Tahap takwa, Agama Islam dan perpecahan

Aali-Imran [102] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

“Sebenar-benar takwa” – takwa tahap org alim:-

Fatir [28] Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun

TAKWA UNTUK ORANG AWAM

Taghabun [16] Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya) dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. 

JANGAN MATI DALAM AGAMA LAIN 

Ali Imran [102]……”jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam“.

Agama rasmi yang diterima Allah hanyalah Islam sahaja. Yang menjadi syarat untuk ke syurga.

Ali-Imran [19] Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam

Ali-Imran [85] Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

Allah menguasai hari agama (Maliki yau middin)….

Fatihah [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Ugama / Pembalasan (hari akhirat).

Tuhan telah tunjuk 2 jalan, pilihlah jalan ke syurga, bukan ke neraka….

Al-Balad [10] Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

JANGAN BERPECAH-BELAH

Aali-Imran [103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai …

Hadis nabi:-

Orang2 Islam yang berperang sesama mereka (samada dibunuh atau membunuh) kedua-duanya masuk neraka….(dua-dua mengangkat senjata)

Dari Abu Bakrah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila dua orang muslim berkelahi menggunakan pedang masing-masing, maka si pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka” (Riwayat Muslim)

Tidak dikalangan kami orang yang mengangkat senjata sesama Islam. (Tidak masuk group nabi di hari akhirat) sepertimana hadis mengenai solat witir dan perkahwinan.

Islam agama perdamaian, sebagai orang awam takutlah Allah setakat kemampuan kita dan jauhi perpecahan.

Dikirim dalam Takwa. 1 Comment »

Satu Respons to “Tahap takwa, Agama Islam dan perpecahan”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: