Sembahyang Sunat Rawatib

Solat sunat rawatib (selepas atau sebelum solat fardhu) yang hukumnya sunat muakkad(sangat dituntut) :-

  • Sebelum subuh 2 rakaat
  • Sebelum zohor 2 atau 4 rakaat (boleh buat 4 rakaat 1 salam)
  • Selepas zohor 2 rakaat
  • Selepas maghrib 2 rakaat ( afdal dipercepatkan kerana solat sunat lepas maghrib diangkat bersama fardhu maghrib)
  • Selepas Isya’ 2 rakaat

Jumlah sunat rawatib yang sunat muakkad samada 10 atau 12 rakaat.

Solat sunat sebelum asar tidak sunat muakkad tapi mendapat rahmat dari Allah dan dilepaskan dari azab neraka.

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Allah merahmati orang yang solat sunat empat rakaat sebelum solat Asar.”( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi )

Rasulullah s.a.w bersabda :“Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” H.R.Attabrani

Tidak ada solat sunat selepas subuh dan asar. Juga dilarang solat sunat pada waktu matahari naik, tegak dikepala (kecuali hari Jumaat) dan gelincir matahari

Selain solat sunat diatas, Nabi tidak pernah tinggal solat witir, 3 rakat lepas Isya’.

Solat sunat 4 rakaat lepas Isya’ pahala seperti lailatulqadar.

Solat sunat boleh menampung kekurangan solat fardhu seperti kurang bilangan dan kekurangan kualiti (kurang khusyuk). Untuk khusyuk dalam solat, kena latih mulai luar solat seperti sentiasa ingat Allah dalam apa jua yang kita buat.