KONTROVERSI MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM BUKAN ISLAM

JAWAPAN KEPADA ARTIKEL YANG DITULIS OLEH MOHAMAD ABDUL KADIR BIN SAHAK MENGENAI KONTROVERSI MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM BUKAN ISLAM

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ustaz Abdul Kadir Sahak di atas tulisan beliau mengenai kontroversi memberi dan menjawab bukan Islam. Kita juga rasa bangga di atas usaha dakwah yang dilakukan oleh ustaz dan rakan-rakan membanteras khurafat dan bid’ah di Malaysia.  Daripada tulisan itu, banyak maklumat yang ustaz Abdul Kadir berikan kepada kita dan mungkin satu kegembiraan kepada pihak-pihak yang menyokong pandangan Tuan Mufti Perlis tersebut. Baca baki entri ini »

Advertisements
Dikirim dalam Artikel. 3 Comments »

Kemampuan bayar hutang mengikut apa yang diniatkan

Rasulullah s.a.w bersabda ” Siapa yang mengambil harta orang (berhutang dengan orang lain) dengan niat untuk bayar, Allah akan beri peluang untuk dia membayarnya”. Siapa yang niat tidak mahu membayar, maka dia tidak akan dapat membayarnya.  Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah

Dalam hadis yang lain, sesiapa yang berhutang dan berniat untuk membayarnya (dia meninggal sebelum sempat membayarnya), Allah akan tolong bayar hutangnya di hari Kiamat.

Hutang ini mempunyai kesan dunia dan akhirat. Diakhirat sekiranya tiada niat untuk bayar hutang atau sengaja tidak mahu bayar hutang walaupun ada peluang, maka pahala 70 rakaat sembahyang yang betul (yang diterima Allah) akan diambil untuk membayar setiap 1 dirham hutang. (lebih kurang RM1.20)

Jikalau orang yang berhutang itu mati syahid, dia kena tunggu (untuk masuk syurga)sehingga orang yang beri hutang itu masuk syurga  (kalau orang itu masuk neraka, kena tunggu sehingga ia keluar dari neraka).

 Kalau diberi peluang oleh Allah, bayarlah dahulu hutang sebelum buat perkara lain.

Dalam quran dinyatakan tentang harta pusaka hendaklah dibahagi setelah dijelaskan wasiat dan hutang.

An-Nisaa [12] ….sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya

Kalau tidak berjumpa juga dengan orang yang beri hutang itu, carilah waris-warisnya. Jika tidak jumpa juga, berilah pada jalan Allah (seperti beri pada masjid) dan niat untuk sedekahkan pahalanya kepada orang yang kita hutang itu. 

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Hari Jumaat

Nabi Adam dijadikan pada hari Jumaat, berkahwin dengan Hawa pada hari Jumaat. Nabi Adam masuk syurga pada hari Jumaat, dikeluarkan juga pada hari Jumaat. Sunat juga berkahwin pada hari Jumaat atau Malam Jumaat. Dunia kiamat juga pada hari Jumaat, (lepas Asar, sebelum Maghrib). Di padang Masyar, manusia berdiri pada hari Jumaat, sebab itu juga para ulama kata hari Jumaat itu hari berkumpul.

Dikirim dalam Jumaat. Leave a Comment »

Syurga dan Neraka dijadikan pada hari Khamis

Dijadikan syurga dan neraka pada hari Khamis. Syurga adalah satu tempat yang melahirkan “Rahim” (kasih sayang) Allah s.w.t. Siapa nak tengok kasih sayang Allah di Syurga hendaklah mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya. Neraka itu sebaliknya. Siapa nak tengok kegarangan Allah, terutamanya kepada orang jahat, jengoklah tengok ke dalam neraka.

Nikmat syurga dan azab neraka tidak dapat diceritakan (secara detail). Kalau diceritakan pun tak tersampai akal untuk memikirkannya. Dalam dunia pun begitu, orang yang sakit diketuk dengan tukul umpamanya, hanya dia yang tahu betapa sakitnya. Untuk tahu nikmat syurga yang sebenar ini, kena masuk dahulu.

Apa yang sesorang itu hendak di dalam syurga dia dapat dan kekal selamanya (fiha kholidun). Di dalam hadis ada dinyatakan, Allah sendiri melayan makan dan minum ahli syurga, tanya khabar sendiri, “Apa khabar kamu wahai ahli syurga?” Begitulah istimewanya layanan Allah kepada ahli syurga. Oleh kerana syurga dijadikan pada hari Khamis dan di dalam syurga Allah beri apa yang dikehendakinya , maka kerana itu jugalah siapa yang berhajat untuk meminta sesuatu dari seseorang maka disunatkan meminta pada hari Khamis.

Nabi juga pernah berdoa ” Ya Allah berilah berkat pada umatku pada pagi hari”. Kalau kita ada sesuatu kerja misalnya hendak berjumpa seseorang untuk sesuatu hajat, buatlah di pagi-pagi hari kerana masa itu ada keberkatan.

Juga disunatkan bermusafir pada hari Khamis.

Ada 8 syurga, 120 tingkat, 3/4 tingkat adalah milik umat Nabi Muhammad s.a.w. (3/4 dari 120 = 90tingkat). Umat  Nabi Muhammad lebih ramai berbanding umat terdahulu. Umat Nabi Muhammad juga termasuk orang-orang kafir. Kalau mereka nak masuk Islam tiada siapa boleh halang.Umat dahulu nabi dan rasul silih berganti, umat Nabi Muhammad kini sudah 1500 tahun.

Dikirim dalam Neraka, Syurga. 3 Comments »

Sujud Tilawah, Ayat Sajadah

Firman Allah: 

Maryam [58] ……..Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.

Dari Amru Bin Al-As r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan kepadanya 15 ayat Sajadah yang tersebut di dalam al-quran (Hadis Hasan riwayat Abu Daud Baca baki entri ini »

Jangan dukacita dengan kekafiran mereka, munafik

Maidah [41] Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: “Kami telah beriman”, padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendeta-pendeta Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah ia dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.

Di dalam ayat yang lain juga Allah memujuk Nabi supaya jangan berdukacita dengan orang yang berlumba-lumba untuk menjadi kufur, syirik dan melakukan dosa.

Ali-Imran [176] Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik iaitu Syurga) pada hari akhirat kelak dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar.

orang-orang yang berkata dengan mulutnya: “Kami telah beriman”, padahal hatinya tidak beriman. Mereka ini adalah orang munafik.

Baqarah [14] Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).

Baqarah [15] Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

NIsaa [142] Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik).

Cantikkan zahir dan batin

Rasulullah s.a.w. bersabda ” Siapa yang mencantikkan hubungan diantara dia dengan Allah, Allah akan mencantikkan hubungannya dengan orang ramai. Siapa yang mencantikkan batinya, Allah akan cantikkan zahirnya” Riwayat Hakim dari Ibnu Umar. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »