Soal 5 : Bagaimana niat para sahabat sebelum hadis niat diisytiharkan?

Hadis dari Sayyidina Umar:-
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya :

” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : –

Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya

Persoalan yang timbul dari hadis diatas dan dijawab dalam Jilid 2 Nasbun Nurain:-

  1. Bagaimana Niat para sahabat sebelum hadis niat diisytiharkan?
  2. Apakah sah amalan para sahabat, sedangkan nabi tidak pernah mengajar mereka cara berniat? (berdasarkan beberapa hadis)
  3. Apakah amalan seperti 2 Kalimah Syahadah dan lain-lain Rukun Iman perlu kepada niat?
  4. Apakah niat itu hanya untuk amalan pokok sahaja atau amalan yang memerlukan tenaga (jawareh) sahaja?
    1. Amalan yang memerlukan tenaga itu pula terbahagi kepada 3:-
      • Amalan yang berhubung dengan Allah (Solat)
      • Amalan berhubung dengan diri (membersihkan pakaian untuk solat)
      • Amalan berhubung dengan masyarakat (membersihkan tempat solat)
    2. Apakah semua kategori amalan di atas perlu kepada niat untuk sah?

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: