Wuduk

Kunci solat ialah wudhu’. Wudhu menjadi cahaya kepada umat Muhammad. Apabila tidak boleh wudhu, bertayammum. Apabila tidak boleh kedua-duanya, solat hormat waktu, tanpa wudhu tapi kena ganti atau qadha.

 Niat wuduk

Tiada hadis yang mengatakan wajib niat wuduk, ia cuma ijtihad ulama.

Batal wuduk 

Mengikut mazhab Syafie, batal wudhu; kena solat balik dari awal.

Mengikut mazhab Hanafi, Hambali, :-

  1. batal wudhu dengan sengaja; kena solat balik dari awal.
  2. terbatal, wudhu’ dan sambung balik cepat2 pada rakaat yag batal

Mengikut mazhab Syafie, keluar darah batal wudhu’. Mengikut mazhab Hanafi, keluar darah dan mengalir baru batal wudhu’.

Mengikut mazhab Syafie, batal wuduk bila tersentuh perempuan. Mazhab lain tidak.

Sunat

Rasulullah wuduk 1 kali. 2-3 kali sunat. Lebih dari 3 makruh.

Sah wuduk bagi orang yang wuduk sambil menyelam atau didalam hujan kerana semua anggotanya basah.

Fadilat dan kelebihan wudhu’

Orang yag tidur dalam keadaan berwuduk pahalanya seperti berpuasa.

Orang yang wuduk sebelum tidur, Malaikat tidur bersamanya.

Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batal umpama Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) , sudah cerah lagi bersuluh.

Doa selepas wuduk gugurkan dosa.

Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa antara 2 waktu solat.

Air wuduk dan mandi junub  menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.

Dikirim dalam Fadhilat. 1 Comment »