Ilmu Sains untuk fikir kekuasaan Allah

Ali-Imran [190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Baca baki entri ini »

Tahap takwa, Agama Islam dan perpecahan

Aali-Imran [102] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Takwa. 1 Comment »

Allah selamat dan tolong Mukmin

Yunus [103] Kemudian Kami selamatkan Rasul Kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah juga, sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang yang beriman (yang menurutmu).

Ar-Ruum [47]….dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman. Baca baki entri ini »

anak Allah?

At-Taubah [30] Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Akidah. Leave a Comment »

Sembahyang Witir

Hadis nabi lebih kurang bunyinya:-Solat witir itu hak keatas muslim, siapa nak boleh buat 5, 3 atau 1 rakaat.

Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya: “Rasulullah SAW pernah bersabda” Solat witir itu adalah benar (hak). Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah

Rasulullah juga pernah buat 7 rakaat direct dan 11 rakaat putus-putus (2,2,2,2,2,1)

3 mazhab menghukumkannya sunat, 1 lagi wajib iaitu mazhab Hanafi. Hanafi mewajibkan solat witir kerana:-

  • perkataan HAK dlm hadis diatas
  • satu hadis hasan yang lain:- Allah tambah satu solat lagi ke atas kamu, siapa tak solat hendaklah qadha, Buatlah antara Isya’ dan Subuh. Wahai ahli Quran, siapa tak solat witir bukan dari golonganku.

“Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh. (Ahmad)

Sabda Nabi s.a.w.: “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solat) witir, maka berwitirlah (qadha). (Baihaqi & al-Hakim)

Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa) dan suka sekali kepada yang witir. ( HR. Ahmad)

Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Witir adalah kewajiban, barangsiapa tidak melaksanakan Witir, maka ia tidak termasuk golongan kami” (H.R. Ahmad dan Abu Dawud.)

YANG PENTINGNYA BUAT, BUKAN HUKUM. Setiap ilmu harus diikat dengan perbuatan, barulah melekat di hati.

Mengikut mazhab Syafie boleh buat 2 kali witir dalam satu malam. Mazhab lain tidak boleh berdasarkan satu hadis yang mengatakan fardhu tidak boleh lebih dari 2 kali. Pada permulaan Islam dibenarkan solat fardhu berulang kali sekiranya solat yang kedua lebih baik dari solat yang pertama (contoh jemaah lebih ramai). Akhirnya Rasulullah larang solat fardhu 2 kali.

“Tidak ada dua witir dalam satu malam” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Tirmizi).

Witir itu di akhir solat malam.

Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi saw, “Jadikan penghabisan (akhir) shalatmu pada waktu malam dengan shalat witir.” (Bukhari – Muslim)

Solat malam disini maksudnya Isya’. Ada 2 jenis solat witir nabi iaitu sejurus selepas Isya’ dan tengah malam lepas tahajjud.

Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (Muslim).

Sayyidina Umar solat witir diawal malam, selepas solat Isya’.

Rasulullah kata jangan solat witir seperti maghrib. Jgnlah kamu serupakan solat itu dgn solat Maghrib..” (diriwayatkan oleh Daruqutni). Beza witir dan maghrib ialah:-

  • Witir 3 rakaat baca surah, maghrib 2 sahaja
  • Witir 3 rakaat baca nyaring, maghrib 2 sahaja
  • Witir boleh jemaah bulan Ramadhan sahaja

Dalam 3 rakaat solat witir Nabi baca:-

  • Sabbihis (surah A’la)
  • Qulya (Al-Kafirun)
  • Qulhuwallah (Al-Ikhlas)

Di dalam riwayat hadis yang diceritakan oleh Aisyah yang bermaksud:

“Rasulullah di dalam solat witir membaca Surah Al-A’la pada rakaat pertama, Surah Al-Kafirun pada rakaat kedua, sedang dalam rakaat ketiga baginda membaca Surah Al-Ikhlas serta dua surah Muawwadzah iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas.”

Rujukan lain:-

http://www.pesantrenvirtual.com/index.php?option=com_content&task=view&id=713&Itemid=30

http://www.muis.gov.sg/eservices/faqs/muis_faqmain3_m.asp?strItemChoice=2005329105057&action=SHOWTOPICS&strSubItemChoice=2005329105110&m_strTopicSysID=2005107142043

Mahkamah Allah

Mulut ditutup kerana mulut boleh memutar belitkan sesuatu. Di dunia hakim buat keputusan mengikut percakapan mulut manusia, tanpa mengetahui yang batin. Di akhirat, manusia dibicarakan dihadapan Allah yang mengetahui segalanya zahir dan batin. Namun Allah tetap mengadakan perbicaraan sebagai pengajaran kepada manusia

Yassin [65] Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.   Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Kiamat. 3 Comments »