syurga. Leave a Comment »

Lihat Allah | Dalam Hati Ada Cinta Allah

Imam Abu Hanifah pernah mimpi melihat Allah, lalu bertanya tentang beza orang baca quran tahu makna denagan tak tahu makna. Allah jawab sama pahalanya.

Ada ulama kata bukan lihat Allah tapi lihat cahaya Allah. Majoriti ulama tasawuf kata lihat dengan hati, tidak nampak dalam mata. Dalam syurga, hati dan mata diperkuatkan untuk melihat Allah. Tengok Allah tidak perlu bersesak-sesak, seperti lihat bulan purnama. Semua tempat disyurga boleh tengok Allah.  Allah memperlihatkan zatnya ketika ahli syurga sedang makan.

Allah lebih dekat dengan manusia lebih dekat dari nyawanya sendiri. Allah ada diantara manusia dan hatinya. (sangat rapat)

Baqarah  [186] Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);

Qaf [16] Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Waqiah [85] Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, 

Kata wali Qutub, manusia hanya 2 langkah dari Allah. Langkah pertama pijak nafsu, langkah kedua allah. Oleh itu ingatlah Allah, bangun tidur, celik mata ingatlah Allah. Terus berdoa supaya diampun dosa, lepas azab dihari qiamat dan mintalah apa sahaja. Sebelum tidur juga ingatlah Allah.

Dikirim dalam Hati. Leave a Comment »