Berilah amaran dan peringatan tentang hari kiamat

An’am [51] Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertakwa. Baca baki entri ini »

Panduan dalam beragama dan berhukum

Petikan dari Kitab Nasbun Nurain dan ceramah-ceramah maulana:-

Umat islam diwajibkan mengikut jemaah ramai dalam urusan beragama, iaitu mengikut 4 mazhab iaitu (Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki) kerana majoriti umat islam seluruh dunia terkumpul dalam 4 mazhab yang besar.

Hendaklah kamu bersama dengan jemaah ramai umat islam..Hadith Ahmad dalam masnadnya(Muaz bin Jabal r.a), Jame’ Saghir 1/309.

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Feqah, Mazhab. 1 Comment »

Syaitan musuh kita, suara dan bisikannya

Kunci keimanan di tangan Allah

Al-Anam [111] Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka dan Kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). Baca baki entri ini »

Ikutlah resmi padi…

Siapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah zuhudnya, sesungguhnya dia telah bertambah jauh dari AllahRiwayat Ad-Dailami dari Sayyidina Ali KRMWJ.

ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Semakin berilmu, semakin warak, semakin zuhud, semakin takut kepada Allah dan semakin banyak beribadat kepadanya.

Ingin tahu kedudukan disisi Allah?

Rasulullah s.a.w bersabda ” Siapa yang ingin tahu kedudukannya di sisi Allah, lihatlah kedudukan Allah di sisinyaRiwayat Anas.

Sebagai contoh, kalau kita tinggal dekat dengan masjid dan mendengar azan, apakah “kedudukan Allah di sisi kita”? Adakah kita menghormati Allah dan menuju ke masjid untuk sembahyang berjemaah?

Diriwayatkan daripada Ubadah bin as-Samit r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya.

Dikirim dalam Hadith. 2 Comments »

Orang alim yang ilmunya dimanfaatkan

Rasulullah s.a.w bersabda “Orang alim yang ilmunya diambil faedah oleh masyarakat lebih baik dari seribu abid (ahli ibadah)”  Riwayat Dailami dari Sayyidina Ali KRMWJ.

Orang alim yang ilmunya berjalan (tersebar) memberi faedah kepada masyarakat, (sekurang-kurangnya kepada anak muridnya), lebih baik dari abid yang beribadat siang malam.

Alamat kiamat (akhir zaman) tidak ramai orang belajar ilmu agama, orang belajar selain dari ilmu agama.

“lebih baik dari seribu abid” …begitulah tingginya kedudukan ilmu. Ilmu adalah punca kita rajin beribadat. Sebagai contoh, orang tahu kelebihan sembahyang zohor berjemaah, mereka sanggup datang walaupun merangkak dan cuaca panas terik.

Dikirim dalam Hadith, Ilmu. Leave a Comment »

Manusia sentiasa berhajat kepada Allah

Al-Fatir [15] (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Baca baki entri ini »

Buat baik kepada anak yatim

Rasulullah s.a.w. bersabda “siapa buat baik kepada anak yatim, lelaki atau perempuan adalah aku dan dia di syurga seperti dua jari ini” (telunjuk dan tengah) Riwayat Hakim dari Anas.

Anak yatim iaitu anak yang kematian bapanya sebelum ia baligh.

Syurga bagi nabi adalah syurga teratas iaitu syurga kelas VIP.

Seperti dinyatakan dalam al-Quran, memberi makan kepada anak yatim adalah diantara amal yang tinggi darjatnya disisi Allah:

Al-Balad [11] Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;

[12] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

[13] (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi;

 [14] Atau memberi makan pada hari kelaparan.

[15] Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

 Manakala orang yang mendustakan agama ialah mereka yang menzalimi anak yatim:

Al-Maun [1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?

Al-Maun[2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Amalan berpahala besar dan muhasabah

Bersuci itu separuh dari iman. Mengucapkan “Alhamdulillah” akan memenuhi timbangan (mizan). Mengucapkan “Subhanallah” dan “Alhamdulillah” akan memenuhi langit dan bumi. Sembahyang itu nur (cahaya). Sedekah itu bukti kekuatan iman. Bersabar itu satu cahaya. Quran memberi hujjah, membantu kamu atau menekan kamu. Setiap manusia keluar pada waktu pagi menjual dirinya, dalam pasaran yang terbuka, samada dia berjaya memerdekakan dirinya pada hari itu dari neraka atau membinasakan dirinya untuk masuk neraka (Riwayat Abu Malik Ashaari r.a.) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hadith. Leave a Comment »

Melakukan dosa dalam keadaan tertawa

Rasulullah s.a.w bersabda “siapa yang melakukan dosa dalam keadaan tertawa, dia akan masuk neraka dalam keadaan terisak-isak” (Riwayat Abu Naim)

Dalam hadis yang lain “siapa yang cakap-cakap untuk buat orang ketawa, maka terjunamlah ia ke dalam neraka, 70 tahun dalamnya“.

Rasulullah s.a.w bersabda “Tertawa di dalam masjid merupakan kegelapan dalam kubur” (Riwayat ad-Dailami melalui Anas r.a.)

Dikirim dalam Hadith, lawak. 1 Comment »

Jangan mendahului Allah dan Rasul

Hujurat [1] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Baca baki entri ini »

Jihad : Satu ujian pengorbanan

Hujurat [15] Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). Baca baki entri ini »

Takwa, buat baik dan sabar

Az-Zumar [10] Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira Baca baki entri ini »