Janggut, misai, serban, rambut, budaya Arab atau Sunnah?

Dalam satu hadis, potonglah misai dan panjangkan janggut. Panjangkan janggut kadar segempal (segenggam). Bezakan dari janggut Quraisy. Ulama dahulu suruh potong misai. Ulama terkemudian kata boleh juga dicukur misai.

Saintis kata orang yang bermisai cium seseorang boleh menjejaskan umurnya. Makruh simpan misai di negara Islam. Sayyidina Umar r.a. simpan misai kerana dia selalu didatangi pembesar kafir (untuk mengerunkan mereka). Nabi s.a.w. memotong misai sahabat yang melebihi bibir mulut. Haram menyimpan misai menutupi bibir mulut kerana ia boleh mengotorkan makanan, minuman dan menyerupai sami Hindu. Apapun Nabi Muhammad s.a.w tidak suka pada misai. Misai itu lambang kesombongan. Bezakan dari orang Majusi yang memanjangkan misai dan memotong janggut.

Begitu juga dalam memakai serban. Nabi kata bezakan dari kafir Quraisy. Satu cara ialah dengan memakai ketayap (kopiah). Dalam Perang Badar, perang yang pertama, orang Quraisy juga memakai serban. Sahabat bertanya bagaimana hendak membezakan antara orang Islam dan kafir kerana dari belakang semuanya nampak sama. Kata Nabi, buatlah 2 ekor serban. (sepertimana diamalkan kebanyakan jemaah tabligh).

Dari segi fesyen rambut, Nabi s.a.w. menyimpan semua rambutnya atau mencukur semuanya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda: Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

3 kali sahaja Nabi cukur. 3 cara Nabi menyimpan rambut:-

  1. Paras cuping teling (Wafra). Potong straight di paras cuping telinga.
  2. Paras tengkok / leher (Limma)
  3. Paras tulang belikat (Jumma)

Hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Cara menghormati rambut ialah dengan meletakkan minyak rambut, sikat rambut.

Sunnah-sunnah seperti di atas adalah sunnah nabi bukannya sunnah Arab. Jikalau budaya Arab sekalipun lebih baik diikuti daripada budaya Kafir. Dalam beberapa hadis:-

– Hendaklah kamu sayangi Arab kerana 3 sebab, kerana Aku (Nabi Muhammad) adalah bangsa Arab, Quran dan percakapan dalam Syurga adalah dalam bahasa Arab. Ajarlah anak-anak kamu menyayangi Arab.

Wahai Salman, janganlah membenciku, nanti engkau akan berpisah dengan agamamu. Saya (Salman) berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana saya membenci engkau yang telah memberiku hidayah Allah swt. Berkata Rasulullah saw: Jika engkau membenci Arab maka engkau membenciku’. Barangsiapa mencaci maki Arab, dia termasuk orang-orang musyrik’.

Kalau sunnah-sunah itu tidak betul, Allah sudah pasti akan menegurnya, melalui Malaikat Jibril.

Dikirim dalam Sunnah. 16 Comments »

16 Respons to “Janggut, misai, serban, rambut, budaya Arab atau Sunnah?”

  1. Raihan Indera Says:

    X KAN LAH BELE MISAI PUN HARAM

  2. aieed Says:

    Kalau nabi dah kata begitu ikut saja jangan pertikai…nanti Allah Murka…

  3. raizman Says:

    Jangan mempertikai sunnah Rasulullah .. . jangan kata mana2 sunnah Rasulullah tu kecil! Setiap satunya memberi suatu kebaikan yg besar!

    Antaranya kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq tertinggal satu sunnah, lalu bertanya kepada isteri Rasulullah iaitu Siti Aisyah, apakah sunnah yg belum beliau (Saidina Abu Bakar) belum lakukan (setelah baginda wafat)?

    Lalu Siti Aisyah beritau bahawa Rasulullah selalu bagi makan kepada seorang tua yahudi yg buta. Bila Saidina Abu Bakar beri makan kpd org tua yahudi yg buta itu, lalu dia kata anda bukan org yg selalu suap aku makan kerana yg selalu suap biasanya menghancurkan makanan tu dahulu sebelum menyuapkannya.

    Lalu Saidina Abu Bakar pun menangis lalu berkata memang benar.. dan berkata bahawa yg selalu menyuapkan org tua buta itu ialah Baginda Rasulullah s.a.w. Lalu org tua tu pun terus menangis juga dan terus mengucap dua kalimah syahadah.. Org tua tu selalu berkata pada Rasul bahawa la ni ada org bawak agama baru, namanya Muhammad, jangan ikut dia.. walaupun begitu Rasul tetap membisu dan tetap memberinya makan..

    Allahu Akhbar.. besarnya sunnah! Boleh memberi hidayat kepada org tua yahudi tersebut! So jangan perlekeh sunnah Rasulullah tau!

  4. solehah Says:

    mengikut sunnah dengan berambut panjang tidak diterima oleh sebhagian masyarakat melayu..ingin kupasan yang lebih baik untuk mendapat kepastian.adakah ianya elok untuk digunapakai untuk tujuan mengikut sunnah atau sekadar berfesyen masa kini?dan bagaimana ingin memperlihatkan kepada masyarakat kebaikan dalam mengikut sunnah nabi saw dalam menjaga rapi rambut mengikut cara nabi saw scra terperinci..
    moga mendapat perhatian..segala kerjasama dapat dikongsi bersama..tq..

  5. aziman Says:

    mengikuti sunnah tidak mengira zaman…dh namanya sunnah, eloklah diikutkan…x pernah pun dgr atau baca hadith nabi tentang mengikut sunnah rambut panjang d akhir zaman haram…xde kan…jadi, fikir2 kan knape nabi galakkan untuk ikut sunnah dia…sbb akhir zaman ni rambut pun penting untuk perang nanti..tq…

  6. hamba allah umat muhammad Says:

    kta sbnr nya da bnyk di ‘brainwash’ oleh kebudayaan hidup golongan lain..antranya yahudi, dll…nawaitu tu penting..berpegangla pada al-quran n sunnah krn itu yg sbnrny..wallahuallam.

  7. md.hatta bin mohamed Says:

    salam,apakah hukum memendekkan janggut,mencantikkan dan memmbentukkan janggut?

  8. Tanpa Nama Says:

    Kalau nak syurga allah ingt pesan nabi muhammad saw ikot snnahnya. Tak usah nak pandai pandai ubah.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: