Sembah dan Syukur kepada Pencipta yang memudahkan apa yang dikehendaki

Orang kafir pernah mencadangkan supaya Nabi Muhammad sembah berhala mereka setahun dan sembah Allah pada tahun berikutnya, atas nama “toleransi”. Maka Allah suruh nabi mengatakan:-

Az-Zumar [64] Katakanlah: Patutkah kamu menyuruhku menyembah yang lain dari Allah,  hai orang yang jahil?

Kita tidak berhak sembah yang lain selain dari pencipta kita yang memberikan nyawa dan supply makanan. HARAM buat aktiviti yang akan melemahkan umat Islam atas nama apa sekalipun “toleransi”. Sembahlah Allah tuhan kepada segala makhluk samada syaitan, iblis, jin (dewa, pari-pari).

Taat dan sembah Allah sahaja. Tidak boleh taat kepada mana-mana makhluk dalam perkara maksiat, dosa seklaipun ibubapa. Sembahlah Allah dan taatlah Hukum Allah dan bersabarlah dengan kehendak nafsu yang bertentangan dengan hukum Allah.

Murtad mengugurkan amalan sebelumnya

Zumar [65] Dan sesungguhnya telah diwahikan kepadamu dan Nabi-nabi sebelummu: Sesungguhnya! Jika engkau mempersekutukan Allah tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang yang rugi.

Walaupun murtad dan masuk Islam kembali sebelum mati, segala amalan sebelum murtad digugurkan dan tidak akan dapat kembali pahala.(Imam Syafie kata dapat balik pahala, Imam Hanafi kata tidak. Yang muktamad dan difatwakan ialah tidak dapat balik pahala sebelum murtad) seperti dalam surah Baqarah ayat 217:-

….dan sesiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya yang baik di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,  mereka kekal di dalamnya.

Masuk Islam tidak perlu “celup air” (baptis), cuma perlu mengucap sahaja kerana sudah ada celupan Allah. Orang Barat takut kerana disana ramai yang masuk Islam, maka mereka label Islam “pengganas”. Mereka sebenarnya tiada pegangan dan nama sahaja Kristian tapi tidak beramal.

Oleh itu sembah dan syukurlah kepada Allah, pencipta kita yang memudahkan kita untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Jangan lupa syukur kepada Allah kerana kita boleh solat, puasa dan beribadat. Solat itu berat tapi Allah mudahkan kerana Allah cipta kita untuk solat dan mahu kita solat. Allah beri ihsan kepada kita dan pilih kita untuk solat. Ramai lagi orang yang tidak solat, Allah jadikan orang yang dia benci tinggalkan solat. Apabila ia ahli syurga, maka mudah baginya untuk mengerjakan perkara yang menghantarnya ke syurga. Seperti dalam hadis:-

Setiap manusia dimudahkan menurut bakatnya masing masing. (Riwayat Thabrani)

Semasa di dunia manusia sujud dalam sembahyang. Di hari kiamat, test pertama mereka ialah mereka disuruh sujud kepada Allah. Hanya mereka yang pernah sujud semasa di dunia mampu sujud di sana…

Al-Qalam [42] (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya;

Al-Qalam [43] Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.

Begitu juga kalau di dunia kita bukan ahli kiblat, dalam kubur badan tak akan menghadap kiblat, walaupun sudah dipusingkan kepala tapi akan berpaling selepas ditanam.

Zumar [66] Bahkan kepada Allah sahaja hendaknya kamu sembah, dan jadilah kamu dari orang yang bersyukur.

2 Respons to “Sembah dan Syukur kepada Pencipta yang memudahkan apa yang dikehendaki”

  1. awanaaasha Says:

    assalamualaikum , ustaz boleh jelaskan

    apa maksud ayat ini ;

    1) dihari kiamat Allah suruh manusia rukuk (dalam al-quran). tapi kalau dalam dunia kita tak rukuk, di sana tak boleh rukuk..

    dan maksud ayat ini ;

    2) begitu juga kalu di dunia kita bukan ahli kiblat, dalam kubur badan tak akan menghadap kiblat, walaupun sudah dipusingkn kepala tapi akan berpaling selepas di tanam..

    wassalam…

  2. sulaiman Says:

    Waalaikummussalam,

    1) Sebenarnya terdapat sedikit kesilapan, bukan rukuk tetapi sujud. Semasa di dunia manusia sujud dalam sembahyang. Di hari kiamat, ujian pertama mereka ialah mereka disuruh sujud kepada Allah. Hanya mereka yang pernah sujud semasa di dunia mampu sujud di sana…

    Al-Qalam [42] (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya;

    Al-Qalam [43] Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.

    2) Mayat ditanam dalam keadaan dibaringkan mengiring sebelah bahu kanan dan muka menghadap ke kiblat.

    Selepas ditanam, kalau di dunia kita tidak sembahyang menghadap kiblat, tubun badan kita tidak akan dapat menghadap kiblat setelah ditanam di dalam kubur. Ia akan berpusing dan berpaling tidak menghadap kiblat.

    Wallahua’lam.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: