Waktu Dilarang Solat

Tidak boleh solat samada fardhu atau sunat semasa:-

  1. Matahari naik (kerana matahari naik dicelah-celah tanduk syaitan). Dilarang solat kerana menimbulkan tohmahan iaitu seolah-olah menyembah syaitan
  2. Matahari tegak diatas kepala.(kerana diwaktu ini api neraka sedang disemarakkan). Kecuali Hari Jumaat boleh solat sunat kerana pada Hari Jumaat api neraka tidak disemarakkan.
  3. Matahari gelincir (dekat-dekat nak Maghrib, dalam 5 minit)

Hadis penuh:-

Dalam sebuah hadith daripada banyak hadith Rasulullah bersabda daripada Amru bin Abasah kata beliau: Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, ajarkan aku apa yang diajarkan oleh Allah. Rasulullah lantas bersabda: “Apabila kamu menunaikan solat subuh, bersegeralah sebelum mentari terbit. Apabila terbit matahari, maka jangan kamu tunaikan sembahyang apa-apa sehinggah mentari naik. Sesungguhnya mentari naik pada waktu terbitnya dua tanduk syaitan. Dan ketika itulah orang-orang kafir bersujud. Setelah mentari naik sekadar dua galah, maka tunaikan sembahyang. Sesungguhnya sembahyang ditunaikan sehinggalah bayang2 menjadi pendek. Kemudian berhentilah sembahyang, kerana ketika itu neraka dinyalakan. Apabila terbit kembali bayang-bayang setelah mentari tergelincir, maka sembahyanglah. sesungguhnya sembahyang ditunaikan sehinggalah sembahyang asar. apabila kamu solat asar, maka berhentilah sembahyang (sunat) sehinggalah mentari benar2 terbenam. Kerana sebelum terbenam itu, waktu terbenamnya dua tanduk syaitan dan waktu itulah orang-orang kafir bersujud.” [Hadith Riwayat Ahmad, Muslim, Nasai]

Tidak boleh solat sunat semasa:-

  • lepas Subuh (kecuali qadha solat)
  • lepas Asar (kecuali qadha solat)

Qadha solat boleh dilakukan pada bila-bila waktu kecuali 3 waktu diatas (matahari naik, tegak, gelincir). Qada solat tidak perlu ikut waktu, contohnya qada subuh boleh dibuat dalam waktu zohor, asar, dsbnya.

Peringatan:- SOLAT JENAZAH, boleh dilakukan bila-bila masa sahaja.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: