Berdoa selepas sembahyang

Hadis dalam kitab Tirmizi, sanad yang kuat:-

Kalau kamu sudah (selesai) sembahyang, hendaklah kamu berdoa kepada Allah dengan mengangkat kedua tangan kamu bertentangan muka kamu dengan khusyuk dan tawaduk (merendahkan diri). Kalau kamu tak buat begitu sembahyang kamu tidak sempurna.

Suwaid bin Nashr menceritakan kepada kami, Abdullah bin Al-Mubarak memberitahukan kepada kami, Laits bin Saad memberitahukan kepada kami, Abdur Rabbih bin Said memberitahukan kepada kami, dari Imran bin Abi Anas dari Abdullah bin Nafi’ bin Al-Umya’ dari Rabi’ah bin Al-Harits dari Al-Fadhl bin Abbas berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Solat itu dua rakaat-rakaat, terdapat tasyahhud pada tiap dua rakaat dan merendahkan diri, tunduk, menampakkan orang miskin dan kamu mengangkat kedua tanganmu-Rawi berkata: “Kamu mengangkat kedua-duanya memohon kepada Tuhan mu serta menghadapkan mukamu dengan kedua tanganmu yang dalam dan kamu berkata: “Wahai Tuhan ku! Wahai Tuhanku!, sesiapa tidak melakukan apa yang disebutkan tadi maka dia begini dan begini (tidak sempurna solatnya.“. Abu Isa berkata: “Selain Ibnul Mubarak berkata tentang hadis ini: “Sesiapa tidak melakukan apa yang disebutkan tadi maka solatnya kurang.“

Walapun Nabi tidak berdoa selepas sembahyang, tetapi Nabi suruh kita berdoa dan mengangkat tangan. Nabi tidak perlu berdoa kerana semua dosanya telah diampunkan dan semua amalannya “gerenti” diterima oleh Allah.

Al-Fath [2] Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

Sembahyangnya dan makmum di belakangnya gerenti diterima. Berbeza dengan kita, kita masih perlu minta diampunkan dosa dan mohon diterima amalan.

Dalam hadis yang lain, orang yang sembahyang dan tidak berdoa, tuhan murka padanya.

Nabi juga mengatakan Imam yang tidak berdoa untuk makmumnya telah mengkhianati makmumnya.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya “Tidak halal bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat – menjadi imam bagi sesuatu kaum melainkan dengan izin mereka; dan tidak halal baginya berdoa untuk dirinya semata-mata dengan tidak berdoa untuk mereka bersama; kalau dia berbuat demikian; maka sesungguhnya bermakna dia telah mengkhianati mereka” (Riwayat Abu Daud)

Allah terima doa selepas sembahyang fardhu, jikalau tiada penghalang seperti makanan dan minuman yang haram. Berdoa lepas sembahyang ada 2 jenis:-

1) Selepas memberi salam. Seperti yang biasa dilakukan. Boleh dibaca dalam apa jua bahasa.

2) Sebelum memberi salam, selepas bacaan yang wajib iaitu tahiyyat. Bacaan doa pula hendaklah dalam bahasa Arab dari ayat quran sahaja..Seperti “rabbana atina fiddunya..”

2 Respons to “Berdoa selepas sembahyang”

  1. arab07 Says:

    salam..bawu tahu,..boleh sye tau de nye matan,dan siape yg mengatakan nya sanad yg kuat?
    mohon diberitahu utk rujukan..

  2. sulaiman Says:

    Salam, ada ditulis dalam kitab Nasbun Nurain jilid 17 yang akan keluar tidak lama lagi, insyaallah akan saya tulis bila berkesempatan.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: