Utamakan yang Kekal daripada yang Fana

Rasulullah s.a.w. bersabda, Siapa mencintai dunianya, mudarat lah akhiratnya, dan siapa yang mencintai akhirat, mudaratlah dunianya; oleh itu utamakanlah yang kekal berbanding yang fana. Riwayat hakim melalu Abu Musa r.a. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Hubungkan silaturrahim untuk luaskan rezeki

Siapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim. Riwayat Bukhari.

Kalau kita berbuat baik dengan orang, mudahlah dan murahlah rezeki kita. Buat baik dengan keluarga, jiran, binatang, walaupun dengan orang kafir. Rasulullah s.a.w bila masak masakan berkuah, diletak air lebih untuk beri kepada jiran, walaupun jirannya orang kafir. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Dzar Al-Ghifari yang bermaksud: “Apabila kamu memasak makanan, banyakkanlah kuahnya dan berilah kepada jiran kamu.

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Kesempurnaan Iman

Siapa yang cinta kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah, tidak memberi kerana Allah, bererti imannya telah sempurna (kamil). Riwayat Abu Daud melalui Abu Umamah r.a. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Jauhi 4 perkara untuk masuk syurga

Rasulullah s.a.w bersabda, siapa yang dapat meninggalkan empat perkara ini masuk syurgalah dia, iaitu darah, harta, kemaluan dan minuman. (Riwayat al-Bazzar) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Sembahyang Gerhana Matahari dan Bulan

Firaun yang sombong

1) Mukmin [26] Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agama kamu atau dia menimbulkan kerosakan di muka bumi.(huru-hara) Baca baki entri ini »

Ikuti Al-Quran selamat dari kesesatan

Siapa yang mengikut Kitabullah (Al-Quran), nescaya Allah akan memberinya petunjuk dari kesesatan dan Allah akan memeliharanya dari hisab yang buruk di Hari Kiamat. (Riwayat Thabrani melalui Ibnu Abbas r.a.)

Ikuti dan turuti Kitabullah, kita tidak akan sesat. Buat apa yang tuhan suruh. Tinggal apa yang tuhan larang.

Kesesatan.

Antara kesesatan ialah ilmu salah dan fahaman salah. Ilmu salah ialah seperti ilmu sihir diajar oleh orang yang jahil agama. Manakala fahaman salah diajar oleh orang yang tahu agama. Mereka juga menggunakan al-quran, cuma tafsirannya salah. Antara fahaman salah:

a) Wanita yang mencari nafkah sendiri tidak perlu taat kepada suami.

An-Nisaa [34]…. orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya)

Ayat “memberi nafkah” hanyalah ayat tambahan untuk menunjukkan kebiasaan lelaki bekerja untuk memberi nafkah. Walaupun suami tidak bekerja, isteri tetap wajib taat pada suami.

b) Lelaki boleh mengahwini anak tiri yang tidak dibelanya.

An- Nisaa [23] Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): …..dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri;

Ayat “dalam pemeliharaan kamu” hanya ayat tambahan sahaja yang menunjukkan kebiasaannya anaka-anak tiri dipelihara oleh ayahnya. Hukumnya tetap haram dikahwini anak tiri yang telah dicampuri ibunya samada dipelihara atau tidak anak itu.

Oleh itu rujuklah kitab-kitab tafsir. Jangan guna akal semata-mata dalam mentafsirkan al-quran.

Hisab

Rasulullah s.a.w. bersabda ” Siapa yang didetailkan (diperincikan) soal jawabnya (hisab di hari Kiamat), rosaklah dia.

Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat dia akan tersiksa”.Aisyah bertanya:”Bukankah Allah Azza Wajalla telah berfirman , “Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah” (al-Insyiqaq:8)” Jawab baginda:”Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti.” Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya tersiksa.” (Muslim)

Antara persoalan di hari Akhirat

Allah tanya “Kenapa kamu tidak sembahyang”?

Kerana aku menjadi raja dan sibuk dengan pemerintahan. lalu dibawa Nabi Daud dan Sulaiman. Mereka juga adalah raja, tetapi tidak meninggalkan sembahyang.

Kerana aku sakit. Dibawa nabi Ayyub. Beliau sakit dalam tempoh yang lama tetapi tidak tinggal sembahyang.

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Balaslah kebaikan orang

Siapa yang datang kepada kamu dan berbuat baik kepada kamu, maka hendaklah kamu membalas kebaikannya. Apabila kamu tidak dapat membalas, maka berdoalah untuknya. (Riwayat Thabrani melalui Al-Hakim Ibnu Umair) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Adab memotong kuku

att369548.gif

Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Sunnah. 12 Comments »

Sahutlah Seruan Allah, Nabi, Sahabat dan Tabiin

Ar-Ra’d [18] Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. Mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah Neraka Jahanam dan amatlah buruknya tempat tinggal itu. Baca baki entri ini »

Orang yang hidup aman dan dapat petunjuk

Sesiapa yang apabila diuji dia sabar, apabila diberi lalu bersyukur, dianiaya lalu memaafkan, berbuat aniaya (kepada dirinya) lalu beristigfar (bertaubat), mereka adalah orang-orang yang memperoleh keamanan dan petunjuk. (Riwayat Baihaqi melalui Samurah) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Keistimewaan penduduk Madinah

Barang siapa mengganggu penduduk Madinah, nescaya Allah akan mengganggunya dan baginya laknat Allah, para Malaikat serta manusia semuanya; amal sunat dan amal fardhunya tidak akan diterima (oleh Allah) Riwayat Thabrani Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Bersedia dan bersatu menentang musuh

Anfaal [60] Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. Baca baki entri ini »

Kekuatan Islam

Sembahyang Hajat