Jihad – perang

Jihad (khusus kepada perang) hukumnya:-

  • Fardhu kifayah – wajib bagi sekumpulan lelaki seperti tentera
  • Fardhu Ain – bagi lelaki dewasa dan bila kerajaan kerah. Kerahan tenaga

Tidak berdosa orang buta dan uzur yang tidak pergi berjihad. Tidak wajib atas orang yang daif, miskin, tiada kenderaan, sakit dan bila kerajaan tidak boleh sediakan kenaikan.

Taubah [91] Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Fath [17] Tidaklah menjadi salah kepada orang buta dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya) dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksanya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

Baca baki entri ini »