PERBICARAAN DAKWAH

Di hari qiamat semua disoal termasuk para nabi, rasul, malaikat. Bermula dari Jibril. Allah tanya Jibril apakah dia telah menyampaikan apa yang disuruhnya. Kemudian apabila Jibril mengatakan ya, Allah tanya siapakah saksinya. Lalu jawab Jibril “Mikail”. Begitu juga nabi Adam, Idris, Nuh sehinggalah Nabi Isa. .:-

Maidah [116] Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah?

Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.  

Baca baki entri ini »

Advertisements

Muzik

Syarat untuk masuk ke syurga ialah menjauhkan dari perkara yang lagha (melalaikan) seperti majlis yang ada muzik di dalamnya:-

Mukminun [3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

Luqman [6] Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Syaitan ambil peluang atas nafsu buruk yang tercetus. Syaitan juga berada di dalam majlis yang di dalamnya ada aurat yang di buka dan muzik di mainkan. Syaitan berasal dari syurga, dengar muzik di syurga lalu mengajar cucu Habil muzik. Allah berkata kepada syaitan supaya menggunakan suaranya untuk goda manusia:-

Isra [64] Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu;

Imam Syafie mengharamkan 6 jenis alat muzik. Ke empat-empat mazhab sepakat muzik haram hukumnya. Cuma ilmuan dan cendekiawan islam sekarang yang mengharuskannya.

Muzik harus apabila ada kepentingan negara, berdakwah di negara bukan Islam sahaja.

Muzik tempatnya di syurga..untuk dengar muzik di sana, seeloknya tidak dengar di sini. Istigfarlah selepas mendengar muzik. Mana tahu ada dosa disebaliknya. Hiburan dan hari raya yang paling besar ialah syurga.

Ada juga kitab-kitab yang mengharamkan muzik walaupun di sertai zikir. Sesetengah tariqat menggunakan muzik sambil berzikir, namun muziknya adalah minima iaitu sekadar satu paluan sahaja.

Ada yang berhujah nabi membenarkan paluan gendang semasa peristiwa hijrah. Namun sebenarnya nabi cuma menyuruh membuat paluan dan bunyi bising untuk menghebahkan peristiwa itu dan bukannya muzik yang berirama seperti sekarang. Lagipun belum mantap hukum pada waktu itu.

Ada yang berhujah nabi membenarkannya menggunakan hadith :

Riwayat dalam shahih Bukhari  dan  Muslim  bahwa  Abu  Bakar pernah masuk ke rumah Aisyah untuk menemui Nabi saw., ketika
itu ada dua gadis di sisi Aisyah yang sedang menyanyi,  lalu Abu  Bakar  mengherdiknya serta berkata: “Apakah ada seruling setan di  rumah  Rasulullah?”  Kemudian  Rasulullah saw. menjawab: “Biarkanlah  mereka, wahai Abu Bakar, sesungguhnya hari ini adalah hari raya.”

 

Sebenarnya pada masa itu Islam masih belum mantap. Semasa Nabi berada di Mekah, fokusnya ialah kepada akidah. Hukum-hakam dimantapkan hanya setelah nabi berhirah ke Madinah. Jika muzik itu halal, mengapa nabi diutus untuk menghancurkan alat muzik:

Hadith riwayat Abu Umamah, sabda Nabi SAW… Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku sebagai rahmat ke seluruh alam dan memerintahkan aku menghapuskan seluruh alat-alat muzik dan serunai.

Umat Muhammad yang hidup mengikut nafsu, terlibat dalam muzik dan arak secara gila-gila, Allah akan tukar mereka (masakh) menjadi babi dan kera.

Dari Abi Malik Al-AsSyaari, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Satu golongan daripada umatku akan minum arak, mereka menamakan arak bukan dengan namanya. Alat-alat muzik dan penyanyi-penyanyi wanita dimainkan di atas kepala-kepala mereka lantas Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah menjadikan daripada kalangan mereka bertukar menjadi kera dan babi (Riwayat Ibnu Majah)

Dikirim dalam Muzik. 2 Comments »

Syaitan, Syirik dan Taubat

Takwa – Takut Allah

Takut dari segi tabii umpama takutkan ular. 

Takut dari segi syarie bermakna patuh dan turut Allah. Patuh Allah kita selamat.Allah akan tolong walau dimana kita berada.OBEY AND BE GOOD.  

Takut kepada Allah mengikut tahap kita kenal Allah. Semakin kenal semakin takut kita kepada Allah, takut untuk meninggalkan suruhan dan melakukan larangan. Jibril takut kepada Allah umpama kain buruk yang tiada nilainya, melakukan apa saja demi tuhannya.

Semakin bertambah ilmu juga sepatutnya semakin takut kita kepada Allah.Semakin bertambah ilmu juga sepatutnya semakin bertambah amalan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Takwa. Leave a Comment »

Neraka | Pakaian Syurga | Kemahuan Allah

Hajj [22] Tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, disebabkan mereka menderita azabnya, mereka dikembalikan padanya, serta dikatakan: Rasalah kamu azab seksa yang membakar!

Sifat Neraka

  • 70 tahun perjalanan ke bawah
  • 40 tahun perjalanan lebarnya
  • 7 pintu, ditutup rapat supaya suhu panasnya maksimum
  • Api neraka itu 69 kali kepanasan api di dunia. Kalau api neraka sepanas api dunia, ahli neraka boleh tidur.
  • 1000 tahun perjalanan ke neraka otak manusia sudah mula menggelegak. 1000 tahun di dunia sama dengan 1 tahun di akhirat

Tinggal solat 1 waktu = 80 tahun neraka.

Di Syurga memakai sutera (harir)  Baca baki entri ini »

Doa dan zikir perlahan | wirid harian

Al-A’raf [55] Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.

Al-A’raf [205] Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Maryam [3] (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Doa, Wirid, Zikir. 1 Comment »